PART 5

18 3 0
                                    

Setelah berehat selama 1 jam, mereka meneruskan perjalanan mereka. Lia juga telah memberitahu mereka bahawa mereka hampir sampai ke tempat yang mereka ingin tujui. Iaitu dimana tumbuhan yang mereka sedang cari itu berada. Mereka juga kelihatan teruja.

Lia menjadi bingung kerana dia sudah lupa untuk ke jalan tersebut.

" arah mana ye? Saya lupa lah. Kejap ye. " kata lia sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Lia sedang mencari arah dan ian pula membantunya mencari jalan yang sepatutnya.

Kedengaran ziha berteriak ketakutan. Lia dan ian lantas memandang ke arah tersebut. Kelihatan ziha sudah terduduk ke tanah dengan muka yang ketakutan manakala danish pula cuba menenangkannya.

Lia dan ian terkejut apabila ternampak kelibat seorang lelaki tua telah tergantung di pokok. Kelihatan seperti ingin membunuh diri.

Lia lantas berlari ke arah lelaki tersebut.

" lia!! Awak nak ke mana?! " teriak ian.

Lia lantas memeluk kaki lelaki tersebut dan mengangkatnya sedikit agar dapat melonnggarkan jerutan pada leher lelaki itu.

" cepat call ambulance!! Pak cik, bangun pak cik. Cepat! " teriak lia.

Ian membantu lia manakala danish sedang cuba mencari signal lalu mendail nombor telefon ambulan.

" aku dah call ambulan. Mereka dalam perjalanan ke sini. " kata danish.

" baguslah kalau macam tu. Danish, kau tolong aku. Kita kena turunkan pak cik ni dulu. Cepat. " arah ian. Danish akur.

Mereka akhirnya dapat menurunkan lelaki itu dengan selamat. Lelaki itu dibaringkan ke tanah.

" pak cik, bangun pak cik. Janganlah macam ni. Pak cik. " rayu lia. Air matanya kelihatan mengalir di pipi.

" awak kenal ke pak cik ni? " soal ian.

Lia mengangguk.
" dia lah pak cik yang saya cerita pada awak tu. Saya tak sangka pak cik boleh buat macam ni. " tangis lia.

Ian cuba menenangkannya.

" pak cik itu bernafas. Dia hidup lagi. " kata danish terkejut.

Ian lantas memanggil lelaki itu. Lelaki itu kelihatan ingin berkata sesuatu, dia lantas mendekatkan telingannya ke mulut lelaki itu.

" cari... anak... pak cik. " kata lelaki itu perlahan.

Mereka menunggu kata-kata ian.

" dia suruh kita cari anak pak cik. " kata ian. Lia lantas menyedari sesuatu.

" nurin.. Nurin ada dekat sini. Tapi, mana dia? Pak cik, nurin dekat mana? Pak cik? " lia mengoncangkan badan lelaki itu tetapi lelaki itu telah pengsan dan tidak sedarkan diri.

Kelihatan beberapa orang paramedik dan beberapa orang polis datang untuk membawa lelaki itu ke hospital.

Mereka berempat juga dipaksa ikut ke balai untuk disoal siasat.

******
Seorang polis yang menyoal siasat mereka sedang membelek kertas-kertas yang dipegangnya.

" jadi, kamu semua nampak yang en. Zaid gantung diri sendiri? " soal pegawai polis itu.

" kami tak nampak dia gantung diri dia tapi kami cuma nampak dia sudah tergantung dekat atas tu. Rasanya, dia masih baru gantung diri dia sebab dia masih bernyawa. " terang ian.

" ya, betul tu. Dia baru gantung diri dia dan kamu sempat selamatkan dia. Dia pun sedang koma di hospital. Jadi, dia bersendirian? Kamu ada nampak siapa-siapa selain kamu semua di situ? " soal pegawai itu lagi

" dia dengan anak dia, nurin. Tapi, kami tak tahu dia dekat mana. Saya rasa dia dah hilang dalam hutan." jelas lia.

" ye, tuan. Dia minta kami cari anak dia. Tapi, kami tak tahu mana anak dia. Kami berpendapat, anak dia hilang dalam hutan. " jelas ian. Pegawai itu kelihatan runsing.

" maknanya, ada orang lain selain kamu dalam hutan tu? Iaitu, anak en. Zaid dan dia hilang tanpa dikesan? " ian mengangguk.

" kamu semua pula ni, siapa? Kenapa kamu semua boleh ada dalam hutan tu dan kamu pun merupakan saksi untuk kes ni? Kamu yakin ke yang kamu tak terlibat dalam kes ni? Maksud saya, kamu bukan orang yang cuba jadikan kes ni sebagai bunuh diri kan? " pegawai itu mensyaki.

Ian dan danish pun menerangkan siapa mereka dan tujuan mereka ke hutan sehingga terserempak dengan en. Zaid yang telah menggantung dirinya.

" baiklah kalau macam tu, sila tunggu di sana dulu. Kami akan panggil semula jika kami perlukan keterangan lanjut. " arah pegawai polis itu.

" macam mana dengan nurin? Tuan tak nak cari dia ke? Dia mungkin berseorangan dekat dalam sana dan ianya berbahaya. Macam-macam boleh jadi dengan dia dekat dalam tu tanpa kita sedar. " tegas lia.

" ye, tuan. Macam mana dengan anak en. Zaid tu, nurin? Dia mungkin keseorangan dalam tu dan ianya berbahaya pada waktu-waktu macam ni. " kata ian. Pegawai polis itu lihatan runsing dan mengemaskan rambutnya.

" pasal tu, kami akan uruskan. Kami akan pastikan dulu sama ada, ada orang lain bersama en. Zaid ke sana." terang pegawai polis itu.

******
Mereka berempat duduk berkumpul di kerusi yang telah disediakan di situ.

Lia kelihatan risau akan kehilangan anak en. Zaid iaitu nurin. Ian cuba menenangkannya.

" lia, jangan risau. Kita akan jumpa nurin. Kita akan kembalikan nurin kepada en. Zaid balik. Okay? Sabar lah ye. " ian cuba menenangkan lia. Lia mengangguk akur. Dia kelihatan tenang sedikit selepas kata-kata yamg dilemparkan oleh ian.

Danish muncul di hadapan ian.
" bro, aku rasa malam ni kita kena bermalam dekat hotel yang berdekatan untuk sementara. Nak masuk hutan sekarang pun, dah gelap jadi bahaya. Kita stay semalam dekat hotel dan esok baru kita gerak ke sana balik. Kes nurin tu, kita serah pada polis je. " terang danish dan lain kelihatan bersetuju dengan cadangan danish.

tHaNk yOuKde žijí příběhy. Začni objevovat