PART 4

18 3 0
                                    

Mereka mengemaskan barang-barang keperluan mereka. Khemah juga telah dibuka dan dilipat masuk ke dalam beg khemahnya semula.

Kerja mengemas ian terhenti apabila dia terpandang lia yang sedang sibuk membantu mereka berkemas. Pandangan mereka bertaut. Lia mempamerkan senyuman manisnya kepada ian. Ian juga membalas senyuman tersebut.

Lamunan ian terhenti apabila danish menegurnya dengan memukul bahunya.

" kau buat apa tu? " soal danish lalu memandang ke arah yang dipandang oleh ian.

Dia melihat ke arah lia yang sedang sibuk membantu ziha mengemas. Mereka juga kelihatan sedang berbual-bual mesra sambil tergelak kecil.

" kau curi-curi pandang lia, eh? Kau jangan cakap yang kau dah sangkut dengan lia tu. Kau jangan buat hal. Kita baru je kenal dia tak sampai berapa jam, kau pula dah tangkap cintan dengan dia. Adakah ini dinamakan cinta pandang pertama. Haha... " danish tergelak melihat rakannya yang seperti sudah dilamun cinta dengan gadis baru dijumpanya.

" tapikan, dia tu not bad kan. Kan bagus kalau dia yang join group kita, bukannya farah si betrayal tu. Dia baru je kenal kita tapi dia dah sibuk-sibuk tolong kita mengemas. Ziha tu pun dah nampak okay dengan dia. Tadi bukan main lagi pucat lesi muka sebab takut kalau lia tu makhluk halus. Kan bagus kalau dia tu jadi makwe kau. Tak lah kesunyian makwe aku tu bila kita bertiga lepak bersama. Kau pun mesti suka kan. Haha..." gurau danish.

" mana adalah. Kau ni mengarut je. Pergi kemas sana tu. " arah ian lalu menolak bahu rakan baiknya itu. Danish masih lagi cuba memerli rakannya itu.

******
Perjalanan yang mengambil masa selama 1 jam itu tidak membosankan apabila mereka berempat jalan bersama disertai gelak ketawa dan berbual tentang topik-topik yang menarik.

Mereka juga seperti berada di lawatan sambil belajar apabila lia memperkenalkan mereka pelbagai tumbuh-tumbuhan yang jarang dijumpai berserta asal-usul dan kebaikan keburukkannya. Pengetahuan lia tentang tumbuh-tumbuhan amat menarik perhatian mereka terutamanya ian. Ian hanya tersenyum sepanjang lia menjelaskan pada mereka.

" banyak juga kan yang awak tahu pasal tumbuh-tumbuhan ni. Saya pun tak tahu sebegitu banyak sekali. " puji ziha.

" wei, danish. Kau kenapa senyap je lagi tadi? Kau sakit ke? Kau okay tak?" soal ian prihatin apabila dia menyedari rakannya itu hanya mendiamkan diri.

" hah? Ah, aku just penat sikit je. Aku okay. Maybe , sebab aku tak sarapan kot pagi tadi. So, energy aku jadi kurang. Apa-apa pon, aku okay. Jangan risaukan aku. " danish cuba untuk tersenyum.

" ye juga kan. Kita tak sempat sarapan pagi sebab sibuk cuba cari farah yang dah blah dengan van kita. " kata ziha.

" kalau macam tu, kita rehat dulu lah. Lepastu, kita teruskan perjalanan kita lagi. " cadang ian.

Mereka pun berhenti di satu kawasan yang agak lapang. Mereka berhenti berehat untuk sementara.

******
Mereka berehat di bawah pokok untuk menghalang daripada cahaya matahari menyinari mereka.

Danish kelihatan sedang duduk sambil menikmati udara segar. Mukanya juga kelihatan pucat. Ziha pula sedang sibuk melakukan sesuatu seperti mengemas barang-barangnya.

Ian duduk bersebelahan lia yang sedang duduk bersendirian.

" tak apa kan saya duduk dekat sini? " ian meminta izin.

" mestilah. Kenapa tak. Tak ada nama saya pun dekat situ yang saya nak halang. " gurau lia.

" awak memang suka kaji tumbuhan dekat sini, ye? Saya impress dengan pengetahuan awak pasal semua tu. " puji ian.

" tak adalah banyak sangat. Sikit je. Saya memang suka kaji benda yang saya tak tahu. Benda yang ada dalam dunia ni, semuanya berguna. Cuma kita je yang tak tahu. Tempat ni pun, dah familiar sangat pada saya. Cuma dekat-dekat je lah. Saya tak berani nak pergi jauh-jauh. Kalau saya teringin nak pergi jauh pun, saya pergi dengan pak cik saya. Sebab tu lah, saya dapat tahu dekat mana tumbuhan yang awak cari tu. " terang lia.

" awak tak takut ke masuk hutan sendirian macam ni. Dah lah tempat ni sunyi, macam-macam boleh jadi tahu tak. Kat sini juga, mungkin ada banyak haiwan-haiwan berbahaya." ian prihatin.

" haiwan-haiwan berbahaya semua tu tak akan datang pada kita melainkan kita yang seru mereka. takut tu, ada lah juga. Tapi, itu je cara untuk saya tenangkan fikiran saya. Semua orang ada macam-macam cara mereka yang tersendiri untuk buat diri mereka tenang. Jadi, ini lah cara saya. Saya pun masih trauma dengan tempat ni. Tapi, saya ketepikan perasaan tu. " lia memandang kakinya.

" trauma dengan tempat ni? Kenapa?" ian ingin tahu.

" 5 tahun yang lalu, saya pernah kena culik dan dibawa dekat sini masa saya baru balik dari kedai. Saya pernah hampir kena rogol oleh 2 orang lelaki. Tapi, Allah nampaknya dah lindungi saya, jadi saya terlepas dari 2 orang lelaki tu dan sempat keluar minta bantuan. " lia menceritakan detik hitamnya.

" alhamdulillah, awak selamat. Tapi, macam mana awak boleh datang sini?" ian sambung menanyakan soalan tentang gadis itu.

" dulu, ada jalan pintas untuk ke sini dari rumah saya. Tapi, jalan tu dah tertutup dengan semak samun. Jadi, terpaksa lah saya guna jalan jauh. Walaupun jauh, tapi berbaloi juga. " lia tergelak kecil.

Lia terpandang danish yang sedang memandang mereka. Muka danish kelihatan tidak mempunyai apa-apa perasaan. Dia hanya merenung mereka berdua. Apabila lia menyedarinya, dia lantas mengalihkan pandangannya.

" kawan awak tu, macam tak suka je saya dekat sini. Saya ada buat salah ke? " soal lia bingung.

Ian memandang danish. Danish kelihatan mengelak dari bertentang mata dengannya.

" danish tu, memang macam tu orangnya. Dia memang akan nampak dingin sikit dengan orang yang baru dia kenal. Kawan perempuan kami yang kami cari tu, dah lari lepas bergaduh dengan dia malam tadi. Tapi awak jangan risau, danish tu baik orangnya. Dia nampak je macam tu. Buktinya, ziha tu teman wanita danish. Dia masih lagi kekalkan hubungan mereka setelah 5 tahun bersama. Mereka juga dah cadang nak nikah lepas graduate. Maklumlah, tahun ni, tahun terakhir kami sebagai mahasiswa. " ian tergelak kecil.

Lia mengangguk tanda faham. Mereka sambung berborak tentang diri mereka.

tHaNk yOuDove le storie prendono vita. Scoprilo ora