PART 7

16 3 0
                                    

Hari ini merupakan hari terakhir mereka di dalam hutan. Seperti biasa, mereka akan berkumpul untuk sarapan selepas solat subuh.

" lia tak ada dalam khemah. Dia dah hilang. " teriak ziha pada awal pagi lagi.

" mungkin dia ambil angin pagi kot. " balas danish tenang sambil mencucuk-cucuk unggun api yang tidak bernyala itu dengan kayu.

" tak kan lah. Kenapa dia tak bagi tahu kita. Pagi tadi pun, dia tak ada dalam khemah lepas kita solat subuh. Ziha risaulah. Kenapa semuanya hilang dalam khemah. Hari tu farah, kali ni, lia pula. Semuanya pergi pada waktu yang sama tanpa bagi tahu kita. " bingung ziha.

" wei, aku rasa tak sedap hati lah. Jom, kita pergi cari lia. Danish, kenapa kau diam je ni. Bangunlah, kita cari lia. " cemas ian.

" tapi, kita nak cari dia dekat mana? Hutan ni besar. " ziha menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

" aku tahu dia ada dekat mana.
Ikut aku " danish yang lagi tadinya hanya berdiam diri akhirnya bersuara.

Danish lantas mengambil langkahnya manakala ian dan ziha mengikut jejaknya.

******
Mereka bertiga memasuki kawasan semak yang agak tinggi.

" kau yakin ke dia ada dekat sini, bro?" soal ian bingung.

" kau ikut je. Semalam aku jumpa dia dekat area sini. Aku yakin, dia ada dekat sini lagi. " terang danish.

Mereka menghampiri satu tebing yang agak curam. Danish menunjuk ke arah bawah tebing itu menggunakan kepalanya.

" astaghfirullah... Apa benda semua ni. " terkejut ian. Begitu juga dengan ziha yang kelihatan amat terkejut.

" itu lah lia. " terang danish tenang merujuk ke arah rangka manusia yang masih elok tersusun seperti seorang manusia yang berada di bawah tebing itu.

" apa maksud kau yang itu lia? Apa yang kau cakap ni? Danish, aku tahu kau nak buat lawak tapi itu tak lawak, bro. Serius aku cakap. Tu rangka siapa? Danish, terus terang dengan aku selagi aku masih boleh bersabar. Macam mana kau boleh jumpa benda ni dekat sini? " ian cuba bertenang.

" bro, aku tak tipu kau. Itu memang lia. Jujur aku cakap, yang itu rangka lia. Aku tak tipu kau, bro. Lia yang ada depan kita tu sebenarnya tak wujud. Dia tak pernah wujud. " tegas danish ingin membuat ian mempercayainya.

Ian menarik kolar baju danish dengan kuat.

" kau jangan nak main-main dengan aku, danish. Apa maksud kau yang lia tak pernah wujud?! Dia wujud, dia ada depan mata kita. Dia ada dengan kita malam tadi dan kenapa tiba-tiba dia dah jadi macam ni?! Kau jangan tipu aku, danish. Kau jangan buat aku hilang kepercayaan aku pada kau!! " teriak ian bengang. Dia seperti tidak dapat mengawal perasaannya.

" bro, rilex bro. Aku tahu kau masih tak boleh terima kenyataan tapi, aku tak tipu kau. Serius aku tak tipu kau. Lia sendiri yang bagi tahu semua ni pada aku sebelum dia hilang pagi tadi. Dia bagi tahu aku yang itu rangka dia semalam. Aku tak tipu kau. Tolong lah, percayakan aku. " rayu danish. Dia lantas mengeluarkan sehelai kertas usang yang berlipat dari poket seluarnya lalu dihulurkan kepada ian.

Ian membuka lipatan kertas itu. Matanya membulat apabila dia meneliti kertas tersebut.

Ia adalah kertas tentang kehilangan seorang gadis yang bernama Nurin Kamelia. Wajah, keterangan dan ciri-ciri gadis yang dinyatakan dalam kertas itu amat sama seperti lia yang dilihatnya.

Ian diam membisu. Dia menjadi kaku dengan apa yang baru sahaja dilihatnya. Ziha pula tidak mampu menahan tangisannya.

" kau percayakan aku, kan? Rangka ni, lia sendiri yang bagi tahu aku bahawa ini adalah milik dia semalam. Aku dah tahu semua ni dari awal lagi bahawa lia bukannya manusia macam kita. Dia hanya roh lia yang cuba meminta bantuan daripada kita untuk cari rangka dia. Dia minta kita semadikan rangka dia supaya roh dia boleh aman. Percayalah kata aku ni, ian. Kita adalah orang yang terpilih untuk tolong dia." terang danish.

" jadi, kau dah tahu semua dari awal lagi kita jumpa dia? " soal ian cuba mengawal perasaannya.

Danish mengangguk. Ian menggengam erat helaian kertas yang dipegangnya.

tHaNk yOuWhere stories live. Discover now