PART 8

18 2 0
                                    

# tHrOwBaCk #

Danish dan ian sedang mencari kayu api buat mereka untuk dijadikan unggun api.

Danish terpisah daripada ian beberapa meter bagi mengambil kayu api yang dilihatnya. Dia terpandang sehelai kertas yang telah direnyukkan. Dia lantas mencapai kertas tersebut dan melihat isi kandungnya sekilas. Dia lantas memasukkan kertas tersebut ke dalam poketnya apabila namanya dipanggil oleh ian.

******
Mereka berasa cemas dan cuba mencari kelibat farah yang telah hilang. Tiba-tiba, mereka terjumpa seorang gadis bertudung yang kelihatan runsing mencari sesuatu.

Apabila dia memberitahu ian bahawa ada seorang gadis di situ dan cuba bertanyakan soalan, dia merasakan bahawa gadis itu seperti pernah dilihatnya. Dia cuba mengetepikan pemikirannya tentang gadis itu.

Mereka semua sedang sibuk mengemas barang-barang keperluan mereka untuk berpindah ke lokasi yang lain.

Dia menyapa ian apabila kelihatan ian sedang mengelamun melihat sesuatu. Danish memandang ke arah pandangan ian. Kelihatan ian sedang merenung lia dari jauh. Dia juga cuba meneliti muka gadis tersebut.

Dia masuk ke khemahnya untuk mengemas peralatannya. Dia teringat akan sesuatu lalu mengeluarkan kertas yang dijumpainya. Dia meneliti gambar gadis yang terpampang di dalam kertas itu dan dia menyedari bahawa wajah itu sangat mirip dengan gadis yang ada bersama mereka itu.

Setelah dia meneliti kertas itu, dia menyedari bahawa gadis itu telah hilang pada awal tahun 2012 dan kini baru sahaja menjelang tahun 2017. Ini bermakna, gadis itu telah hilang selama 5 tahun dan kini, dia muncul di hadapan mereka.

Dia lantas menyimpan kertas tersebut ke dalam poketnya apabila ziha memanggilnya untuk meminta bantuan.

Mereka bergerak seiringan untuk ke lokasi yang seterusnya. Mereka bertiga kelihatan gembira bersama gelak ketawa menemani mereka kecuali danish. Danish sangat diam ketika itu kerana fikirannya penuh tentang gadis yang dikenali sebagai lia itu. Fikirannya cuba mencari siapakah lia dan mengapa dia muncul kembali selepas 5 tahun menghilangkan diri tanpa pengetahuan siapa-siapa kecuali mereka bertiga.

Anggapannya terhadap lia yang sebenar membuatkannya menjadi takut dan mukanya juga kelihatan pucat.

Ketika mereka sedang berehat, danish hanya merenung lia dan ian yang sudah kelihatan agak rapat. Dia cuba melihat diri lia yang sebenar tetapi fikirannya yang menanggap lia adalah bukan salah seorang daripada mereka membuatkannya bingung apabila lia berkelakuan seperti manusia biasa pada pandangannya. Dia cuba berfikiran positif untuk menganggap lia hanya seorang manusia biasa.

******
Kes cubaan membunuh diri yang berlaku di dalam hutan, memaksa mereka berempat untuk ke balai bagi membantu siasatan.

Lia dan ian kelihatan bersungguh-sungguh menjelaskan apa yang sedang berlaku kepada pegawai polis itu.

Pegawai polis itu juga kadang-kadang kelihatan runsing apabila dia melihat pandangan ian terhadap lia.

Ketika mereka diminta untuk tunggu sebentar, ian kelihatan sedang berusaha untuk menenangkan lia. Danish menyedari bahawa pegawai polis yang telah menyoal mereka beberapa minit yang lalu, asyik memandang ke arah ian sambil menggigit kukunya. Pegawai itu seperti sedang mengkaji sesuatu dari ian.

Danish yang menyedarinya lantas bangkit dari duduknya dan bergerak ke hadapan ian bagi menghalang pandangan pegawai polis itu terhadap ian. Dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh pegawai itu dan mula menyedari bahawa orang lain termasuk pegawai polis itu tidak boleh melihat lia kecuali mereka bertiga.

******
Ian kelihatan sudah tidur di dalam bilik hotel yang telah berkongsi dengan danish.

Danish keluar dari bilik hotel mereka dengan senyap lantas menuju ke balai polis.

" tuan. " panggil danish.

" owh, ye. Kamu lelaki yang tadi dengan kawan-kawan kamu tu kan? Ada apa ye? " soal pegawai polis itu.

" saya nak tanya. Tuan, dah cari tentang anak en. Zaid yang bernama nurin tu? " soal danish ingin tahu.

" owh, ye. Kami dah jumpa pasal dia. Apa yang saya dengar dari isteri en.zaid, nurin tu bukan anak kandung mereka tapi dia adalah anak angkat keluarga tersebut. Dan kami juga dapat tahu bahawa anak angkat mereka telah hilang selama 5 tahun dan sampai sekarang masih belum ditemui. " jelas pegawai itu.

" nama gadis yang hilang tu, Nurin Kamelia ke? " soal danish.

" ye, betul tu. Kamu kenal ke? " danish menggeleng.

" saya cuma pernah dengar nama tu dulu. Mungkin saya dengar dari kes hilang ni. " pegawai itu mengangguk.

" owh, ye. Kawan lelaki kamu tadi tu, dia okay ke? Saya nampak dia bercakap sendirian. Dia ada sakit apa-apa ke? " pegawai polis itu ingin tahu.
" cakap sendirian? Mana ada, tuan. Rasanya, tuan salah nampak kot. Dia okay je. Tuan, tuan ada nampak siapa-siapa ke yang datang dengan kami ke sini? " pegawai itu kelihatan bingung.

" saya rasa, kami bawa kamu bertiga je ke sini dari hutan tu. Dua orang lelaki dan seorang perempuan. Kenapa, ye? " soal pegawai itu. Danish menggeleng.

" saya tanya je. Baiklah, kalau macam tu. Owh, ye. Boleh saya minta alamat hospital en. Zaid tu? Saya terfikir nak pergi melawat sekejap. " pinta danish.

******
Selepas melawat en. Zaid, danish bercadang untuk berbual sebentar bersama isteri en. Zaid, mariam.

" jadi, kamu ni kawan lia? " Soal mariam. Danish mengangguk.

" sebenarnya, ada dua orang lagi. Kami ni rakan lia sebelum dia hilang. Kami bersimpati pada puan dan suami atas kehilangan lia. Kami yakin, puan dan suami akan berjumpa dengan dia kembali. " mariam tersenyum dengan kata-kata danish.

" terima kasih, nak. Sebenarnya, mak cik tak tahu ke mana lia menghilang. Kami cuba cari jejak dia tetapi kami tetap juga tak jumpa. Kalau dia masih ada, mesti dia akan datang berjumpa kami. Tapi kalau dia sudah tiada, sekurang-kurangnya kami nak tahu ke mana mayatnya. Lia tu anak yang baik. Dia dah kehilangan keluarga dia masa dia masih berumur 9 tahun akibat kemalangan jalan raya. Semua ahli keluarganya tidak dapat diselamatkan kecuali dia seorang sahaja yang selamat. Dia tercampak keluar dari kereta yang dipandu oleh ayahnya. Kebetulan, kami ada di sana untuk membantu. Dan dari situlah, kami jumpa lia. Dia menangis di tepi jalan melihat ahli keluarganya pergi meninggalkannya di usia yang sangat muda. Dari situ, kami terfikir untuk menjadikan lia sebagai anak angkat kami memandangkan kami berkahwin dan masih tidak mempunyai anak kerana mak cik mandul. Lia seorang anak yang tabah. Dia sangat baik. Dia suka membantu orang lain. Dia suka sangat masuk dalam hutan kegemarannya bersama pak cik dan mengkaji tumbuhan yang jarang dijumpai di sana. Dia kaji dan jadikan tumbuhan tu ubat untuk rawat orang kampung. Cita-cita dia nak jadi seorang doktor tapi, tidak kesampaian sebab kami tak ada duit untuk tampung pelajaran dia. Tanggungan sangat mahal dan kami tak mampu. Tapi, lia tak kisah semua tu. Dia tak pernah memberontak sebab tak tunaikan apa yang dia nak. Dia tak ada kawan yang tetap. Kawan-kawan dia semua lari dari dia sebab dia tak ada duit, dia miskin. Sejak dari tu, dia mengalami kemurungan. Dia tak berkata apa-apa dengan kami. Kadang-kadang, mak cik tahu dia benci kehidupan macam ni tapi dia tak pernah merungut dan tolong kami berniaga. Mak cik tak sangka, dia dah pergi tinggalkan mak cik dan pak cik macam ni. Dia hilang tanpa dikesan. Bulan lepas, genap umur dia 23 tahun. Tapi, kami tak dapat nak raikan bersama. Mak cik sedih sangat. Mak cik tak tahu apa dah jadi pada dia. Pak cik pun dah jadi sasau atas kehilangan lia sampai dia pun terfikir nak bunuh diri macam ni. Dia mencari lia merata-rata dan dah macam-macam juga yang dia dah buat tapi semuanya tak mendatangkan hasil. Dia amat rapat dengan lia. Mak cik tak tahu dia sampai boleh buat benda gila macam ni. Nasib baik kamu sempat selamatkan suami pak cik. Kalau tak, mak cik dah tak ada siapa-siapa dalam dunia ni. Terima kasih banyak-banyak. Mak cik bersyukur sangat sebab Allah dah pinjamkan lia untuk kami walaupun seketika. " mariam menangis tersesak-esak.

Danish cuba menenangkan mariam. Dia menepuk-nepuk belakang bahu mariam.

" mak cik, saya faham perasaan mak cik. Kehilangan orang yang kita sayang bukannya mudah untuk kita terima. Saya harap, mak cik dan pak cik banyakkan bersabar dengan semua dugaan ni. Kami semua doakan agar kita dapat jumpa lia lagi. InsyaAllah. Kita hanya perlu berdoa banyak-banyak. " pesan danish dan bantu menenangkan mariam yang sedang kesedihan dengan ujian yang telah diterimanya dan dilaluinya.

tHaNk yOuWhere stories live. Discover now