BAB 9

198 29 2
                                    


Restoran de'Buceau merupakan sebuah restoran masakan Perancis mewah di bandar itu. Restoran itu sudah hampir 20 tahun lamanya. Kay melangkah masuk ke dalam bangunan mewah itu dengan pakaiannya yang basah lalu bergerak ke kawasan dapur. Di dapur itu terdapat langsir hitam yang memisahkan satu ruang yang lebih dalam dan misteri. Tanpa menghiraukan teguran pekerja-pekerja di situ, dia menerpa masuk ke dalam satu bilik yang kelam dan samar.

"Encik... encik tak boleh.." seorang chef menegur namun kata-katanya terhenti di situ apabila melihat seorang wanita berpakaian ala-ala maid menunjukkan isyarat supaya membiarkan sahaja Kay masuk ke dalam. Wanita itu ialah Serina, iaitu doktor peribadi yang menguruskan tauke restoran itu yang sakit dan tidak mampu melakukan semua kerjanya sendiri. Chef itu hanya menurut sahaja kerana sudah tahu bahawa wanita itu lebih tinggi pangkatnya.

Serina segera berjalan masuk ke dalam bilik yang dimasuki oleh Kay tadi. Langkah lelaki itu terhenti apabila tangan wanita yang tua dua tahun daripadanya itu menyentuh bahunya. Dengan wajah yang mencuka dia berpaling.

"Kau kenapa?" Kay menyoal sambil mempamerkan riak wajah jengkel. Serina hanya tersenyum. Tangannya ditarik kembali. Dia menggosok-gosok sedikit jarinya yang menyentuh baju yang dipakai Kay tadi.

"Kenapa basah?" soal gadis itu.

"Kau peduli apa?" Kay menjawab penuh jengkel. Dia berpaling semula dan menyambung kembali langkahnya. Serina terdiam. Dia sudah sedia maklum dengan perangai lelaki itu. Kehadiran lelaki itu ke sini pasti untuk membeli maklumat lagi.

Serina hanya berdiri di situ sambil menunduk. Itu yang telah diarahkan oleh tuannya, Encik Saigon. Dia dan Saigon merupakan seorang imigran daripada Jepun yang menetap di Malaysia hampir 18 tahun yang lalu. Ketika usianya 5 tahun, dia telah diambil oleh Saigon sebagai anak angkat dan sekarang, untuk membalas jasa Saigon, dia menawarkan diri untuk berkhidmat untuk lelaki itu.

"Oh, ya. Kau lebih baik sediakan apa yang patut." Kay tiba-tiba bersuara.

Serina menunduk hormat lalu berlalu pergi. Kay mencebik. Dia tidak faham mengapa gadis itu sanggup membazirkan masa mudanya dengan berkhidmat untuk lelaki tua macam Saigon itu. Dia kembali menyambung langkahnya.

Kelihatan seorang lelaki tua yang dibaluti sweater berdiri di sebuah pantri sambil mengacau minumannya. Serina muncul serta-merta untuk membantu.

"Tuan Saigon, tuan patut berehat." Lelaki tua itu hanya menurut. Dia sudah lama sedar dengan kehadiran Kay namun dia berpura-pura tidak mengetahuinya dan buat-buat sibuk. Dengan selamba dia duduk berhadapan dengan Kay yang masih lagi berdiri dengan pakaian yang basah.

"Serina, kenapa kamu tak ambil pakaian untuk Kay? Cuba kau lihat dekat dalam almari aku tu. Banyak baju masa aku muda-muda dulu..."

"Tak payah!" ujar Kay sekali gus mematikan kata-kata Saigon. Saigon tertawa kecil. Oh, ya. Dia lupa bahawa Kay bukanlah seorang kanak-kanak yang harus dilayan sebegitu. Pemuda itu sudah lama hilang perasaan untuk dimanjai sejak enam tahun yang lalu. Serina mula teragak-agak untuk pergi atau tidak.

"Kay, kau nak minum apa-apa ke?" Saigon menyoal. Dia memberikan isyarat dengan tangannya supaya Serina pergi ke tempat lain dahulu buat seketika. Kay hanya mencebik.

"Aku tak ada masa untuk menempah minuman Saigon." Kay menyindir selamba. Tiada langsung nada hormat dalam percakapannya meskipun Saigon adalah bapa angkatnya yang sah. Saigon menjongketkan keningnya.

"Kay!" Serina tiba-tiba sahaja bersuara. Dia berasa kurang senang dengan tingkah laku Kay yang biadap setelah Saigon cuba untuk berbicara baik-baik dengan lelaki itu.

DISTURBIA Where stories live. Discover now