sebelum segalanya bermula part 2

421 55 19
                                    

Hari ini, dia duduk di perpustakaan lagi. Membaca dan terus membaca. Hampir 50 peratus buku-buku di situ sudah pun dibacanya. Jemu? Dia tidak pernah jemu membaca. Kerana dengan membaca sahajalah dia mampu buktikan kepada mereka semua bahawa kelebihan yang dimilikinya bukan sekadar kelebihan semata-mata sebaliknya untuk dimanfaatkan. Hakikatnya, dia juga bekerja keras untuk mendapatkan pengetahuan.

Bang!

 Meja kayu panjang itu ditepuk kuat, mematikan fokusnya terhadap bahan bacaan. Lantas, bukunya diletakkan di atas meja. Dia lagi!

Kay mengeluh melihat gerangan yang berada di hadapannya. Budak Shah ni lagi. Sejak hari itu, sudah tiga hari berturut-turut lelaki itu mengikutinya ponteng kelas. Tidak mengapakah? Shah bukan seperti dirinya yang mempunyai kelebihan photgrafic memory. Dia sudah tentu memerlukan tunjuk ajar daripada guru di kelas.

"Kau macam tak suka je aku datang sini?" Shah menyoal sambil tersengih seperti kerang busuk.

Kay hanya merenung tajam wajah Shah. Memang pun! Jeritnya dalam hati.

"Weh, apasal kau suka baca buku ek? Kau kan ada kelebihan yang bukan semua orang ada. Tak perlulah bekerja keras baca buku ni semua." Selamba Shah berkata. Kay memilih untuk senyap. Orang seperti Shah pasti tidak faham sekalipun dia menjelaskan segalanya.

"Hmm.. kau tak nak jawab? Ok, aku tanya soalan lain. Kenapa semua orang benci kau?" Kay mengangkat wajahnya. Serius, budak ni menjengkelkan! Lantas, dia mengambil semua buku-buku yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam beg. Dia tidak boleh terus di sini, jika tidak ketenangan yang dicipta akan musnah lebih-lebih lagi dengan kehadiran lelaki itu.

"Eh, nak pergi mana tu?" Kay membiarkan soalan Shah berlalu begitu sahaja. Annoying, he is really annoying!

Shah, terpaku di situ setelah ditinggalkan oleh Kay. Dia termenung memikirkan apa kesalahannya terhadap Kay. Namun, sikap Kay it membuatkan dirinya lebih berminat untuk mendekati lelaki itu. Dia memang lain. Tanpa membuang masa, dia turut bangun dan mengekori langkah Kay secara senyap-senyap. Pasti dia ada tempat persembunyian yang lain selain perpustakaan.

Perlahan-lahan Kay memanjat bumbung blok perpustakaan tersebut. Soal panjat-memanjat sememangnya sudah menjadi kebiasaannya. Itu ialah tempat kedua yang dia gemari selepas perpustakaan, kerana di situ dia mampu melihat semua orang di bawah. Mereka kelihatan kecil sahaja di matanya.

Dari kejauhan Shah memerhati. Oh, di sini rupanya! Dia memandang ke arah langit. Kawasan ini berhampiran dengan sebatang pokok besar jadi tidaklah terlalu panas.

Idea nakalnya mulai muncul. Dengan berhati-hati dia merangkak ke arah Kay yang sedang tekun membaca. Sambil mengira satu, dua dan tiga di dalam hatinya....

Gah!

"Wargh!" Kay terjerit. Kakinya tergelincir. Sangkanya dia akan jatuh namun Shah pantas memaut tubuh Kay daripada tergelincir ke bawah. Masing-masing menahan debaran apabila menghadapi situasi yang mencemaskan tadi. Shah mula rasa bersalah namun dia tetap tersengih seolah-olah apa yang dibuatnya terhadap Kay langsung tidak salah. Kay menjeling tajam ke arah Shah. Dia lagi?

Yang paling dia tidak puas hati adalah apabila Shah mula gelakkan dirinya. Dia mendengus kecil lalu meneruskan pembacaannya.

"Pandai kau pilih tempat. Aku suka!" Shah melabuhkan duduknya di sisi Kay. Dia asyik memandang suasana sekolahnya. Kebetulan angin mula bertiup lembut mengelus kolar baju mereka berdua. Rambut Kay yang sedikit panjang terbuai-buai mengikut arah angin yang bertiup. Shah memuji kekacakan Kay di dalam hati.

DISTURBIA Where stories live. Discover now