Sebelum segalanya bermula-part 3

335 46 8
                                    

"Kay!" suara garau itu mengejutkan mereka berdua. Kay segera mencapai basikalnya namun, sebelum sempat dia menaiki basikal itu Khalid segera meragut tangan Kay dan menariknya supaya menjauhi lelaki tersebut. Dia tidak mahu Kay terlibat dalam urusannya dengan lelaki itu. Kay hanya menurut sahaja langkah ayahnya. Basikalnya dibiarkan jatuh di situ.

Apabila terasa seperti sudah jauh dari kedudukan tadi, Kay segera merentap tangannya dari genggaman Khalid. Dia hairan mengapa ayahnya bersikap seperti ini. Ayahnya kelihatan gelisah dan seperti ingin memberitahu sesuatu namun dia seperti teragak-agak untuk berbuat demikian.

"Ayah..." baru sahaja Kay hendak membuka mulut ayahnya segera menyampuk.

"Kay, kamu...kamu, ayah minta tolong sangat. Jangan dekati lelaki tu. Tolonglah, ayah merayu!" mata ayahnya mula meliar ke sana kemari seolah-olah ada bahaya yang mendekat.

"Ayah, cuba ayah jelaskan, Kay tak faham!" Khalid hanya mengeleng kepala mendengar soalan itu. Lagaknya seperti orang kurang waras. Kay semakin hairan.

"Ayah, siapa lelaki tu?" Khalid senyap mendengar soalan daripada si anak.

"Ayah!" Kay mendesak.

"Diam! Aku kata diam!" Kay terdiam serta-merta. Tidak pernah ayahnya berkelakuan sedemikian rupa. Dia kembali memandang ke arah lelaki tadi dengan sepasang jelingan maut. Namun, wajahnya terus dicengkam dan dipusing menghadap ayahnya untuk menghalangnya daripada melihat lelaki tersebut.

"Jangan, kau akan ingat muka dia!" Kay semakin tidak mengerti. Dia menolak tubuh ayahnya dan berlari semula ke arah lelaki tadi. Lelaki itu hanya mencebik dan memandangnya dengan penuh kebencian. Tanpa menghiraukan lelaki itu, Kay mengambil basikalnya yang terbaring di tanah lalu mengayuh basikal kesayangannya masuk ke dalam kawasan rumah. Khalid mulai lega dengan tindakan Kay yang menurut kata.

Dia segera menapak ke arah lelaki tersebut untuk menyelesaikan urusan antara mereka. Kay pula, tidak berhenti di situ sahaja. Dia merasakan bahawa dia perlu juga untuk ambil tahu tentang apa yang sedang berlaku sebenarnya. Mujur bumbung rumahnya rata.

Tanpa menghiraukan teguran ibunya, dia berlari naik ke kawasan bumbung rumah. Sesampainya dia di sana, dia segera menyorok di sebalik tangki air dan ampaian yang tersedia di atas. Dengan penuh kesabaran dia mengintai, apa yang diperlakukan oleh ayahnya dengan lelaki tersebut.

Namun, perkara yang tidak disangka-sangkanya berlaku. Ayahnya tidak lama di situ dan terus mengikut lelaki itu menaiki sebuah kereta bercermin gelap. Kelihatan ayahnya seperti merelakan diri mengikut arahan lelaki tersebut. Tanpa berlengah lagi Kay segera menjerit memanggil ayahnya dari atas bumbung. Khalid sempat membuat tanda isyarat supaya jangan risau sebelum kenderaan tersebut berlalu. Dengan nafas yang berat, Kay mengeluh lalu duduk menyandar di tangki air.

Dalam hatinya berdoa semoga ayahnya tidak diapa-apakan oleh lelaki bertopi tadi.

Malam itu, ayahnya menelefon dan memberitahu bahawa dia tidak akan pulang pada malam itu kerana terdapat beberapa urusan yang hendak diselesaikan. Khalid juga sempat berpesan kepada Kay supaya memberitahu ibu dan adiknya supaya tidak risau jika dia tidak pulang pada malam itu. Malah, dia juga berjanji akan segera pulang setelah urusannya selesai.

Kay tiada pilihan lain selain mempercayai bulat-bulat setiap patah bicara ayahnya. Walau bagaimanapun, dia tetap tidak boleh melupakan tingkah laku pelik ayahnya tadi. Siapakah lelaki itu, dan apakah urusan yang begitu penting antara ayahnya dengan lelaki itu?

***

Dush!

Satu tumbukan padu dilayangkan ke wajah lelaki itu. Khalid tersungkur ke lantai yang lembab dan berpasir itu kerana hilang keseimbangan akibat daya yang dikenakan kepadanya terlalu kuat. Giginya diketap perlahan sambil menahan pedih yang terasa ngilu menyinggah. Kesejukan lantai itu menambah lagi impak kesakitan yang dirasainya. Baru sahaja dia hendak bangkit, satu tendangan pula dihadiahkan. Sekali lagi dia rebah tersungkur. Kelihatan cecair likat berwarna merah gelap mengalir perlahan dari bibirnya yang bengkak dan membiru itu.

DISTURBIA Where stories live. Discover now