Sebelum segalanya bermula-part 3

ابدأ من البداية
                                    

"A..aku minta maaf.." kepala didongak ke atas meminta belas kasihan daripada mereka yang memperlakukannya seperti anjing kurap. Perlahan lelaki itu menapak mendekatainya lalu tunduk agar wajah mereka menjadi hampir.

"Khalid, Khalid. Apa yang aku nak bukannya ucapan maaf tapi aku nak kau bayar balik duit aku. Sekarang cakap Khalid, mana duit aku?" lembut dia bersuara.

Terketar-ketar Khalid mengangkat wajahnya. Dia tidak sangka selama ini dia mempercayai lelaki penuh muslihat itu. Bagaimana dia ingin meneruskan hidup selepas ini? Keluarganya? Memikirkan semua itu boleh buat dia pecah kepala!

"Ka..kau kata kalau aku melabur dengan kau aku akan dapat pulangan lima kali ganda. Tapi, kenapa kau kata aku kena bayar pula? Tak bolehkah bayar secara ansur-ansur?" naif sekali Khalid bertanya. Wajahnya mengharapkan belas kasihan.

"Heh.." lelaki itu tergelak. Sekali lagi tamparan hinggap di wajah tua itu. Kali ini Khalid terus tidak sedarkan diri. Lelaki misteri itu bangun sambil mengelap tangannya yang dicemari dengan darah Khalid.

Khalid, malang sungguh nasibnya kali ini. Tidak semena-mena dia ditipu oleh sindiket pinjaman dan pelaburan. Buat masa ini, Khalid akan ditahan bersama lelaki misteri itu untuk beberapa hari. Lelaki misteri itu ada perancangannya yang tersendiri.

***

Perlahan dia berjengket masuk ke dalam perpustakaan. Hajat di hatinya adalah untuk mengejutkan Kay. Shah tersengih seorang diri membayangkan rupa Kay ketika terkejut nanti. Sambil menahan tawanya, dia mendekati susuk tubuh yang sedang tekun membaca itu. Niatnya padam setelah mendapati lelaki itu bukannya sedang membaca tetapi sedang tidur. Buku itu hanyalah untuk menutup wajahnya.

Cis!

Shah menyumpah di dalam hati. Dia segera mengambil tempat di hadapan Kay yang sedang nyenyak tidur. Dagunya ditongkat pada permukaan meja sambil matanya memerhatikan Kay yang sedang tidur. Terik panas mentari mula merangkak menyuluh wajah putih bersih itu. Shah segera mengalih buku tersebut dan meletakkannya di tepi tingkap agar kulit Kay terlindung daripada cahaya matahari.

Menyedari perubahan suasana, Kay mula tersedar daripada lelapnya. Sambil meregangkan urat-urat dan tulang belakangnya, dia terkejut saat melihat seseorang sedang tersengih di hadapannya. Kay mengeluh perlahan. Tidak sangka wajah Shah ialah wajah pertama yang akan dilihatnya sebaik sahaja tersedar daripada tidur ayamnya itu.

Hari ini matanya terasa berat sekali kerana malam sebelumnya, dia sudah berjaga hingga ke lewat malam, memikirkan perihal ayahnya yang sudah dua hari tidak pulang.

Shah yang melihat wajah murung Kay itu terus sahaja berhenti tersengih. Dia mula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Err, Kay, cuaca baikkan hari ini?" Shah cuba untuk membuka topik perbualan yang dirasakan mampu mengubah mood Kay. Namun, seperti biasa Kay diam, tidak menjawab soalan mesra dari Shah.

"Ahahaha...Kay, aku rasa lagi seronok kalau kita duduk kat bumbung...kan?" kali ini Shah cuba untuk memberikan cadangan.

Tanpa sebarang amaran Kay segera bangkit menolak kerusinya lalu mengatur langkah keluar daripada perpustakaan. Shah pula tergesa-gesa mengikut dari belakang. Dalam hatinya melonjak kegembiraan kerana telah berjaya membuat Kay keluar daripada perpustakaan itu. Namun, dia hairan, mengapa Kay langsung tidak membawa sebarang buku bersamanya?

Kali ini Kay seperti tidak kisah apabila Shah datang dan duduk di sisinya di atas bumbung. Kay malah berbaring di atas bumbung tersebut. Shah tersenyum lalu mengikut perbuatan Kay dan berbaring di sisi lelaki yang dianggap sahabat itu. Suasana antara mereka senyap seketika. Masing-masing seolah-olah sudah hanyut dalam keasyikan menghayati pemandangan langit yang indah. Sungguh, cuaca hari ini agak baik dan menenangkan.

"Shah." Kay bersuara.

Buat pertama kalinya Kay yang memulakan perbualan. Shah berasa sungguh terharu lalu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang hendak diperkatakan oleh Kay.

"Shah, apa maksud kawan baik?" terpegun Shah mendengar soalan tersebut. Senyumannya terukir.

"Kau betul-betul nak tahu?" soal Shah pula. Kay hanya mengangguk perlahan. Dia benar-benar ingin tahu.

"Hmm, macam mana nak cakap ya? Kawan baik...mengikut fahaman aku, kawan baik ialah orang yang sentiasa faham perasaan kawannya. Dia akan cuba sedaya upaya untuk elakkan kawan dia daripada hidup dalam kegelapan. Itu apa yang aku faham." Laju Shah memberi pendapat.

"Aku tak minta pendapat kau!" Kay berkata perlahan. Dia memandang kembali ke langit.

"Lah, kalau macam tu kau tanya ajalah Encik Google. Semua dia tahu!" Shah membalas ucapan Kay. Terdiam sebentar lelaki itu.

Shah tergelak kecil. Dia tahu bahawa Kay hanya ingin menutup rasa segannya. Tangannya segera mencuit pinggang Kay dan menggeletek badan lelaki itu. Meronta-ronta Kay menahan rasa geli. Masing-masing tergelak besar di atas bumbung itu. Namun Kay segera menutup mulutnya apabila menyedari bahawa mereka sedang berada dia atas bumbung sekolah. Bimbang mengganggu pelajar-pelajar di dalam kelas pula.

"Shah, hari ini aku benarkan kau bercakap" ujar Kay tiba-tiba.

Shah terasa seperti tidak percaya dengan situasi tersebut. Nampaknya hari ini mood Kay baik sekali. Dengan rasa terujanya Shah mula bercerita itu dan ini dan Kay pula setia menadah telinganya. Kadang-kadang dia mengangguk memberi respon bagi setiap kisah yang hendak diceritakan kepadanya. Entah mengapa semakin lama dia semakin senang dengan insan yang bernama Mohd Shahrul. Ada satu perasaan yang tidak terungkap mulai bercambah di hatinya.

'Adakah ini yang dinamakan kawan baik?' soalan itu mula bermain di benak pemikirannya. Hilang sudah perasaan risau mengenai kehilangan ayahnya. Namun, dia tidak pernah menyangka bahawa itu adalah hari terakhir dia melakar senyuman.

?????????????

DISTURBIA حيث تعيش القصص. اكتشف الآن