Bab 3

53.4K 1.9K 30
                                    

Seperti yang di arahkan, Aisyah membawa bagasinya menuju ke pintu utama rumah banglo tiga tingkat itu setelah membayar duit tambang teksi yang menghantarnya ke sini.

Sungguh dia berasa kerdil melihat kemewahan kawasan perumahan itu. Apa yang dia sangat pasti, tuan rumah ini sangat kaya orangnya memandangkan rumah yang tersergam gah ini satu-satunya rumah yang berada di sini. Jauh dari perumahan lain.

Pelik juga tapi malas dia mahu mengambil pusing perkara itu. Bukan urusannya juga mahu bertanya tentang perkara remeh itu.

Loceng rumah segera ditekan.

Ting tong

Beberapa minit kemudian, pintu dibuka dari dalam. Muncul seorang lelaki yang segak mengenakan kot di badannya. Mungkin dia baru balik dari pejabatnya. Fikir Aisyah.

"Assalamualaikum, saya Aisyah doktor psikiatri yang ditugaskan untuk merawat Encik Ammar. Boleh saya tahu awak ni siapa?" Soal Aisyah setelah memperkenalkan dirinya dengan sopan.

Daniel mengukir senyuman nipis.

"Waalaikumsalam, saya Daniel sahabat baik kepada Ammar merangkap pesakit awak. Jom saya tunjukkan bilik awak terlebih dahulu." Kata Daniel sambil mempelawa Aisyah untuk masuk ke dalam rumah agam milik Ammar.

Setelah menanggalkan kasutnya, Aisyah masuk ke dalam rumah itu dengan membawa bagasinya.

"Mari saya tolong bawakan." Melihat kesusahan Aisyah, Daniel menawarkan diri untuk membantu.

"Eh, takpe lah Encik Daniel. Menyusahkan awak saja."

"It's okey, lagi pun kita naik lif. Jadi takde lah penat sangat nak naik tangga. Leceh lah." Ujar Daniel dengan ramah.

Aisyah terpegun.

Wah, rumah ada lif? Sungguh mengagumkan!

Button 3 ditekan oleh Daniel.

Tingggg

"Okey, bilik yang berada di hujung sana bilik Ammar. Bilik awak bersebelahan dengan bilik Ammar. Jadi jika ada apa-apa senang untuk awak memantau keadaan dia. Tapi awak jangan risau sebab bilik saya berhadapan dengan bilik Ammar.

Awak boleh letak barang-barang awak dalam bilik dulu dan rehatkan diri. Bila dah rehatkan diri awak boleh lah mulakan tugas awak. Saya terpaksa pergi dulu, malam nanti saya balik dalam pukul lapan. Lagi satu jangan lupa bagi ubat pada Ammar." Pesan Daniel sebelum berlalu pergi meninggalkan Aisyah yang terpinga-pinga.

"Dia tinggalkan aku macam tu je?" Kepala yang tidak gatal digaru. Apa-apa je lah.

Pintu dibuka dan ditutup rapat sebelum dikunci. Dia merebahkan tubuhnya atas katil saiz king itu. Sungguh empuk rasanya. Tidak lama kemudian matanya mula tertutup.

Tanpa Aisyah sedari sepasang mata kelabu tajam memerhati susuk tubuhnya yang sedang lena itu.

"Welcome our home, sayang!"

Bibirnya mengukir senyuman sinis sebelum menghilangkan diri.







Tok tok tok

Pintu bilik Ammar diketuk perlahan oleh Aisyah.

"Encik Ammar, boleh saya masuk?" Soalnya dengan gugup. Sungguh dia berasa gementar ketika ini.

Apabila tiada sahutan yang diterima, dia memberanikan diri untuk masuk ke dalam.

Bismillah.....

"Encik Ammar?" Panggilnya perlahan. Matanya melilau melihat sekeliling bilik itu.

Bersih! Kemas tersusun!

Tapi bayangan pesakitnya tidak kelihatan.

Sedang dia leka memerhati setiap sudut bilik itu, tiba-tiba lingkaran sepasang tangan yang melilit pinggangnya membuatkan dirinya tersentak.

"Hey, do you miss me sayang?"

Suara itu....

Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang, badannya mula menggigil.

"Se-senior Ammar...."

Ammar mengukir senyuman sinis. Mata kelabunya tajam menikam gadis yang berada di hadapannya ini.

Aisyah Humairah

Gadis pujaannya sejak di bangku sekolah lagi.

Gadis yang berjaya mencuri cintanya.

Gadis yang pernah menolak cintanya suatu ketika dahulu.

Kini berada di dalam genggamannya. Dan dia tidak akan lepaskan gadis itu untuk kali kedua walaupun secara kasar.

Aisyah menelan liur.

Baginya, Ammar seorang yang kejam sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan apa yang di inginkan oleh lelaki itu.

Gila!

Psycho!

Yang pastinya dia perlu melarikan diri dari lelaki itu. Tapi mampukah dia apabila dirinya terjerat dengan pekerjaannya sebagai seorang doktor yang perlu merawat pesakitnya iaitu Ammar?













MARRIED WITH THE KILLER √√ Where stories live. Discover now