Panggilan Zafriel Adrian serta-merta mematikan pergerakan Iman Nadzir yang ingin menghidupkan enjin motor itu. Dia memberikan senyuman nipis.

"Kau dah nak balik dah ke? Nadhirah tak datang ke? Dari pagi tadi aku tak nampak dia..." Soal Zafriel Adrian. Pelik kerana dia langsung tidak nampak kelibat gadis itu. Bertambah-tambah pelik apabila waktu bertugasnya tidak lagi diganggu sejak dari semalam.

Iman Nadzir mengeluh kecil. "Ada. Dia balik jalan kaki. Kau tak nampak dia sebab dia sibuk kut. Kan banyak benda dia kena catch up balik?"

Zafriel Adrian mengangguk. "Ya tak ya juga. Eh, tapi dia balik jalan kaki? Senangnya kau benarkan dia. Dia kan baru sekolah dua hari?" Berkerut-kerut kening lelaki itu. Terasa marah kerana Iman Nadzir seakan-akan memandang ringan pada kesihatan Iman Nadhirah.

"Dia yang nak. Lagipun, dia okeylah. Kau jangan risaulah."

Zafriel Adrian berasa tidak puas hati. Namun apabila difikirkan kembali kedegilan gadis itu, didiamkan saja.

Iman Nadzir menyeluk poket baju sekolahnya. Dia mengeluarkan sehelai kertas yang dilipat-lipat. "Nah!" Dihulurnya pada Zafriel Adrian.

Zafriel Adrian memandang pelik kertas itu. "Apa ni?"

"Untuk kau. Kau bacalah kat rumah nanti. Aku balik dulu, assalamualaikum," ucapnya lantas menghidupkan enjin motornya. Tak lama kemudian, motornya meluncur laju keluar dari perkarangan SMTI.

Zafriel Adrian memandang kertas di tangannya. Kertas apa ni? Dia menggeleng kecil. Kertas itu disimpan di dalam kot pengawas yang disangkut pada lengan kanan. Dia meletakkan kot itu ke dalam bakul motornya.

_________

Zafriel Adrian mengelap rambutnya yang kebasahan dengan tuala. Kemudian, disikatnya dengan penuh kemas. Dia merebahkan badannya di atas katil. Kot pengawas yang tergantung di belakang pintu bilik dipandang. Tanpa melengahkan masa, dia bingkas bangun dari katil. Diambilnya kertas yang disimpan di poket kot itu.

Zafriel Adrian duduk di birai katil. Tangannya membuka lipatan kertas itu dengan penuh debaran. Terselit rasa takut ingin mengetahui isi kertas itu. Dia membaca satu demi satu perkataan yang ditulis tangan itu. Dia amat kenal tulisan itu. Tulisan Iman Nadhirah!

Hai, Zafriel. Aku tahu kau pasti tertanya-tanya kenapa abang aku bagi surat ni pada kau. Aku nak pinta beberapa benda. Aku nak hentikan sesi tutor kita berdua. Jangan datang rumah aku melainkan sebab kau nak jumpa dengan abang aku. Aku juga tak nak kau cari aku di sekolah mahupun bercakap dengan aku.

Mesti kau pelik kenapa aku suruh buat benda ni kan? Sebab kau bukan Ian. Ian yang aku tahu dia akan halang aku dari masuk rumah puaka tu! Ian yang aku tahu dia sangat ambil berat tentang aku. Ian yang aku kenal takkan benarkan aku buat sesuatu yang aku benar tak suka atau trauma! Ian yang aku kenal akan sedaya upaya cari jawapan kenapa aku nak ikut abang aku dan kawan-kawannya sedang aku tak suka ikut lelaki.

Aku harap kau faham apa yang aku cuba sampaikan, Zafriel. Kalau dulu kau selalu marah sebab aku ganggu ketenteraman hidup kau, kau jangan risau. Aku takkan lagi kacau hidup kau. Aku takkan buat masalah lagi. Selama tinggal, Pengawas Bajet Alim!

Yang benar,
Cik Troublemaker a.k.a Kaki Merepek a.k.a Iman Nadhirah

Air mata yang tidak tertahan lagi jatuh ke atas kertas itu. Zafriel Adrian tidak mampu menahan rasa perit itu. Dia tidak mampu menelan hakikat yang satu itu. Lantas dia mencampakkan kertas itu ke tepi. Air mata diseka kasar.

Zafriel Adrian berlari keluar dari rumah. Dia cuba berfikir positif. Nadhirah tipu aje! Dia saja nak kenakan aku! Kunci motor terus dimasukkan ke lubangnya.

"Zafriel! Kamu nak ke mana tu?" Tanya Hajah Aminah. Pelik kerana anak sulungnya kelihatan tergesa-gesa.

Zafriel Adrian langsung tidak mempedulikan pertanyaan uminya. Tanpa mengenakan helmet, dia menunggang motornya ke rumah Iman Nadhirah.

Setibanya di rumah itu, dia pantas mendapatkan Puan Sri Ilyana yang sedang menyiram pokok bunga.

"Zafriel? Ada apa datang ni? Nadzir takde, dia pergi keluar dengan uncle," beritahu wanita itu tanpa dipinta.

Namun bukan itulah yang ingin lelaki itu tahu. "Nadhirah ada tak aunty?" Tanya Zafriel Adrian.

Puan Sri Ilyana mengerutkan kening. "Irah? Dia mana ada. Dia pergi study dekat rumah Intan. Kenapa cari dia? Kamu dah tak tutor dia lagi kan?"

Zafriel Adrian terbungkam. Rupa-rupanya gadis itu sudahpun memaklumkan pada orang tuanya bahawa sesi tutor mereka sudah tamat. Dadanya terasa kian sempit.

"Ermm... takpelah. Saya balik dulu."

Puan Sri Ilyana hanya mengangguk. Dia hanya memandang Zafriel Adrian keluar dari rumah dengan motornya.

Air mata sudah tidak tertahan lagi. Zafriel Adrian sudah mula menangis tanpa suara. Biarlah orang mahu kata dia lelaki lembik kerana menangis sebab seorang perempuan. Dia sudah tidak mahu peduli. Rasa sedih kian menghimpit jiwa. Dia sudahpun kehilangan gadis kesayangannya buat kali kedua!



✩✩✩✩✩

Adakah ini semua mimpi? Ataupun realiti? Chapter betul ke ni? Ke author main-main je?

Ada tak terfikir pasal tu? Author tanya aje, takde niat apa-apapun. Yalah kau orang kan pernah kena tipu sekali. Mana tahu, terasa macam ni main-main ke? But, chapter ni memang betul bukan main-main. Bukan cobaan!

Aku terfikir nak buat double update harini. Ntahlah, tengah idea mencurah-curah ni. Tapi, kalau author baik, author triple. Haha! Tak pernah lagi author buat triple setakat ni. Kalau rajin, author buatlah😁

Sorry kalau dua tiga bab ni bab sedih. Yalah kau orang kan asyik merasa sweet aje. Tambah-tambah part cuti dulu tu. Banyak sangat author bagi gula. Tak pasal-pasal kau orang kencing manis nanti. So, kalini author nak bagi garam boleh tak? Alang-alang kencing manis kita tambah penyakit darah tinggi pulak.😂

"Kenapa kau tinggalkan aku! Aku tak sempat pinang kau lagi😭😭"-Zafriel Adrian

"Biar patah hatiku, biarkanlah...🎤🎶"-Iman Nadzir.

Tetibe lagu Biarkanlah terpasang kat phone ni. 😂 tu yang tetibe nadzir nyanyi lagu tu😂😂 sorry kalau bab ni tak dapat nak buat kau orang menangis. Moof author menulis bukan patah hati. Maap😂

Okeylah, kakak teman dah mengacau ni. 😂Sekarang lagu terakhir pulak yang keluar. Apa ni? Semua lagu sedih je!😭😤

*tutup music*😒- Iman Nadhirah

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن