51.

97 7 0
                                    

zaman ini,
zaman tiada sempadan.
segala aib tersebar,
ibarat lawak dan simbol membahan.
tiada lagi rasa segan.
hidup dengan rasa mahu terkenal.
sanggup memalukan diri di khalayak.

bila ditegur,
katanya "aku hanya ingin membuka mata manusia."
ah, bodoh apa?
kan itu aib yang Tuhan dah sorokkan.
kau buka lagi kenapa?
banggalah, orang ramai gelak?
nama kau menjadi viral.
sekejap sahaja dikenal.
dikenal dengan kebodohan yang digelakkan.

akal kau sempit; aku kata.
diri kau tak mampu membeza aib.
kau ikut gerak tari syaitan.
kau tak malu.
kau lupa hidup kau tentang siapa?
tentang Dia!

ah, memalukan umat kau ni.
aku bukan mahu menjaja sisi baik diri.
aku cuma jalankan kerja sebagai dai.
yang menegur ikhwan yang alpa.
pada masa dan ketika.
ada masa aku juga jatuh.
ada masa aku juga tak ingat.
itu pentingnya ukhuwah Islamiah.
saling tegur dan ditegur.
bukan untuk diri,
tapi untuk ummah.

sudah?
sudah.


HAKIKAT MANUSIA. ✔Where stories live. Discover now