46.

137 16 0
                                    


ada benda yang lebih payah nak terima daripada perasan diri perasan.


Madihah menatap tingkap meninjau pemandangan hijau dari sisi kelasnya, 5 Nafisi. dia kini sukar memikirkan tugas yang dia galas sebagai bendahari kelas. nampak mudah. tapi, berat. series.

nak jaga duit orang. susah sangat. ada masa bila kau angkut ke sana ke mari duit tu, kau akan jadi sambalewa. bila tak cukup duit;

"guna dululah duit kelas. nanti top up balik."

Madihah mengeluh berat seberat amanat yang dipikul.

minggu lepas,

M : korang, nanti bayar duit kelas tau. aku akan pm sensorang bagitahu nilai ringgit yang korang kena settlekan.

M : aku penatlah weh, sebab tu aku nak settlekan awal awal benda ni.

R : okay, Dihah. nanti aku settlekan.

Z : weh, Dihah. aku dah settle kan dah. jangan risau.

N : ya, tahu Zikri. tak payah menunjuk plis.

Z : hahahha....kk

M : thanks korang bagi perhatian.

rehat.

habis rehat.

"Mia, nanti aku nak..." tak sempat Madihah berbicara, ada satu suara memotong.

"Weh, Kamilia. pinjam seletip." pinta Zikri. Zikri mengambil tanpa Mia berkata apa apa. Madihah cuma terpaku di situ ditemani sengihan Mia.

"eh, Madihah. kau macam serabut sangat aku tengok dalam group. kau asyik luah kat sana je. luahkan lah dekat sini." kata Zikri. Madihah blur.

"aaa...tak..tak ada lah. aku malas. tu je."

"ceihh, malas pulak. okaylah bai." Zikri pergi dengan sengihannya.

'sini?' Madihah kerap pula memikirkan hal itu.

"weh, kemain Dihah ada orang care kat dia." kata Kamilia. Madihah diam.

"ye ke? sape weh? Zikri eh? eee....sweetnya." kata Suhana pula.

'sweet atuk kau lah.' kata Madihah dalam hati. marah?

"tak payah nak kenen kan aku dengan dia boleh? aku penatlah. dari tahun lepas lagi ann." kata Madihah. mahu marah tapi ditahan.

"alolo...tahulah korang dah declare." kata Suhana lagi.

"huyyoo....dah declare bai." sahut Kamilia pula.

"dah lah. dia pun tak lama kat sini. aku tak nak perasan. dia bukan suka aku pun." kata Madihah masih mahu mempertahankan diri.

"eleh...ye lah tu. mana ada perasan. dia memang suka kau jugak. aku yakin dan aku doakan." kata Suhana.

'eii, boleh tak aku pijak dia ni sekarang?' bebel Madihah lagi lagi dalam hati.

"dah lah. malas layan. aku tak nak hati aku mati sebab dia. blah." kata Madihah. Suhana dan Kamilia memandang antara satu sama. kemudian tersengih sengih. Madihah hanya menjeling.



benda yang lebih sakit tu, bila ada orang tolong kita untuk perasan.



tahukah anda, mengenen ngenen kan orang lelaki dengan perempuan salah satu daripada dosa? sebab kita galakkan lagi diorang berzina. tak jauh pun zina ni. zina mata boleh, zina hati pun boleh. jadi. jangan jadi penyebab kawan kita berdosa dan kita pun terdosa sekali. just sharing my knowing. tak salah. asalkan ada pengajaran. tak banyak sikit pun boleh. insya Allah.




HAKIKAT MANUSIA. ✔Where stories live. Discover now