2.

3K 103 1
                                    


Azri masuk ke rumahnya dan terus melentokkan kepalanya di sofa. ketika itu, azan Asar sedang berkumandang, namun, tidak dipedulinya. dia penat. akhirnya, dia tertidur. nasib baik dia terbangun semula sebelum azan Maghrib berkumandang. dia bangun lalu mandi dan menunaikan solat Asar. dan ketika dia menunaikan solat Asar, azan Maghrib pula berkumandang. oleh itu, dia terus menyambung solat maghrib.

usai solat, Azri melipat sejadah dan menukar kain pelikatnya kepada seluar. dia mengerling sekilas mushaf miliknya. namun, tidak diendah. dia kemudian turun dan masak mi segera. usai makan, dia terus menonton televisyen dan membuka telefon pintar. habis digeledah segala akaunnya termasuk facebook, twitter dan instagram.

semasa dia sibuk membaca tweet tweet yang ada pada garis masa burung birunya itu, dia terbaca satu tweet yang agak menyedarkan dia.

~hari ni, malam Jumaat. Kahfi gais...~

dia serba salah pada mulanya. namun, dia cepat cepat membuang perasaan itu. dia lebih utamakan rasa malas.

"alah, esok aku bacalah." omel dia sendirian. dia mengerling jam di dinding. sudah pukul 12 malam. dia terus mematikan televisyen dan naik ke atas menunaikan solat isya'. usai solat, dia terus merebahkan badannya ke katil. tidur.

"mana aku letak ni?? aduh...siapa pulak yang alih alih ni." rungut Azri. dari tadi dia sibuk mencari mushafnya. namun, tidak dijumpainya.

"semalam ada dekat sini." dia meninjau meja kerjanya. tiada. tiba tiba dia perasan yang mushafnya ada di bawah meja kerjanya itu.

"astaghfirullah al'azim...siapa letak bawah ni...Ya Allah..." puas Azri beristighfar. dia kemudian menjunjung mushafnya dan terus duduk di atas sejadahnya. dia membuka lalu mula membaca.

"bis...bis..mi..mi.." gagap.

"asal ni?" Azri gusar. peluh mula membasahi dahi Azri. dia tiba tiba sahaja gagap. lidahnya terasa kelu untuk membaca. dia mencuba lagi sekali.

" bi..bi..Ya Allah...apa jadi dengan lidah aku ni." dia masih gagap ketika ingin mula membaca mushafnya. dia sedih kemudian sujud memohon ampun pada Allah.

"Allahu...mimpi rupanya." Azri mengeluh. dia bingkas bangun dan terus mengambil wuduk kemudian menunaikan solat taubat. kemudian dia menggapai mushaf miliknya dan mula membaca perlahan lahan sambil menitiskan air mata syukur.

"Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah, Kau menegurku."

semenjak hari itu, Azri tidak pernah meninggalkan bacaan Al Quran lagi. sekiranya tertinggal dia akan denda dirinya dengan membaca dua juzu' sekurang kurangnya selepas isya'.

~ dan ketahuilah, al quran bisa menyelamatkan kamu daripada kegelapan, kesempitan, azab dan akan melindungi kamu ketika di alam barzakh dan menjadi syafaatmu di akhirat kelak. ~

HAKIKAT MANUSIA. ✔Where stories live. Discover now