22

1.8K 116 2
                                    

di syarikat Jeon Holdings...

Jimin menyandarkan tubuhnya di kerusi milik appanya manakala Jungkook di meja sebelah sedang menaip sesuatu di laptop.

tok! tok!

"Masuk!" Jimin mengarahkan setiausaha dia masuk. Setiausahanya yang bernama Dasom masuk ke dalam bilik mereka sambil memegang sekeping sampul surat yang sederhana besarnya.

Dasom meletakkan surat tersebut di atas meja Jimin. "Ada surat untuk tuan. Tapi, saya tak tahu pengirimnya siapa."

Jimin mengerutkan dahinya. Dia mencapai surat tersebut. Saat dia mahu mengeluarkan surat itu, jari telunjuknya hampir terluka kerana ada sebilah pisau kecil di dalamnya.

Dasom terkejut. "Tuan! Tuan tak apa-apa?" Jungkook mendekati abangnya. "Hyung!"

"Kwaenchanna. Siapa yang hantar ni? Surat dia pun macam cuba untuk mengugut hyung." Tulisan surat itu ditulis dengan darah.

Dasom dipandang dengan tajam. "Takkan awak tak tahu siapa yang kirim?" Dasom menggeleng.

"Dia hantar surat ni dengan pakai mask hitam dan hoodie yang tutup kepalanya. Orang yang hantar surat ni pun agak tinggi jugak."

Jimin mengepal penunbuknya. "Hyung. Jangan risau. Biar kookie siasat siapa yang hantar surat ni."

Dengan itu, Jungkook keluar dari bilik pejabatnya dan menuju ke bilik pengawalan cctv dengan membawa surat tersebut.

***

Jungkook memegang kepala kerusi salah seorang staf dalam bilik pengawalan cctv. Dia merenung salah satu skrin di situ dengan tekun.

Sebaik sahaja seorang lelaki yang berpakaian hitam dan kepalanya ditutupi dengan hoodie berjalan ke arah kaunter pertanyaan, Jungkook menyuruh staf disitu pausekan video. "Tolong printkan gambar ni. Dalam empat helai."

Staf itu menurut arahan Jungkook. Sambil menunggu, Jungkook menjeling sehelai kertas yang berada dalam genggamannya. Habis ronyok kertas itu.

Dia bertindak untuk membaca surat itu.

YOU WILL DEAD IN MY HANDS, JEON JIMIN. So, stay cautious!

Jungkook mengerutkan dahi. Siapalah agaknya yang bagi surat ni? Apa yang dia dendamkan sangat dengan Jimin?

Aku akan lindungi hyung aku!! Yang pasti, aku kena siasat siapa dalang dalam semua kerja bodoh ni!

Meanwhile in office...

Jimin melemparkan dokumen yang membuatkan otaknya kusut. Tapi masalahnya dokumen tu tak bersalah.

Cuma dia asyik fikirkan tentang surat yang diterimanya tadi.

"Siapa yang tak puas hati sangat dengan aku ni? Kalau dia berani sangat, hadaplah aku! Ni kenapa nak main hide and seek? Serabutlah!!" Jimin mengusutkan rambutnya.

Dia cuba berfikir, siapa yang masih ada dendam dengannya?

×××

Jiae dan Halla sibuk mengelap pinggan-pinggan yang baru aje dicuci oleh maid yang lain. Sojin pun turut membantu.

"Malam ni dah rancang nak masak apa, Sojin-sshi?" tanya Jiae.

Sojin mengangguk. "Malam ni, kami akan masak sup ayam, sup daging, mi sejuk, nasi goreng kimchi dan sup tofu."

Ternganga Jiae. Banyak pulak makanan sedap yang nak dimasak harini😋

Halla menolak dagu Jiae ke atas; supaya mulut Jiae tertutup semula. Kalau ni dunia anime, rasanya mulut Jiae dah cecah lantai.

"Saya nak tolong!! Bolehlah belajar masak sikit-sikit." Jiae meletakkan pinggan dan kain dan mengangkat tangannya ke udara.

Mula dah perangai kebudak-budakan muncul 😅

"Kami dah balik!!"

Jiae segera bangun dan menyambut kedua-dua beradik itu di depan pintu dapur. Halla berdiri dan memeluk suaminya yang keletihan. Jiae pulak merangkul lengan suaminya dan tersenyum manja. Jimin mengusap rambut Jiae dengan perlahan seperti mengusap kepala kucing.

"Saya nak teman awak naik atas. Jom, my nampyeon." Halla dan Jungkook berjalan ke ruang makan, meninggalkan Jiae dan Jimin berdua.

Jimin merapatkan dirinya pada Jiae dan berbisik, "Tak nak bagi saya kiss ke?"

Habis panas muka Jiae. Dia menolak bahu Jimin sebagai tanda bergurau. "Not here." kata Jiae sambil tersenyum penuh menggoda.

Kemudian, dia menarik tangan Jimin.

•••

Jiae menutup pintu bilik mereka. Jimin meletakkan beg di atas meja solek. Baru sahaja dia ingin menanggalkan kot, Jiae terlebih dahulu bertindak.


Selepas Jiae menggantungkan kot Jimin di dalam almari, dia memeluk Jimin dari belakang. Jimin pula menghadap cermin di meja solek.

Mereka saling berbalas senyuman.

Jimin memusing badannya dan memandang Jiae dengan penuh makna. Jiae membuka satu-persatu butang baju kemeja Jimin. Sampai ke butang yang terakhir, Jimin melemparkan baju kemejanya ke lantai.

Jiae membawa tangannya ke dada bidang Jimin.

jiae's pov

Betul ke apa yang aku nak buat ni? Jantung aku berdegup laju sampai rasa nak terkeluar dari rib cage.

Jimin mengucup bibir aku dengan lembut. Aku membalasnya.

Semakin lama kucupan itu semakin hangat. Jimin menolak aku kebelakang dengan lembut sehingga aku terbaring atas katil. Ciuman kami masih tidak terlerai.

[edited]

[C] Maids ✎ p.jmTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang