W.19

967 91 12
                                    

:Kaki lima:

V berjalan santai untuk menuju ke kelasnya yang berada di tingkat 3. Sambil-sambil jalan matanya meliar memandang ke seluruh sudut bangunan dan setiap pelajar yang ada.

"Sohyun pergi mana semalam??"

Tiba-tiba telinganya menangkap sesuatu yang tidak asing di dengarnya.Dia pun melajukan langkah mengikuti suara itu datang sehinggalah dia berdiri di salah satu bilik yang berada di situ.

Pintu yang terbuka sedikit membuatkan dia boleh mengintip kedalam dan mendengar lebih jelas perbualan antara 2 orang itu..

"Wae??oppa nak gegar rumah tu ke suruh Sohyun balik??Sohyun takkan balik ke rumah neraka tu lagi dan tinggal dengan oppa yang tahu nak marah-marah je.."kata-kata Sohyun dapat menarik perhatian V untuk lebih mendengar perbualan mereka..

"Kau tidur rumah Hyuna kan??kau ni tak faham bahasa atau apa huh??aku cakap jangan berkawan dengan yeoja macam dia..cari kawan yeoja lain lagi bagus"kata Suho.Kata-kata sopannya tidak lagi di ucapnya kerana terlalu marah dengan sikap adiknya yang semakin lama semakin menjadi-jadi..

"Kalau Sohyun tidur rumah dia pun kenapa??"soal Sohyun

"Kau..."tangan Suho sudah naik ke atas untuk di hayunkan ke Sohyun tetapi perbuatannya terhenti apabila V menerjah pintu itu dan masuk menghampiri mereka..

"Annyeong..borak apa ni??"soal V seperti tidak tahu apa-apa.Dia melihat tangan Suho perlahan-lahan turun

"Kau buat apa dekat sini??"soal Suho amarah..

"Nak selamatkan seang aku dari kau lah.."jawab V bersahaja dan memberikan senyuman sinis kearah Suho.

"Saeng kau??apa??aku salah dengar ke??"kata Suho dan memdekatkan telinganya kearah V..

"Kau tak salah dengar Mr Kim.Sohyun ni adik aku.Dia bukan adik kau.Dia mana ada oppa yang sejahat macam kau ni??wae??di sebabkan aku rebut Chorong dari kau,kau lepaskan kemarahan kau kat adik kau sendiri??kau tak layak jadi oppa untuk dia..tu..tu..kau layak jadi tukang kutip sampah je.."kata V sambil menuding kearah tong sampah sengaja ingin menaikkan kemarahan Suho.

"Sohyun ah..kajja oppa hantar gi kelas Sohyun..oppa takut nanti Sohyun kena kacau dengan samseng ni.."kata V sambil memandang Sohyun yang lebih muda setahun darinya..

Dia pun membawa Sohyun keluar dari bilik setelah mendapat persetujuan dari Sohyun..

"Kau dah rebut Chorong dari aku..dan sekarang kau rebut adik aku pulak.Lepas ni siapa lagi kau nak rebut dari aku??family aku pulak??"soal Suho.V menghentikan langkahnya seketika..

"Mungkin aku akan rebut omma kau jugak biar dia anggap aku ni macam anak dia sendiri.Tapi,appa kau mungkin aku tak rebut sebab appa kau perangai macam kau jugak.."balas V tanpa menoleh kebelakang.Di sebabkan tiada suara yang keluar dari mulut Suho,dia pun melangkah menuju ke kelas Sohyun untuk menghantarnya.

:kelas:

V melangkah masuk ke kelas lalu duduk di sebelah Jimin yang sedang menyiapkan latihannya..

"Petang ni aku gi rumah kau.."kata V.Jimin menoleh sekilas lalu kembali memyambung aktivitinya..

"Kau nak buat apa??jumpa noona aku??kan aku dah cakap kau di haramkan datang kerumah aku kalau nak jumpa noona aku.."kata-kata Jimin membuatkan V memandangnya pelik

"Siapa yang nak jumpa noona kau??aku nak datang rumah kau sebab aku nak tengok keadaan rumah kau.Selama ni aku cuma tengok luar rumah kau je.Bagilah aku tengok isi dalam rumah kau dan berkenalan dengan bakal family aku.."balas V sambil tersengih apabila mengatakan ayat terakhirnya..

Waitress | VRongWhere stories live. Discover now