W.17

911 96 19
                                    

-Chorong pov-

Aku tidak tahu mengapa aku sekarang bersama dengan 2 beradik ni sekarang di taman.Berjalan sendiri di belakang sambil berpeluk tubuh dan memandang mereka berdua yang jalan di depan aku sambil berpimpin tangan.

Cemburu??ceh!takde maknanya aku nak cemburu dengan Haera.Dia siapa aku??kawan aku??namja chingu aku ke sampai aku nak cemburu?

Tapi yang peliknya kenapa aku boleh ikut dorang ni gi taman sedangkan aku boleh je tolak ajakan V dan bersembunyi di ruang kerja omma.Adalah jugak faedahnya daripada ni??satu faedah pun tak dapat.Seumpama aku jalan keluar seorang diri ke taman tanpa peneman atau seorang penyibuk pengacau ketenteraman dua beradik ni..

"Unnie.."tiba-tiba Haera mendekati aku dan terus menarik tangan aku supaya jalan seiringan dengan oppa dia.Konon macam family bahagialah..

"Unnie jom makan aiskrim..oppa belanja.."ajaknya tapi aku hanya diam.

"Oppa takde duit..oppa lupa bawak dompet tadi.."sampuk V tiba-tiba.Nampak sangat penipuan dia..takkan tak bawak dompet..habis gi cafe omma aku tadi buat apa??

"Oppa tipu.Tadi kat cafe siapa yang bayar??"soal Haera seperti tahu apa yang aku fikirkan sekarang ni.Aku memandang V yang sedang memandang Haera dengan senyum khasnya..

"Jimin oppa yang bayar kot..tadi kan oppa main lari je nak selamatkan Chorong unnie.."jawabnya lalu memandang aku.

"Kalau nak aiskrim suruh Chorong unnie belanja..nanti oppa ganti balik.."katanya dan terus duduk di salah satu bangku yang berdekatan dengan gerai aiskrim..

"Haera kajja..kita beli aiskrim.."aku pun menarik tangan Haera menuju ke gerai aiskrim dan membeli 2 aiskrim berperisa coklat dan mint lalu kami berdua duduk di bangku dan memberi Haera duduk di tengah antara aku dan V.

"Saya punya mana??"soalnya kerana melihat tidak ada aiskrim untuknya..

"Kau sakit mana boleh makan aiskrim"jawabku bersahaja lalu memakan aiskrim mint aku..

"Ingat saya budak kecik ke kalau sakit tak boleh makan aiskrim??belanjalah satu..saya nak aiskrim vanilla.."katanya tapi aku tidak peduli dengan menghabiskan aiskrim aku.Malas nak layan budak tak sihat ni..

"Oppa!unnie!"panggil Haera.Aku dengan V memandang Haera serentak..

"Oppa yang dengan unnie tadi tu siapa??"soalnya dan memandang tepat kearah aku..

"Dia be--"

"Dia samseng jalanan..semua yeoja yang oppa sayang dia rampas.Jadi Haera kena hati-hati dengan namja tu..takut dia rampas Haera pulak"sampuk V.Aku memandangnya hairan.Apa yang mangkuk ni bual??takkan lah Suho tu nak kat budak kecik macam Haera ni.Pabo!

"Kenapa Haera tanya??"soalku

"Saja.Sebab sebelum ni Haera tak pernah pun nampak dia..tiba-tiba je muncul..macam jin pulak.."jawabnya sambil memakan aiskrimnya.

"Bukan Jin tapi samseng..mana ada Jin buruk macam tu..samseng je muka macam dia tu.."sampuk V lagi.Aduh!!!tak faham betullah dengan budak satu ni.Kenapalah namja macam dia ni lahir kat dunia ni??

"Suka-suka kau je cakap dia buruk.Kalau kau nak tahu kau lagi bu--"

"Lagi handsome??saya tahu.."katanya memotong percakapan aku.Heishh elak aku pukul-pukul je dia ni..nasib ada adik dia..

"Siapa cakap kau handsome??muka macam hantu perasan handsome pulak.."kataku tak mahu kalah.Memang betul muka dia macam hantu.Muka pucat..eee menyeramkan..

"Memanglah macam hantu sebab saya tak sihat..cuba kalau saya sihat..mesti lagi handsome dari Suho tu."balasnya tak tahu malu..okey namja ni ajak aku perang mulut sekarang..

"Kalau dari mata yeoja lain boleh lah kau handsome..tapi tidak di--"

"HAJIMA!!!!!!"Jerit Haera tiba-tiba.Tangannya dua-dua naik menutup telinganya..

"Bergaduh jelah terus.Haera main kat sana lagi bagus."dia terus berlari meninggalkan aku dengan V berdua ni sini.

Di sebabkan aku malas nak panjangkan masalah,aku pun mengambil keputusan untuk berdiam diri.Chat dengan Bomi lagi bagus daripada bertekak dengan dia ni..

"Yah!!"panggilnya dengan suara garaunya.Aku diam dan tidak mempedulikannya..

"Tak boleh ke awak layan saya baik-baik macam kat cafe.Guna suara lembut,sopan santun,tak menengking.Layanlah saya sama macam kita baru kenal dulu.."sambungnya lagi tapi aku tetap dengan aktiviti aku.

Zapp!!

Tiba-tiba fon aku di rampasnya secara mengejut.Apa ni??dia nak aku layan dia baik-baik tapi dia layan aku macam aku ni lagi muda dari dia..oh lupa budak-budak..mana matang lagi..

"Bagi sini fon aku.."kataku kasar.Dia hanya memandangku dengan wajah pucatnya.Sihat ke sakit ke..perangai sama je..suka sakitkan hati aku..

"Awak chat dengan siapa??"soalnya tenang.Mwo??itupun nak menyibuk ke??suka hati aku lah nak chat dengan siapa..

"Suho.Wae??"kataku saja nak menyakitkan hati dia.

Dia terus memainkan fon aku sesuka hatinya.Aku melihatnya dengan teliti.Apalah yang dia buat dengan fon aku tu.Tiba-tiba fon aku dilekapkan dekat telinganya.Jangan cakap dia call fon dia sendiri.

"Hello??"

"...."

"Yah!Kim Suho,lebih baik kau menjauh dari yeoja chingu aku sebab tak lama lagi kitaorang nak kahwin.."

Mwo??yeoja chingu??kahwin??dia call Suho??cari mati betullah namja satu ni.Aku dengan cepat ingin merampas fon aku dari tangannya tapi dia lebih cepat mengelak..

"Sabar lah.."dia kembali memanikan fon aku...

Drt!drt!drt!drt!

Aku melihatnya mengeluarkan fonnya dari poket seluarnya.Kan betul aku cakap..dia mesti nak nombor aku punya.Masa dia tengah sibuk save nombor aku,aku pun merampas fon aku dari tangannya..

Aku pun check fon aku tuk memastikan dia betul-betul call Suho tadi.Kalau betul tak tahulah nak cakap apa lagi..

"Kenapa kau cakap macam tu kat dia huh??"soalku langsung apabila mendapati yang dia call Suho tadi dan memadam nombor Suho dari kenalan aku..

"Biar dia tak kacau awak lagi lah..itupun tak tahu.."balasnya dengan wajah tenang dia.

"Tapi takyah lah cakap macam tu sekali.Siapa yeoja chingu kau dan siapa nak kahwin dengan kau??"kataku cuba menahan marah.Kang tangan ni naik..aku jugak dapat malu nanti..

"Awaklah..siapa lagi??"

"Mwo??aku tak--"

"Oppa..unnie..aigoo masih bergaduh lagi ke??"tiba-tiba Haera datang menghampiri kami berdua.

"Aniy..kitaorang mana ada gaduh..kan chagi??"katanya sambil memandang aku.Aku hanya menjelingnya dengan jelingan tajam.

"Haera jom kita balik.."aku langsung bangun dan menarik Haera ikut bersama aku..

Drt!drt!drt!drt!

Aku memberhentikan langkah aku apabila fon aku berdering.Siapa ni??takde nama pun.Aku pun mengheret butang hijau lalu melekapkan fon aku di telinga..

"Saranghae noona Park.."

Badanku dengan refleks memusing kebelakang memandang seorang namja yang sedang memandang aku dengan senyum manisnya..

"I hate you!double triple hate you Kim Taehyung"

Tut!tut!tut!tut!

"Haera jom.."aku melajukan langkahku meninggalkan V jauh di belakang.Tak habis dengan ayat cinta dia..menyampah aku dengar.

Tbc..

Sorry late update..

Waitress | VRongWhere stories live. Discover now