Episod 22

2.5K 216 5
                                    

MY LOVE MR.VAMPIRE [전원우]

Episod 22






"Saya minta maaf..." Hanna melutut dihadapan Tuan Jeon. Dia menangis kecil. Kini dia berada dirumah Wonwoo. Tubuh Wonwoo berada dikatilnya. Masih tidak sedarkan diri.

"Ini lah sebab kenapa saya tak bagi keluarga saya berkawan dengan manusia, sekarang kamu lihat sendiri kan apa padahnya?" Tuan Jeon melipat kedua tangannya didepan dada. Dia sudah dapat agak yang benda ini akan terjadi satu harinya.

"Sungkyung masih berada di hospital di hutan sana, jadi tiada sesiapa yang mampu carikan penawar bagi Wonwoo" kata Tuan Jeon.

"Saya boleh, biar saya yang cari..bagitahu saja kat mana" kata Hanna.

"Tak boleh, saya takkan benarkan. Lagipula ini akan sangat merbahaya untuk manusia biasa seperti kamu" balas Tuan Jeon.

"Tolonglah benarkan saya tolong, saya yang buat Wonwoo macam ni jadi...tolong benarkan saya buat" pinta Hanna memohon.

Tuan Jeon memandang Hanna. Sungguh, dia hairan dengan manusia ini. Mereka langsung tak mempunyai sebarang kuasa, namun sangat berani untuk membuat kerja merbahaya ini. Mungkin inilah salah satu sebab kenapa anaknya si Wonwoo itu sangat sukakan si manusia yang bernama Hanna ini. Gadis ini sangat teguh dan berani walaupun dia sedar bahawa dirinya sangat lemah.

"Baiklah"

.

.

.

.

Kini Dk, Yuju dan InHo sedang minum bersama di kafe.

Yuju dan Inho memandang Dk yang asyik termenung dari tadi.

"Yah, kau ni kenapa termenung hah? Dah kenapa?" soal Inho.

"Aku cuma risau pasal Hanna tu, rupanya, masa aku takde kat sini.. Dia dah banyak susah" kata Dk.

"Dia dah bagitau kau semuanya?" soal Yuju.

"Owh! Korang berdua pun dah tahu rupanya? Tapi tak bagitau aku? Korang ni dah kenapa?" marah Dk.

"Sabar..kami pun baru tahu pasal ni seminggu yang lepas je" kata Inho dan Yuju mengangguk memastikan bahawa mereka sedang jujur.

Dk mengeluh "Dia ada kat mana sekarang? Dia dah balik ke sini ke?"

"Nae, dia balik sini dah. Aku dan Inho rancang nak lawat dia esok" kata Yuju.

"Aku ikut eh" kata Dk. Inho dan Yuju pun mengangguk setuju.

.

.

.

.

"Akhirnya..hidup kita aman" kata Jieun.

"Nae, aku dah taknak buat jahat lagi" kata Narene.

Selepas apa yang jadi pada Yeonah, Jieun dan Narene memulakan hidup baru. Mereka masih bersekolah tapi mereka juga ambil kerja separuh masa dekat kedai buku. Mereka bersumpah tak mahu lagi berkelakuan jahat seperti mana yang mereka lakukan bersama si Yeonah dahulu.

"Kau dah minta maaf dekat Hanna?" soal Jieun.

"Belum, kau pun sama kan" kata Jieun pula.

"Nae, apa kata kita pergi minta maaf, dan jadi kawan dia?" cadang Narene.

"Aku takutlah.." kata Jieun.

"Wae?" soal Narene hairan.

"Nanti..kita minta maaf dah la, pastu kita jangan kacau life dia lagi. Sebab aku taknak nanti vampire² yang ada bersama dia kacah hidup kita balik" kata Jieun.

My Love Mr.Vampire ✔On viuen les histories. Descobreix ara