Episod 18

2.7K 233 12
                                    

MY LOVE MR.VAMPIRE [전원우]

Episod 18





'Kau fikir aku akan bunuh orang yang aku sayang dan cinta selama ni?'

'Aku boleh bunuh sesiapa pun, tapi bukan kau'

Hanna berbaring dikatilnya sambil melihat ke siling atas. Ayat Wonwoo tadi bermain difikirannya.

Dia tersenyum kerana akhirnya dia tahu yang Wonwoo juga sukakannya. Namun sesaat kemudian senyuman dia mulai pudar bila mengingat tentang realiti Tuan Jeon.

'Semua masalah ni.. Dan apa yang jadi pada unnie... Semuanya salah aku, semua disebabkan oleh aku. sebab tu appa Wonwoo suruh bunuh aku...Kalau aku mati, adakah semua masalah akan selesai??'

'Dan tentang Mingyu serta keluarganya tu...hmm, aku akan tanya sendiri padanya esok'

.

.

.

.

"Mingyu, boleh kita cakap sekejap waktu rehat nanti?" soal Hanna kepada Mingyu yang sedang menyusun menu diatas meja kafe.

"Oh okey, deat rooftop nanti eh" balas Mingyu.

Hanna mengangguk lalu berjalan kedapur untuk sambung kerja.

'Tentu dia dah tahu tentang semuanya, dan mesti dia nak tanya tentang hubungan aku dengan keluarga Jeon'

'Baiklah, aku perlu akhiri semuanya dengan cepat lepas ni'

.

.

.

.

"Bila kamu nak buat tu?" soal Tuan Jeon yang sedang duduk dimeja makan.

"Appa kata seminggu kan, ada lagi 5 hari" balas Wonwoo.

"Baiklah, appa harap kamu tak kecewakan appa" ujar Tuan Jeon tersenyum.

"Appa, kenapa appa nak bunuh dia?" sekali lagi Sungkyung bertanya.

"Kamu tak faham lagi? Dia adalah punca segala masalah kita, dan tengok apa yang jadi pada kamu? Kamu faham²lah sendiri" kata Tuan Jeon.

"Kalau kita bunuh dia sekalipun, apa akan jadi? Kita dan keluarga Kim akan bermusuh juga, muka ni tak boleh baik juga" kata Sungkyung tertahan tahan.

"Sungkyung, she is a human and you know that kaum kita tak boleh bersama, Itu arahan keturunan ki..."

"Tapi appa pun buat macam tu dulu!!" Sungkyung menghentak meja.

Wonwoo yang tak tahu apa² itu terkejut. Apa maksud noona nya itu? Kenapa wajah appanya macam risau saja.

"Itu hal dulu, tak ada kena mengena dengan sekarang" kata Tuan Jeon.

"Omma pun manusia, appa boleh saja bersama manusia kerana cinta, tapi kenapa kami tak boleh bersama manusia walau hanya untuk berkawan?! Kenapa?!"
Brakk!!!

Pinggan dan gelas diatas meja itu semua terbang jatuh kelantai dan pecah. Memang Tuan Jeon marah gila saat ini.

"Apa semua ni???"

.

.

.

.

"Apa yang awak nak cakap?" soal Mingyu.

"Kenapa awak dan omma awak buat macam tu pada Sungkyung? saya rasa saya tak perlu jelaskan apa²sebab awak pun dah tahu semuanya...awak jawab saja sekarang" kata Hanna.

My Love Mr.Vampire ✔Where stories live. Discover now