Episod 15

2.7K 250 4
                                    

MY LOVE MR.VAMPIRE [전원우]

Episod 15





"Hoi Mingyu!" Wonwoo telah pergi rumah Mingyu. Dia mengetuk pintu dengan kuat. "Baik kau bukak!" katanya lagi. Tak lama kemudian, pintu dibuka. Terus saja Wonwoo menarik kolar baju Mingyu lalu ditolak rapat ke dinding.

"Eh! Kau ni pehal hah? Tetiba serang aku??" marah Mingyu.

"Baik kau cakap, mana Hanna?" soal Wonwoo dengan geram.

"Aku tak tahu" sinis Mingyu. Satu tumbukan hinggap dipipinya.

"Kau jangan tipu!" marah Wonwoo.

"Aku tak tipu dan aku tak tahu pun mana dia! Aku baru nak cari dia, kau ni pula asal cari aku?! Owh, kau ingat akula yang culik dia?" soal Mingyu menatap Wonwoo tajam.

"Siapa lagi kalau bukan kau hah?!" Wonwoo menolak Mingyu.

"Eh pabo! Kau cakap elok² sikit eh! Dah tahu Hanna tak suka kau, kau nak tuduh aku!" Mingyu menolak Wonwoo hingga terjatuh. "Dari pada cari pasal dengan kau, baik aku cari dia" Mingyu mengibas tangannya lalu menapak pergi.

"Tak guna!" Wonwoo berdiri. Dia geram. Baik dia jumpa Hanna sebelum Mingyu jumpanya. Dia pun berjalan pergi kerumah Hanna semula. Maybe ada petunjuk ke apa yang dia boleh dapatkan dari sana.

.

.

.

.

Clekk

Wonwoo menapak masuk kedalam rumah Hanna yang kosong itu. Semasa melangkah, tiba² dia terpijak sesuatu, ianya sebuah pin rambut warna biru kecil.

Setahunya, Hanna tak pernah pakai pin rambut corak itik, lagi² yang bewarna biru, kerana Hanna cuma suka warna merah dan pink.

'Ini mesti dorang' Wonwoo sepertinya sudah tahu angkara siapa semua ni terjadi, dia menoleh ingin membuka langkah kuluar tapi terhenti sebab ada orang dibelakangnya.

"Asal kau ada sini?" soal Wonwoo sambil menatap tajam orang yang ada diadapannya itu. Kim Mingyu.

"Kau mesti nak cari tahu dan tanya pasal Hanna kan pada yeoja² tu kan? Aku dah tanya tadi" sinis Mingyu.

"Jadi dimana dia?" soal Wonwoo.

"Eh, buat apa aku nak bagitau kau" kata Mingyu angkuh.

"Aku tak de masa nak lawan dengan kau sekarang lah" kata Wonwoo geram.

"Dekat gudang hujung bandar tu" kata Mingyu.

Dan Wonwoo pun mula menapak pergi. Untuk sesaat, dia berhenti dan menoleh "Asal kau bagitau aku?" soalnya hairan. Yelah, mereka kan musuh? Kenapa Mingyu bagitau tentang Hanna dan tak terus cari sendiri saja? Pelik betul.

"Wae? Kau nak berterima kasih ke?" soal Mingyu.

Wonwoo menjeling lalu berjalan pergi. Ck, berterima kasih? Terima kasih jelah.

'Takkan punya aku nak bagitau secara free pada kau lah, just wait and see bro' gumam Mingyu sinis lalu menghilangkan dirinya dari situ.

.

.

.

.

Brukk!!

pintu gudang yang terkunci itu ditendang hingga terbuka.

Wonwoo berlari masuk kedalam lalu matanya meliar melihat sekeliling. Dan akhirnya dia ternampak Hanna yang sedang terbaring lemah dihujung penjuru ruangan gelap itu. Dia berlari kearah yeoja itu.

My Love Mr.Vampire ✔Where stories live. Discover now