Episod 19

2.5K 235 11
                                    

MY LOVE MR.VAMPIRE [전원우]

Episod 19




Bugh!

Tuan Jeon menumbuk Mingyu hingga terjatuh lagi. Namun Mingyu masih cuba bangun. Dia tak boleh kalah!

"Aku takkan bagi kau menang kali ni!" Mingyu berlari kearah Tuan Jeon lalu menolaknya hingga jatuh. Dia memijak perut Tuan Jeon.

'Mingyu..awak akan cedera nanti..' bisik hati Hanna dengan risau. Dia dapat melihat pertarungan itu dari lubang kecil dipintu. Dia berdoa dalam hati supaya tiada sesiapa pun yang cedera.

Tuan Jeon menarik kaki Mingyu dan menjatuhkannya. "Lebih baik kau ikut appa kau ke neraka saja!" Tuan Jeon menumbuk Mingyu bertubi tubi.

Darah keluar dari mulut Mingyu.

Tuan Jeon berdiri setelah melakukan itu.

"Sepatutnya kau yang mati! Kau bunuh appa aku sebab nak tunjuk hebat! Kau la patut mati setan!" kata Mingyu seraya cuba bangun melawan walaupun sakit.

"Huh, tak sedar diri, appa kau mati sebab dia lemah, lagipun, dia sendiri yang ajak lawan" ucap Tuan Jeon "Now kau ikut la jejak appa kau!" Kuku tajam dikeluarkan lalu ditusuk tepat pada perut Mingyu.

"Mingyu!" Hanna menjerit dari dalam bilik itu, terkejut melihat keadaan yang menimpa si Mingyu.

Mingyu menahan saja kesakitan. Dia terduduk sambil memegang perutnya, menahan agar darah tak mengalir keluar dengan banyak.

"Kau lemah, baik kau pun ikut appa kau tu" Tuan Jeon menolak Mingyu kelantai.

.

.

.

.

"Appa!" Wonwoo dan Seungkwan berlari masuk kedalam. Mereka berlari kearah Tuan Jeon.

"Kwan! Bukan saya dah suruh kamu rahsiakan ke?" Tuan Jeon menatap Seungkwan tajam sambil membersihkan sut bajunya yang sedikit kotor akibat terkena tanah tadi.

"Maaf, saya cuma takut apa² berlaku pada tuan" Seungkwan menunduk memohon ampun.

"Kenapa berlawan?? Kalau cedera macam mana? Aish" soal Wonwoo risau.

"T-tuan, mana Mingyu?" soal Seungkwan.

Tuan Jeon menoleh melihat sekeliling. Dia rasa, tadi Mingyu ada disitu terbaring dengan darah, tapi hilang pula.

"Dia dah lari kot Tuan" kata Seungkwan.

"Jangan risau, dia mungkin takkan selamat, dia dah cedera teruk." ujar Tuan Jeon dan Seungkwan menarik nafas lega.

"Mana Hanna???" soal Wonwoo.

"Dia ada di bilik tu, Mingyu mengurungnya dalam tu" jawab Tuan Jeon.

Wonwoo berlari kebilik itu.

Seungkwan melihat lihat badan Tuan Jeon untuk memeriksa keadaannya.

Wonwoo berlari masuk kedalam bilik stor itu. Kelihatan bilik itu sudah tak berkunci dan Hanna tiada disitu.

"Mana dia???" Wonwoo melihat kearah Tuan Jeon semula.

"Tak ada? Tadi dia ada dalam tu, takkan lah..." Tuan Jeon terdiam.

'Kim Mingyu...' gumam Wonwoo sambil mengetap gigi.

.

.

.

.

"Uh..." Mingyu membuka matanya. Silau matanya kerana ada cahaya dari luar tingkap yang menggangu matanya.

My Love Mr.Vampire ✔Where stories live. Discover now