SEQUEL ( B )

3.4K 245 34
                                    

Hanna hairan, sejak beberapa hari ini Wonwoo selalu saja pulang lambat kerumah. Kelakuan suaminya itu juga sedikit berbeza dari yang biasanya. Selalunya, Wonwoo pergi kerja pada jam 8 pagi dan pulang pada 8 malam. Tapi sekarang dia selalu pulang jam 10 hingga 11 malam pula. Itu sangat lewat, Hanna rasa...syarikat milik Wonwoo tu selalunya jam 9 dah kosong, jadi tentu Wonwoo pergi ke tempat lain pada waktu tu. Tapi kemana?

"Omma" senyum Hyun yang baru saja masuk kedalam kereta. Seperti biasa, Hanna lah yang menjemput Hyun di tadika.

"Macam mana sekolah harini? Okey?" tanya Hanna yang baru tersedar dari lamunannya.

Hyun mengangguk cepat "Btw, gumawo tau omma"

Hanna mengerutkan dahinya hairan "kenapa kamu tiba² ucap gumawo pada omma?"

"Mestilah, kan omma dah tepati janji untuk buat appa datang ke sekolah Hyun nanti?  Hehe"

"Jinjja? Appa nak datang sekolah Hyun? Mana Hyun tahu?" tanya Hanna hairan.

Hyun tersenyum "pagi tadi, masa appa nak hantar Hyun ke tadika, appa cakap yang dia akan datang ke majlis sukan sabtu ni untuk Hyun"

Walaupun masih ragu² dengan ucapan Hyun tadi, Hanna tetap mengangguk faham. Setelah percakapan singkat itu selesai, Hanna pun mula memandu keretanya pulang ke rumah.

Sekarang Hanna semakin curiga dengan Wonwoo. Dahla selalu balik lewat dan berkelakuan aneh, sekarang tetiba pula dia jadi berani dan bersetuju dengan Hyun untuk datang ke tadika Sabtu ini. Yah sebenarnya Hanna berasa lega lah kerana Wonwoo dan bersetuju dengan majlis sukan itu, cuma dia sedikit kecewa, kenapa Wonwoo tak bagitahu dulu hal gembira ini padanya? Ya kalau betul pun dia baru ucap pada Hyun pagi tadi, kenapa tadi Wonwoo tak menelefonnya dulu? Hhhh.

.

.

.

.

[ Jeon Ent ]

"Wait, kau dah berjanji dengan anak kau yang kau akan pergi ke tadika dia Sabtu ni? Kau biar betul Won?" tanya Seungkwan tak percaya.

Wonwoo yang sedang memeriksa failnya itu mengangguk lalu menatap Seungkwan dengan sebelah kening terangkat "kenapa? Ada yang pelik ke kalau aku nak pergi ke tadika Hyun sabtu ni?"

Seungkwan mengangguk lalu melipat kedua tangannya didepan dada "haah, pelik sangat. Bukannya kau tak suka keramaian? Ni tetiba je kau berani nak pergi, ada apa sebenarnya ni?"

"Yah, kan kau yang cadang suruh aku pergi test keberanian aku dekat mall? Aku dah cuba, dan aku berjaya atasi ketakutan tu lah" omel Wonwoo.

"Heol, takkan secepat ini? Baru dua tiga hari je kau try Won, mustahil gila ah"

"Ya aku tahu itu mustahil, tapi aku berjaya pun atas pertolongan seseorang"

"Seseorang? Maksud kau, ada orang yang bantu kau untuk atasi fobia pelik kau tu?"

Wonwoo mengangguk "tahu kan, dulu aku pernah cerita pada kau. Ada seorang yeoja ni bagi tumpah coffee pada sut aku waktu aku pertama kali pergi ke mall sendirian?"

Seungkwan mengangguk "ahhh, maksud kau...yeoja tu lah yang bantu kau jadi berani di mall sejak beberapa hari ni?"

"Yea, aku yang paksa dia. Lagipula dia memang bekerja di mall tu, so tak ada masalah. Dia hanya ikut dan tulus untuk bantu aku. Setiap kali balik kerja, aku akan berjumpa dengan dia di mall, dan dia ajar aku macam² tentang manusia dan kelakuan hal disekeliling"

"Owh, aku nak ucap tahniah la sebab kau dah berani, but... Entah kenapa, tetiba aku jadi tak sedap hati pula pasal semua ni"

Wonwoo memandang Seungkwan hairan "kenapa?"

My Love Mr.Vampire ✔Onde as histórias ganham vida. Descobre agora