" Cuba panjat Fazrul!!!!"

"Panjat!!!!"

"Roy. Panjat roy!!"

Kedengaran beberapa orang murid yang berada di tingkat 4 sedang menjerit ke arah budak lelaki yang bernama Fazrul tu. Mereka hanya mampu menjerit, kerana tidak mampu untuk menolong kawan mereka. Penghadang besi tersebut agak jauh kebawah daripada capaian mereka.

Tali juga telah dilontar kepada Fazrul oleh beberapa orang cikgu daripada tingkat 4 tersebut. Namun dia tidak berani untuk mencapai tali tersebut kerana bimbang cengkaman tangannya pada besi tersebut akan terlucut.

"Telefon bomba cepat!!", Puan Kamelia tiba-tiba bersuara dari belakang Kapten Thaqif, Sarjan Hassan dan juga Cikgu Pawi.

"Dah puan. Saya dah telefon. Sekejap lagi bomba sampai", Terang Cikgu Pawi.

"Macamana boleh jadi macamni. Macamana budak tu boleh bergayut dekat situ", Raut wajah Puan Kamelia. Dia kelihatan gusar. Sekolah ini berada dalam tanggujawab dia. Ini bermakna keselamatan murid-murid yang belajar di SK Benta adalah 100% adalah di bawah jagaan dia.

"Entahlah Puan. Saya tengok ada budak jerit-jerit kata ada budak sedang bergayut dan nak terjatuh.",
Cikgu Pawi cuba memberikan penjelasan.

""Ya Allah!. Macamana ni Thaqif, Hassan dan Pawi?" , Puan Kamelia semakin bimbang.

"Fazrul cuba panjat ke atas. Tarik badan kamu ke atas!"

Kali ini Sarjan Hassan pula menjerit. Kapten Thaqif seolah-olah memikirkan sesuatu. Dia lebih banyak berdiam diri. Namun matanya tajam memerhatikan situasi yang sedang berlaku. Dia nampak tenang.

"Tak boleh! Saya dah tak larat. Tolong cikgu. Tolong!", Fazrul menjerit dari atas.

"Ya Allah. Macamana ni." Puan Kamelia tidak sanggup lagi melihat situasi genting tersebut. Dia terus memeluk Kak Mas yang ada disebelahnya.

"Thaqif dan Cikgu Pawi. Jom ke tingkat atas sekarang. Mana tahu ada cara kita boleh tolong budak ni nanti." , Sarjan Hassan memberikan cadangan.

"Cikguuu..!! Tolong. Saya dah tak larat. Tangan saya berpeluh. Saya nak terjatuh dah ni. Cikgu!!!"

Pappp..

Tangan Fazrul tiba-tiba terlucut dari pengadang besi tersebut. Situasi tersebut berlaku dengan amat pantas. Belum pun sempat Kapten Thaqif, Sarjan Hassan dan Cikgu Pawi naik keatas. Fazrul sudah terjatuh.

Aaaaaaaaaaaaaaaaa..

Jeritan kuat. Dari Fazrul dan juga dari orang lain yang melihat.

Tiba-tiba..

Tapp..tapp

Sarjan Hassan dan Cikgu Pawi melihat seorang lelaki  sedang melompat ke atas tembok dinding sekolah dan terus melonjak tinggi ke udara. Aksi lelaki tersebut amatlah gila untuk dilihat oleh sesiapa pun.

"Thaqif!?"

Jerit Cikgu Pawi. Sarjan Hassan yang berada di sebelahnya hanya mampu terdiam melihatkan aksi yang dilakukan oleh Kaptennya.

Kelihatan Kapten Thaqif sedang terbang di udara. Mukanya penuh dengan keyakinan bahawa dia akan dapat menyambut Fazrul. Bukan dari bawah di atas tanah. Tetapi dari ruang udara dari tingkat dua yang dia telah terjun.

Pelepappppp..

Badan Fazrul berjaya ditangkap kemas. Kapten Thaqif terus memeluk Fazrul dengan sekuat hati. Dia terus memalingkan arah belakang badannya supaya menghadap kebawah. Tujuannya hanya satu. Untuk mengurangkan impak jatuh yang bakal di terima oleh Fazrul.

Banggggggggggggg!!!

Bunyi kuat kedengaran. Kapten Thaqif terjatuh di atas bumbung kereta Exora milik Cikgu Shah. Bumbung kereta tersebut remuk. Cermin hadapan kereta tersebut berkecai. Kapten Thaqif betul-betul jatuh di atas kereta tersebut. Dia seolah-olah tahu bahawa dia akan jatuh di situ. Jatuh di atas tanah atau di atas bumbung kereta. Impak kecederaan mungkin berlainan.

Mungkin Kapten Thaqif telah memikirkan hal itu dari tadi. Sebab itu dia seolah-olah nampak diam bilamana Sarjan Hassan, Cikgu Pawi serta Puan Kamelia sedang kalutkan beberapa saat yang lalu tadi.

"Thaqif!!!"

"Cikgu!!!""

Jeritan demi jeritan kedengaran. Tidak kira dari murid ataupun cikgu sekolah tersebut. Sarjan Hassan dan Cikgu Pawi berlari menuruni tangga untuk melihat keadaan Kapten Thaqif. Apabila mereka sampai di tempat Kapten Thaqif jatuh. Mereka melihat tangan kiri Kapten Thaqif telah terkulai.

Fazrul yang berada dalam dakapan kapten Thaqif tadi bangun dan menjerit terhadap Kapten Thaqif dengan suara yang agak sayu.

"Cikgu!!!! Bangun Cikgu..Cikgu!!!! Bangun. Maafkan saya cikgu. Saya degil. Saya degil!!"

Fazrul menangis semahu-mahunya. Dia dalam keadaan baik dan selamat. Semuanya kerana Kapten Thaqif yang bergadai nyawa untuk menyelamatkan nyawa dia.

"Cikgu!!!!"

Susuk tubuh Kapten Thaqif masih terbaring kaku di atas bumbung kereta milik Cikgu Shah. Darah mula mengalir dari kepala Kapten Thaqif.

"Thaqif!! Thaqif. Cepat telefon ambulans.. cepat"

Jerit Cikgu Pawi dan Sarjan Hassan.

Namun Kapten Thaqif tidak juga menyahut. Suasana menjadi tidak keruan. Ke semua manusia yang berada di situ hanya boleh memerhatikan sahaja sekujur tubuh yang kaku. Tidak bergerak lagi.

Bersambung.

Cikgu SuperWhere stories live. Discover now