Terbang

1.4K 69 35
                                    

"Oooooo. Aplikasi Pangkalan Data Murid rupanya APDM tu" kata Sarjan Hassan.

"Uishhh. Banyaknya benda dalam ni? Seorang murid nak kena isi maklumat sampai macam ni sekali ke? Hahahahaha padan muka kau san. Berlagak sangat dengan aku. Pangkat tinggi dari aku lagi kononnya. Rupanya kerja kau lagi banyak dari aku. Hahahahaha"

Kapten Thaqif mula melakukan serangan provokasi. Dia memang menunggu saat ini. Peluang untuk mengenakan Sarjan Hassan balik.

"Tapi kapten. Dekat dalam aplikasi ni ada bagitahu. Segala maklumat murid ni, guru kelas yang kena isi. Kapten ada pegang mana-mana kelas ke?"

Mata Sarjan Hassan tepat memandang skrin komputer yang berada dihadapannya.

"Mana-mana?", Kelam kabut Kapten Thaqif mencari ayat yang disebut oleh Sarjan Hassan.

"Aduhhhhhh. Aku pegang kelas ni. Jadi guru kelas. Jadi aku ke yang patut isi semua maklumat ni" , Kapten Thaqif mula mengelabah.

"Kahkahkahkahkah"

Dekahan yang begitu kuat daripada Sarjan Hassan. Dia tidak melepaskan peluang untuk gelakkan kaptennya sendiri.

"Kau ni san. Karang aku lempang kau mau koma sebulan ni. Nak ke?"

"Kohkohkohkoh" , dengan secara tiba-tiba Sarjan Hassan mengubah bunyi gelak dia kepada bunyi batuk.

"Mana ada Kapten. Saya terbatuk tu. Heheheheh", Sarjan Hassan cuba menyelamatkan dirinya.

"Ah kau San. Macamlah aku tak kenal kau ni. Macam-macam cara kau kena kan aku. Aku dendam ni. Dendam. Lebih-lebih lagi hal sijil tarian ballet tu. Geram je aku", bebel Kapten Thaqif.

"Hahahahahahhahaha . Alaa Kapten. Saya bergurau jela. Jangan ambil hati. hahahaha" , kali ini Sarjan Hassan gelak semahu-mahunya. Bagi dia,  mengenakan Kapten Thaqif dengan tarian ballet adalah prank terbaik yang dia pernah lakukan.

"Hahaha gelak ye. Malam nanti aku nak kau buat sit up 500 kali. Faham! Lagipun memang kau duduk dengan aku kan?", Kapten Thaqif terus menjatuhkan hukuman.

"500 kali kapten? Aduhhhh. 100 dahlah"

"Tak ada. 500 kali. Muktamad!"

" Yelah Kapten"

Sarjan Hassan hanya mengangguk perlahan. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak gelak, 500 sit up menanti.

Tok...tok..tok..

Pintu bilik Sarjan Hassan diketuk kuat. Kelihatan Cikgu Pawi berada diluar bilik. Mukanya nampak cemas.

"Eh kenapa pula ni?", Kapten Thaqif terus menuju ke pintu dan memulas tombol pintu yang telah dikunci tadi.

Klickkkk.. tanda pintu telah dibuka.

"Thaqif!!!! Cepat Thaqif. Ada budak nak terjatuh dari tingkat 4 sekolah kita ni. Sekarang budak tu tengah bergayut pada penghadang besi tepi tembok dinding sekolah"

Suara kuat Cikgu Pawi memecahkan suasana ruang bilik Sarjan Hassan.

"Apa?" , Kapten Thaqif mengalihkan pandangannya kepada Sarjan Hassan.

"Jom Kapten!!" , Sarjan Hassan tanpa membuang masa terus mengajak Kapten Thaqif untuk keluar melihat apa yang telah terjadi. Mereka bertiga bergegas keluar dari pejabat sekolah. Setelah mereka keluar, mereka melihat ramai yang sedang berada di tepi tembok sekolah. Kepala mereka semuanya mendongak keatas.

"Situ Thaqif?" , Cikgu Pawi menunjukkan tempat dimana budak tu sedang bergayut.

Kapten Thaqif dan Sarjan Hassan mendongakkan kepalanya ke atas. Jelas kelihatan seorang budak lelaki sedang bergelut dengan dirinya. Kedua-dua tangannya sedang memegang erat pada penghadang besi tersebut.

Cikgu SuperWhere stories live. Discover now