SK BENTA

2.4K 100 21
                                    

" Ish..ish..ish. Anak siapa la terbiar disini"

Luah Aniq. Aniq merupakan murid tahun dua yang bersekolah di SK Benta.

" Ya. Jom kita panggil Cikgu, Aniq. Mana tahu orang ni kena buang dari keluarga. Kesian dia"

Jawab rakan Aniq iatu Ikhwan.

"Kejap, biar  keh kejut orang ni dulu"

"Ish, Aok ni. Janganlah. Karang buatnya orang ni culik kita"

Tegah Ikhwan.

Aniq tidak mempedulikan tegahan rakannya Ikhwan.

"Abang..oooo abang. Bangun bang. Kenapa tidur dalam kolam ikan ni bang?"

"Allahuakhbar!!!!!!!.. Penganasssss. Mana pistol aku ?"

Kapten Thaqif terjaga dari tidurnya dan melompat keluar dari kolam ikan.

"Hahahahaa. Sudahlah kena buang dari keluarga. Tambah pula jadi gila .. Hahahahaha"

Aniq berkata dengan begitu jujur sekali.

"Allah. Adik buat apa kat sini pagi-pagi ? Terkejut abang."

"Abang. Sini kan kawasan sekolah. Dah waktu pagi ni. Sudah tentulah sekarang waktu sekolah"

Kapten Thaqif melihat jam tangannya. Pukul 6.55 pagi.

"Aduh.. Hari ini aku kena lapor diri ke Sekolah. Satu lagi, kenapa aku boleh tidur dalam kolam ni. Setahu aku, malam tadi aku tidur dalam kereta berhampiran pondok jaga. Ahhh. Apa-apa hal baik aku solat subuh dulu. Dah lewat ni"

Kapten Thaqif mengomel bersendirian.

"Dik. Surau mana dik?"

" Sebelah kanan abang tu je."

Kapten Thaqif bergegas menunaikan solat subuh. Selepas menunaikan solat subuh di surau sekolah . Kapten Thaqif terus ke keretanya dan memandu pergi ke masjid Benta untuk mandi dan bersiap dengan persalinan pakaian seorang guru.

"Fuhh. Nasiblah tadi tak ramai budak dan cikgu yang datang lagi. Kalau ada Cikgu perempuan bujang tengok, mana aku nak sorok muka aku ni. Misteri betul. Semalam aku rasa aku tidur dalam kereta tepi pondok jaga. Macamana aku boleh terlepas masuk ke dalam sekolah. Dalam kolam pula tu!"

Kapten Thaqif mempersiapkan dirinya sebaik mungkin.

"Aku kena buang ciri-ciri dan sikap seorang tentera ni. "

Setelah mempersiapkan diri. Kapten Thaqif pergi ke keretanya dan memandu ke sekolah SK Benta.

Vrooom..vroommmmm..

Kereta Honda FD berhenti di depan pintu pagar sekolah. Kelihatan pengawal keselamatan sekolah menghampiri kereta Kapten Thaqif.

" Selamat pagi encik. Ya ada apa Encik? Boleh saya bantu?"

.Saiful.

Terpampang jelas nama di poket baju uniform pengawal keselamatan tersebut. Lelaki pertengahan umur itu menyapa sopan Kapten Thaqif.

"Selamat pagi Encik, saya cikgu baharu di sini. Nama saya Cikgu Thaqif. Hari ini saya datang melapor diri di sekolah ini. Boleh benarkan saya masuk?"

"Oh cikgu. Boleh cikgu. Boleh. Silakan. Sebentar ya. Saya bukakan pintu pagar dulu."

"Terima kasih bang"

"Sama-sama cikgu"

Kereta Kapten Thaqif masuk ke dataran sekolah. Kelihatan murid-murid dan cikgu sedang berkumpul di tapak perhimpunan. Kapten Thaqif mengambil keputusan untuk meletakkan kereta jauh dari tempat perhimpunan tersebut.

" Aik dekat sekolah pun ada perbarisan kawad kaki ke?"

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
.........

"Alamak, lagu negaraku!"

Kapten Thaqif keluar dari keretanya dan seterusnya berdiri tegak mengadap tiang bendera untuk melunaskan tanggungjawab dia sebagai seorang rakyat Malaysia. Dalam tempoh perhimpunan pagi tersebut, para guru dan murid-murid akan menyanyikan lagu negeri, lagu sekolah dan membuat bacaan ikrar.

Selesai ke semua perkara tersebut barulah pengerusi majlis menjemput guru yang bertugas untuk berucap. Kapten Thaqif memerhatikan dari jauh. Namun Kapten Thaqif perasan ada di kalangan guru lelaki sedang menunjuk-nunjuk ke arah dia. Tidak lama kemudian. Guru tersebut datang ke arah Kapten Thaqif.

"Assalamualaikum saudara. Boleh saya tahu apa tujuan saudara datang ke sekolah ini? "

"Oh, Waalaikumussalam. Saya guru baru disini. Nak lapor diri pada hari ini. Nama saya Cikgu Thaqif"

Kelihatan guru tersebut sedikit terkejut.

"Oh cikgu baru. Kenapa duduk sini. Mari duduk sekali di kerusi dekat tapak perhimpunan tu. Nama saya Cikgu Pawi. Mari. Boleh jumpa guru besar dulu sebelum lapor diri"

Ajak Cikgu Pawi.

"Errrrr.. Tak boleh ke saya duduk sini je dulu. Malu la saya"

"Ish kalau malu. Berhenti jela jadi Cikgu. Cikgu mana boleh malu. Mari Cikgu Thaqif"

Oleh kerana tiada lagi alasan untuk diberikan. Kapten Thaqif turutkan saja ajakan dari Cikgu Pawi.

Dup..dap..dup ..dap..dup..

"Fuh kenapa ni. Dah macam-macam misi rahsia dan bahaya aku buat. Perasaan gementar aku ni lain macam kali ini"

Kapten Thaqif bermonolog bersendirian.

Kelihatan murid-murid dan guru-guru lain sedang melihat Kapten Thaqif berjalan ke arah mereka.

" Amboi, rasa macam ada buat salah pula semua pakat tengok aku macamni"

Mereka berdua menuju ke pentas dan menaiki beberapa anak tangga.

Gedebukkkkk!!!!

Kapten Thaqif terjatuh dari tangga. Badan Kapten Thaqif terbaring di lantai pentas

"Hahahahhahahahahhahahahahhahahaha. Jatuh tangga. Tak balance la tu. Hahahahhaa"

Gelak murid-murid disitu tanpa belas kasihan. Kelihatan para cikgu cuba menahan gelak demi menjaga air muka Kapten Thaqif.

" Aduh!!! Malunyaa. Aku kena fikirkan jalan  penyelesaian ni. Hahhh
Ada dah!!!.."

Kapten Thaqif bercakap dalam hatinya.

Kapten Thaqif berpura-pura pengsan. Baginya itu saja cara untuk dia menghilangkan rasa malu yang makin menebal dalam dirinya. Dia sendiri tidak tahu kenapa pada hari itu, dia  sangat gementar sehinggakan segala kebolehan dia selaku tentera elit hilang dalam sekelip mata.

Yaaa. Jatuh tangga pada hari pertama melapor diri dihadapan khalayak murid serta para cikgu, bukanlah cara melapor diri yang diingini oleh Kapten Thaqif.

Kapten Thaqif terus berlakon pengsan. Kedengaran ketawa yang begitu kuat pada mulanya semakin perlahan. Ke semua mereka kehairanan kenapa Kapten Thaqif masih terbaring di atas lantai tersebut.

Bersambung......










Cikgu SuperWhere stories live. Discover now