Cikgu Displin

1.5K 69 23
                                    

"Eh, kenapa cikgu pula?"

Kapten Thaqif terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Hidayah.

" Ala cikgu, Mardihah tu kan kawan baik saya. Saya tahulah sebab dia ada bagitahu dekat saya haritu"

Terang Hidayah dengan bersungguh-sungguh.

Kapten Thaqif memandang kepada Shahril dan Zarul. Mata mereka pula memandang tepat ke arah Kapten Thaqif. Permusuhan antara mereka telah lenyap sama sekali. Mereka mempunyai ancaman baru. Ancaman yang mereka hadapi adalah luar kawalan mereka. Mereka tahu dengan paras muka kacak yang dimiliki oleh Kapten Thaqif serta mempunyai susuk badan yang tegap, mana mungkin mereka dapat menandingi kualiti yang dimiliki oleh Kapten Thaqif.

Sedangkan mereka hanyalah budak-budak yang masih diberikan duit belanja sebanyak 4 ringgit sehari. 2 ringgit waktu persekolahan, manakala 2 ringgit lagi waktu KAFA.

" Eh, Cikgu tak nak terlibat dengan semua ini. Kamu semua ni kan masih budak-budak . Kenapa sampai ke situ pula perginya"

"Ala cikgu, dia kata. Dia sanggup tunggu cikgu sampai umur dia besar. Lagi pun. Bukannya tak ada anak murid kahwin dengan guru sendiri. Ada cikgu"

Kali ini, apa yang disampaikan oleh Hidayah kedengaran semakin serius. Hidayah memang pakar dalam membuat dan mereka cerita sensasi.

"Sudah!. Makin mengarut kamu ni Dayah. Duduk tempat kamu balik!"

Kapten Thaqif segera mematikan perbualan antara dia dengan Hidayah.

"Shahril dan Zarul. Mari ikut cikgu. Cikgu nak bawa kamu pergi jumpa Cikgu Shah."

Cikgu Shah Rafi merupakan guru displin di SK Benta. Sebut je nama cikgu Shah. Semua kenal. Badan cikgu Shah agak besar. Dengan ketinggian 185 cm, sudah cukup menceritakan betapa besarnya susuk badan cikgu Shah. Murid-murid yang pada mulanya petah bercakap umpama peserta pidato kebangsaan, boleh berubah jadi gagap serta merta bila mendengar nama cikgu Shah. Murid-murid yang menjadi kaki buli di sekolah dengan lagaknya gaya The Hulk, namun bila sebut sahaja nama Cikgu Shah di hadapan pembuli tersebut. Tiba-tiba pembuli tersebut terus menjadi calon murid cemerlang 6A UPSR. Begitu besarnya pengaruh Cikgu Shah di SK Benta.

Cikgu Shah juga dikatakan tidak pernah senyum dan ketawa bila berada di sekolah.  Pernah sekali, Sekolah menayangkan cerita Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah di dewan sekolah. Satu warga sekolah ketawa berdekah-dekah kerana melihat babak-babak lucu yang dipaparkan dalam filem tersebut. Tetapi Cikgu Shah dengan tenang menonton cerita tersebut tanpa gelak tawa . Begitu seriusnya beliau.

Di tangannya sentiasa ada senjata yang paling ditakuti oleh murid-murid sekolah. Ya. Rotan.

Zassss....zassss..zass.

Cukup tiga kali bunyi hayunan rotan sahaja boleh menyebabkan murid-murid SK Benta tidak senang duduk melihatnya. Perkara yang menjadi paling misteri dan penyebab kepada segala ketakutan mengenai Cikgu Shah adalah cara dia merotan pesalah.

Ke semua mangsa rotan Cikgu Shah mengatakan bahawa, libasan rotan yang mengenai mereka amat perit seperti kayu rotan itu telah mengoyakkan kulit kaki betis mereka. Namun apabila mereka keluar dari bilik Cikgu Shah, kesan libasan itu langsung tidak kelihatan. Jadi, jika pesalah ataupun murid tersebut ingin memberitahu ibubapa mereka tentang hukuman yang mereka telah terima, tiada bukti yang dapat dikemukakan oleh mereka. Jadi cikgu shah dapat mengelak daripada menjadi mangsa viral akhbar Harian Metro ataupun page Siakap Keli. Murid dapat dididik menjadi lebih displin tanpa sebarang gangguan daripada ibubapa mahupun media yang gilakan publisiti.

"Apa cikgu! Janganlah cikgu. Kami janji tak buat lagi cikgu. Janganlah bawa kami pada cikgu Shah."

Rayu Shahril.

"Betul cikgu. Kami dah berbaik ni cikgu. Kami janji tak bergaduh pasal perempuan lagi cikgu. Kami tak suka dah pada Mardihah."

Zarul menambah. Kedua-dua mereka sedang berpelukan satu sama lain. Begitu murahnya cinta mereka pada Mardihah. Tewas dengan wajah bengis yang mereka akan jumpa iatu cikgu Shah.

Kapten Thaqif tergelak kecil. Begitu takutnya mereka kepada Cikgu Shah. Sambil mengeleng-gelengkan kepalanya lalu Kapten Thaqif berkata.

" Tak ada. Tak ada. Salah tetap salah. Berani buat beranilah tanggung!"

Kapten Thaqif tetap bertegas mahu membawa mereka berdua. Sebenarnya. Kapten Thaqif juga boleh menyelesaikan masalah displin Zarul dan Shahril. Mereka berdua juga takut kepada Kapten Thaqif. Selepas kejadian Kapten Thaqif berjaya membelasah penyangak 6 jahanam dulu. Cerita tersebut telah tersebar dengan cepatnya. Jadi Zarul dan Shahril tahu, Kapten Thaqif tidak boleh dibuat main-main.

Namun Kapten Thaqif menghormati bidang tugas yang sedia ada. Bila sekolah telah mengamanahkan masalah displin ini kepada Cikgu Shah. Itu bermakna segala masalah displin akan diserahkan kepada guru displin tersebut. Cikgu disekolah tidak boleh sesuka hati menjatuhkan hukuman kepada murid-murid  yang melanggar hukuman atau membuat masalah displin. Semuanya mesti dilakukan dengan saluran yang betul.

"Sudah!. Mari ikut cikgu"

Tegas Kapten Thaqif. Shahril dan Zarul hanya boleh menunduk akur. Wajah mereka menunjukkan kekesalan. Namun. Nasi sudah menjadi bubur. Kapten Thaqif terus membawa Zarul dan Shahril ke bilik guru displin.

Tok..tok..tok.

Pintu bilik diketuk.

"Masuk"

Kedengaran suara yang garau menyuruh mereka masuk.

"Assalamualaikum Cikgu Shah. Boleh saya masuk?"

"Waalaikumussalam. Ah kau Thaqif? Apa kes ni?"

Jawab Cikgu Shah. Mendengarkan Cikgu Shah menjawab salam yang diberikan Kapten Thaqif sahaja boleh mendatangkan kegerunan.

" Ni Cikgu Shah. Ada murid tahun 5 bergaduh sesama mereka. Pasal perempuan. Bertumbuk pula tu"

Terang Kapten Thaqif. Zarul dan Shahril langsung tidak berani mengangkat kepala mereka untuk bertentang mata dengan Cikgu Shah.

"Hmmmm. Terima kasih Thaqif. Tak apa. Awak boleh keluar dulu. Biar saya selesaikan"

Cikgu Shah bangun dari kerusinya. Zarul dan Shahril masih lagi menunduk memandang ke lantai bilik Cikgu Shah.

"Baik Cikgu Shah"

Kapten Thaqif melangkah keluar dari bilik displin tersebut. Namun belum pun sempat Kapten Thaqif berlalu pergi. Cikgu Shah memanggil Kapten Thaqif.

"Thaqif"

"Ya cikgu. Ada apa?"

Jawab Kapten Thaqif kehairanan.

"Jangan lupa tutup pintu bilik saya ye"

Raut wajah Cikgu Shah semakin serius. Terasa aura kegerunan memenuhi setiap ruang dan sudut bilik tersebut.

"Errr. Baiklah"

Kriukkkk..bam. Bunyi pintu bilik guru displin ditutup. Kapten Thaqif terus melangkah keluar. Baru dua tiga langkah beredar dari bilik displin tersebut. Telah kedengaran suara yang agak ngeri yang datangnya dari dalam bilik displin tersebut.

"Aduhhhhhh Sakittttttttttnyaaaaa!!!"

"Fuh. Nasib baik aku homeschooling . Seram sejuk aku bila tengok hal tadi".

Kapten Thaqif bercakap dengan dirinya sendiri.

Bersambung.

Cikgu SuperWhere stories live. Discover now