Lintah Darat

1.6K 67 5
                                    

Jam pada waktu itu telah menunjukkan hampir pukul 10 pagi. Dari pukul 7.45 pagi lagi Kapten Thaqif mengadap skrin telefon pintarnya. Semuanya gara-gara RPH. Dia tidak menjangka kerja guru agak rumit. Selepas mengetahui apa itu RPH, dia juga sudah mengetahui perkara penting yang lain seperti RPM (Rancangan Pengajaran Minggu an) dan juga RPT (Rancangan Pengajaran Tahunan). Ketiga-tiga elemen penting ni perlu dimiliki oleh seseorang yang bergelar guru.

"Lain macam betul. Rancang taktikal perang lagi senang daripada mengadap benda alah ini. Ah apa benda pula standard kandungan dan standard pembelajaran ni. "

Tiba-tiba ada tangan yang menyentuh bahu Kapten Thaqif.

"Aok buat apa tu Thaqif ? Main candy crush ke. Ralit semacam je aku tengok."

Kapten Thaqif segera memalingkan mukanya. Cikgu Pawi berada di belakangnya.

" Eh bang Pawi. Tak adalah. Saya tengok macamana nak buat RPH ni bang"

"Aok ni biar betul Thaqif. Tak akan RPH tu tak tahu? Dulu masa belajar di IPG atau U tak akan tak sentuh lansung hal ni"

Tanya Cikgu Pawi kehairanan.

"Errrr. Terlupa bang. Hehehe"

"Benda penting ni. Macamanalah boleh terlupa. Macam-macam la aok ni Thaqif. Muda-muda lagi dah dah jadi pelupa. Makan semut sebalang ke?"

"Hehehe"

Ketawa yang di buat-buat oleh Kapten Thaqif jelas menunjukkan bahawa dia tidak bersedia dan terlalu mengambil mudah dalam misinya kali ini.

" Lain kali aku kena lebih teliti dan berhati-hati. Kalau tidak penyamaran aku akan bocor"

"Eh bang dah dekat 10.15 ni. Jom pergi kantin nak?"

Cubaan Kapten Thaqif untuk mengubah topik perbualan. Cikgu Pawi melihat jam tangannya.

"Eh yelah, memang aku datang nak jumpa aok ni sebenarnya nak mengajok pergi ke kantinlah ni"

"Haah apa lagi. Jomlah kita. Pekena nasi ke, mee ke. Sedap juga ni"

Tiba-tiba...

kedengaran riuh rendah di pejabat SK Benta. Terdengar teriakan dan jeritan sayup-sayup yang datang dari pejabat.

"Eh kenapa tu bang?"

"Entah? Moh kita pergi tengok cepat"

Cikgu Pawi dan Kapten Thaqif bergegas menuju ke pejabat.

"Borhaannnnnnn!!!! Mana engkau nak lari!!! Borhannnn!!!!. Dah lama aku bersabar"

Setibanya di pejabat. Kapten Thaqif telah melihat 6 orang lelaki yang bertubuh tegap. Semuanya berpakaian serba hitam. Bermuka bengis dan kasar. Setiap seorang daripada mereka memegang satu kayu besbol dan juga kayu hoki. Lagak gaya mereka seperti kumpulan samseng. Sasaran mereka adalah Cikgu Borhan. Guru penolong kanan 1 di sekolah tersebut.

Kelihatan guru besar iatu cikgu Kamelia sedang berada di sudut ruang pejabat mengigil ketakutan.

"Kenapa ni? Kamu semua tak boleh datang menyerbu masuk ke sekolah tanpa kebenaran. Ini menjadi kesalahan besar ni"

Suara cikgu Pawi memecahkan suasana yang agak tegang. 6 orang lelaki tadi memandang serentak ke arah cikgu Pawi. Seorang lelaki dari kalangan mereka melangkah ke arah cikgu Pawi. Dari perwatakan yang ditunjukkan jelas, dia adalah ketua kepada geng tersebut.

Cikgu SuperWhere stories live. Discover now