Bab 16

4.3K 260 18
                                    

Selepas membaca surah Al-Kahfi selepas solat maghrib, Iris berteleku di atas sejadah. Dia cuba ingatkan pada dirinya sendiri, apa yang terjadi adalah ujian dari Allah.

"Ujian itu nikmat, Iris. Ya Allah, luatkan lh hambaMU ini. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku Ya Allah," doa Iris kuat di dalam hati. Air matanya tumpah sedikit. Perutnya yang berbonjol sedikit diusap. Inilah salah satu kekuatannya.

♥♥♥♥♥♥♥♥

Ya Allah sakitnya pada bahagian rahim ini! Sakitnya seperti dicarik-carik. Keadaan yang dingin membuatkan dia menggigil. Terus dia melutut kesakitan. Perutnya dipegang. Darah mula mengalir dari kelengkang. Allah! Selamatkan anak aku!

Iris tersedar. Berpeluh-peluh tubuhnya.

"Astaghfirullah hal azim, aku mimpi," Iris mengeluh lega. Perutnya diraba. Panik! Ya Allah! Apa jadi ni!

Tiada sedikit pon bonjolan. Perutnya kembali leper. Apabila diperiksa, darah tiada pula yang keluar. Dia pantas bangun menuju ke arah dressing table. Laci pertama dibuka. Pregnancy test dicapai.

Ya Allah! Mengapa! Astaghfirullah hal azim! Iris meraung. Dia melutut. Pregnancy test yang menunjukkan  satu garisan digenggam kuat.

Pintu dikuak dari luar. Kelihatan Aryan sedang berdiri tersenyum memandang Iris yang menangis.

"Kau fikir, semua akan jadi semudah itu? Kau perlu tahu, tiada bahagia yang memihak kau!" Aryan ketawa sinis. Iria pantas menoleh. Mencerlung matanya memandang Aryan.

"Tolong pergi. Aku tak pernah kacau hidup kau! Kau nak apa?!" Iris menengking kuat. Dia tahu, itu bukan Aryan. Suaranya lain. Suaranya lebih keras berbanding suara sebenar Aryan.

"Aku tak nak apa-apa. Aku cuma nak kau," bergema suara seorang perempuan pula. Lantas Iris mengutarkan bismillah lima dengan perlahan. Dia perlu menghayati ayat itu.

"Aku percaya, sesungguhnya Allah akan memihak kepada orang yang bersabar. Aku tak perlukan kau untuk bahagia, aku hanya perlukan Allah yang aku sujud. Ya Allah, hanya pada-MU aku berserah. Permudahkanlah segala urusan ku, Ya Allah. Jikalau doa ni tidak dimabulkan, aku tahu ada hikmah disebaliknya," bergema kuat doa Iris. Dteruskan jua doa itu walaupun dalam keadaan lehernya dicengkam. Sakit.

"BISMILLAHI TAWAKKALTU ALALLAH WALA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLA." Hilang segalanya apabila doa itu dipanjatkan. Terus sahaja diri itu sujud. Berterima kasih. Memohon hari yang lebih baik esoknya. Juga agar dilupakan berkaitan kandungannya yang ghaib semudah itu. Tertanya-tanya, siapa yang hantar semua ini.

~//////////////////////////~

Iris keluar dari butiknya. Lunch hour guys. Terkejut dia apabila kelihatan Ustaz Amri berada di hadapan kenderaanya. Ustaz itu senyum padanya. Dia senyum kembali.

"Ya, ustaz? Kenapa?" Tanya Iris dengan langkah menghampiri ustaz itu.

"Kalau awak nak tahu siapa yang menghantar sihir ke atas awak, awak cuba zikir tiga kul beserta ayat kursi sebelum tidur. Ulang sehingga tertidur. Insha Allah. Allah akan tunjukkan," kata Ustaz Amri. Ash angguk.

"Allah tunjuk macam mana ustaz?" Tanya Iris ingin tahu.

"Pelbagai cara Allah boleh tunjukkan seperti kata hati dan mimpi. Selalunya Allah lalukan pada mimpi. Awak perlu focus ketika zikir. Dan satu yang saya nak kata, bayi yang sudah gugur itu bukan makhluk seperti kita. Jangan terpedaya dengannya. Assalamualaikum," ata Ustaz Amri sebelum berlalu pergi ke arah proton saga hijaunya.

Iris tercengang. Lambat-lambat dia menjawab salam. Macam mana ustaz ni tahu semua benda? Bukan makhluk sama dengan aku? Meremang bulu dengar.

~/////////////~

"Adik termenung apa tu?" Tegur Aqlan dari belakang. Iris toleh dan senyuman kecil dihadiahkan.

"Abang out station ke?" Tanya Iris apabila mata menyapa bagasi Aqlan.

"A'ah. Iris, abang nak tanya sikit lah," pinta Aqlan. Iris angkat kening. Why so serious huh?

"What?" Tanya Iris.

"Adik ada masalah? Nampak kusut sangat. Kenapa tak nak cerita?" Tanya Aqlan. Dah banyak kali dia Nampak Iris macam ni. tapi, sudah tentu adiknya tak nak buka mulut dengannya. Adiknya lebih suka bercerita masalah dengan Akif sahaja.

"Mana ada," nafi Iris sambil tersenyum hambar. Aqlan mengeluh.

"Kalau ada apa-apa, cerita je. Sebab Abang Aq sayang adik abang. Jangan pendam. Jangan hadapi seorang diri. Take time lah kalau nak cerita dengan abang atau tak. Kalau nak, call me anytime tau," pesan Aqlan sebelum menarik bagasi menuju ke keretanya.

Iris dengan pantas berlari dan memeluk tubuh Aqlan dari belakang. Erat. Aqlan senyum. Iris Nampak kuat. Tapi, dia tak sekuat itu. Iris dah penat kuat sewaktu kematian ibu. Tangan Iris digenggam kuat.

"Sabarlah, Iris. Sometimes Allah allow us to fall because there is something down there we're supposed to find. Besar dugaannya, besar pahalanya apabila kita redha," nasihat Aqlan. Pelukan Iris dilepaskan. Dia memusing menghadap Iris sebelum kepala adiknya itu diusap.

Iris duduk termenung di halaman rumah. Teringat kata-kata Aqlan sebelum keluar tadi. 'Because there is something down there we're supposed to find'. Ya. Dulu setakat solat dan lakukan apa yang wajib. Bab agama buat tidak tahu. Cukuplah dah pakai tudung, solat lima waktu. Tinggalkan yang haram seperti zina. Zina pun bukannya pernah mendalami apa itu zina. Hanya tahu zina apabila bersetubuh dengan orang yang bukannya suami. Tidak ambil kisah tentang zina tangan, mata, telinga dan mulut. Mungkin ini lah sebab kenapa Allah hantarkan ujiannya. Supaya aku lebih dekatkan diri dengannya. Aku solat lima waktu. Tapi, yakin ke diterima oleh Allah? Aku bertudung, yakin ke keseluruhan aurat aku ni tertutup? Aku kononnya tinggalkan zina, yakin ke aku tidak lakukan zina? Satu lagi, aku berniaga. Yakin ke aku tidak kenakan riba'? Yakin ke yang aku ni sebenarnya seorang muslimat? Aku kena ubah segalanya. Semuanya. Cara kehidupan aku. Kalau bukan sekarang, bila lagi? A man who wants to change at 12 dies at 11. Kena start NOW!

Iris berlari menuju ke biliknya. Bagasi dibuka. Hanya ada sehelai jubah dress bewarna lilac. Shawl purple gelap dicapai. Stokin dicari. Akhirnya jumpa. Ini yang akan dipakai.

Iris mengenakan jubah dress lilac dengan shawl purple yang dililit labuh hingga menutup pusat. Solekan juga tidak berat. Stokin polkadot telah tersarung. Dia turun ke bawah. Sudah bersemangat untuk shoppingbarang-narang untuk hijrah. Sampai di rak kasut, matanya melilau. High heel? No. Wedges? Also no. Stiletto? Again no. Ballerina flat shoes? Yeah. Dicapai ballerina flat shoes lace dari Jimmy Choo.

Macam-macam yang perlu dibuang dalam hidup. No more skinny jeans. No more pants. No more skates. No hipster life. Change can be hard and hurt. Tak semudah itu untuk berubah. Jadi, Ya Allah. Istiqomahkan lah hati aku ini.

'Change is hard at first, messy in the middle and gorgeous at the end'       -Robin Sharma-

Late again! Okey next is AlifSitinur special di Mr Artist Ku. nak tahu kesinambungan sangat pasal pasangan tu kan. Juga terselit kisah macam mana terbongkarnya rahsia Diya dan Izzat di sekolah. Oh yeah. Support Tyara College tau!!!


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bloody MarriageWhere stories live. Discover now