Bab 14

5.5K 319 28
                                    

Ustaz dan ustazah itu pulang dahulu memandangkan Puan Sri Zafrah lambat sangat sampai ke rumah. Sempat juga dia mengambil nombor telefon Ustazah Ulya. Dia mahu maklumat selanjut tentang sihir taqrif ini.

"Mama, tadi ada ustaz dan uztazah datang cari mama. Dia balik dulu sebab mama lambat sangat sampai," kata Iris kepada ibu mertuanya.

"Dia ada call mama tadi. Aryan mana?" Tanya Puan Sri Zafrah.

"Dia keluar tadi. Tak tahu pergi mana," balas Iris.

"Keluar dengan Arimi agaknya. Iris tak pergi butik hari ni?" Tanya Puan Sri Zafrah.

"Nak pergi dah ni. Iris pergi dulu," Iris meminta diri sebelum mencium tangan Puan Sri Zafrah lalu beredar keluar rumah.

~///~

Sesampai sahaja di butik, dia terus mendail nombor Iman. Dia perlu cerita pada Iman tentang sihir taqrif ini.

"Iman, surgery you dah habis?" Tanya Iris.

"Kalau I dah jawab call you, dah habis lah tu. Kenapa? You nak ajak I dating ke?" usik Iman yang sedang membuka baju surgerynya.

"Ada benda yang I nak cerita dekat you. Apa kata you datang butik I. Urgent ni," kata Iris laju.

"Bawak bertenang. What's wrong? Tentang apa ni?" Tanya Iman dengan nada prihatinnya.

"Pasal Aryan lah. You datang je lah," beritahu Iris.

"Okey, I datang," putus Iman.

Lebih kurang 20 minit, wajah Iman sudah tersembul di depan pintu bilik kerjanya. Terus Iris mengajaknya duduk.

"So, hot story apa lagi?" Tanya Iman teruja.

"This is not even a hot story but this is a craze story," balas Iris laju.

"Wow, look so craze. What is it?" Iman mengangkat keningnya.

"Ada ustaz dan uztazah datang tadi. Dia kata ada penunggu di hati Aryan. I dah pelik. Ustaz tu kata Aryan kena sihir tafriq. I dah google tadi. Itu adalah sihir pemisah. Apa semua ni?" Cerita Iris lalu meraup muka kasar.

"Gosh. Siapa yang hantar?" Tanya Iman.

"Kalau I tahu siapa yang hantar, dah lama I pergi rumah dia cekik dia sampai mati," kata Iris geram.

"Relaks, Ris. Kita selesaikan slowly. I bantu you. I promise," kata Iman menenangkan kawannya.

"Thanks. So, first step, kita kena cari ustaz yang power untuk tolong kita," cadang Iris.

"No hal. I akan cari," Iman berkata dengan wajahnya cuba untuk ditenangkan. Siapa tak risau kawan kena sihir.

~///~

"Assalamualaikum, ustaz. Saya yang beri mesej tentang sihir tafriq tu. Boleh ustaz bantu kawan saya? Ah, ya. Baiklah. Terima kasih ustaz. Waalaikummusalam," Iman mematikan talian. Dia memandang Iris yang sedang menekup mukanya dengan telapak tangan.

"Iris, kita jumpa ustaz ni esok. I dah buat appointment dengan dia. Esok I ambil you dekat butik lunch hour. I kena pergi hospital balik. Got to go," kata Iman lalu terus beredar dari Amour wedding center.

Iris pulang ke rumah sekitar jam sembilan malam. Tekaannya tepat. Aryan masih belum pulang. Ketika Iris mendaki tangga hendak ke biliknya, seperti ada kelibat hitam melintasi disisnya. Seram sejuk rasanya. Dia buat tidak endah, dia meneruskan langkahnya dengan laju kali ini. Sesampai sahaja dibiliknya, dia membuka pintu dan kelihatan seorang perempuan berkebaya putih dengan bersanggul tinggi membelakanginya. Iris mula rasa tidak keruan. 

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now