Bab 8

6.1K 323 14
                                    

Iris membuka matanya apabila terdengar sayup-sayup azan berkumandang. Apabila sedar sepenuhnya, Iris menoleh ke arah Aryan yang masih dibuai mimpi yang indah. Iris tiba-tiba mencebik. Banyaklah dia punya buat anak. Aku rela bina sandcastle dari buat anak. Bukan sandcastle je, bangunan Grand Millennium ni pun aku sanggup bina.

Sakit betul hati Iris apabila teringatkan kisah semalam. Dah lah selamba badak ajak aku buat anak. Kenakan aku pula tu. Tak apa, ada ubi ada batas, ada hari aku balas. Semalam selepas ditertawakan Aryan akibat muka cuak minta jamban tu disebabkan Aryan ajaknya buat anak macam nak ajak bina lego, sempat berbincang seperkara. Eh, bukan bincang, tapi membuat keputusan. Kata je nak bincang, dia je yang bersuara. Tak adil! lepas tu, tanpa persetujuan dia dah buat keputusan muktamad. Dia ni keturunan suka mendesak ya? Pertama, dia dan Aryan perlu mengambil cuti kahwin beberapa hari. Kedua, masing-masing kena belajar cara hidup masing-masing. Ini yang best ni. Time tu lah ada balasannya. Tunggulah.

"Awak, bangun. Dah azan. Bangunlah," Iris mengejut Aryan dengan menggoncang sedikit tubuh suaminya itu. Liatnya nak bangun. Ada yang dapat morning kick ni.

"Hmm, you pergi mandi dululah. You mandikan lama. Al-maklumlah, mandi wajib. Newlywed kan." Usik Aryan dengan mata yang masih tertutup.

"Awak ni kan! Hamik aku!!" Iris mengambil bantal yang menjadi tempatnya melabuhkan kepala lalu memukul Aryan beberapa kali. Geramnya aku dengan sekor jantan ni!!

"Aduh, hubby abuse. Kalau macam ni lah, tak nak aku ajak kau kahwin," rungut Aryan lalu duduk darp perbaringannya.

"Awak ni kan, dah lah suka mendesak. Lepas tu suka buat keputusan sendiri, sekarang nak mengungkit pula. Newlywed yang awak katakan tu, bangun je pagi dapat morning kiss. Jangan awak yang newlywed ni bangun dapat morning kick sudah," kata Iris lalu menjeling Aryan. Dia berjalan ke arah luggagenya untuk keluarkan baju yang akan dipakai.

"Garang. Lupa nak ucapkan. Morning, blue ginger," Aryan mengenyit matanya beberapa kali pada Iris.

Iris hanya balas dengan jelingan. Perli rambut dengan mata aku lah tu. Cantik, okay. Dia ni, selagi ada benda boleh buat debat, dia akan gunakan juga. Aku banyak je kena bahan. Dah rasa macam bahan uji kaji larutan diklorofenolindofenol. Huh, kau. Mahu terputus lidah nak sebut.

Usai sahaja menunaikan solat berjemaah bersama suami tersayang, Iris terus mengeringkan rambutnya. Aryan pula sudah terus terbaring di atas katil. Sambung tidurlah tu. Dia tak fikir agaknya kejap lagi kena siap untuk majlis resepsi. Aku hentak kepalang karang. Mereng jadinya.

"Awak, bangun. Jangan nak mengada sambung tidur," tegur Iris dari meja solek. Matanya dikerling sekilas ke arah Aryan dari cermin. Tak bergerak dan tiada tanda-tanda pun nak bergerak.

"Five minutes. Just five minutes. Let me have a rest first. You, sambung keringkan ginger tu," Aryan hanya menggerang mulutnya. Harap saja badan abs bagai. Nak bangun punya lah malas. Mana dapat abs tu pun tak tahu lah. Beli agaknya.

"Rest? Semalam dia tidur dulu, sekarang nak rest lagi? Dah lah panggil rambut aku ginger. Sabar je lah," gumam Iris. Tangannya terus mencapai botol L'oreal hair mist. Disembur pada kulit kepala supaya kulit kepala kekal segar. Segar dari kekeringan yang melanda. Lagi segar kalau pak cik seorang ni tak kuat mendesak. Selepas mist disembur, dia menyapu sedikit L'oreal total repair extreme pada bahagian hujung rambut supaya tidak bercabang. Yang terakhir, Iris menyapu L'oreal vitamin oil pada seluruh rambut untuk mendapatkan rambut yang sihat. Dah macam buat advertisement novel. Rasanya dah banyak jenama kecantikan dan entah apa-apa yang dikenalkan di sini.

Baru sahaja Iris ingin meletakkan segala barang kosmetiknya, Aryan terlebih dulu memerli. Geramnya! Tak sudah nak mengacau. Orang dah tak kacau dia nak rest dah lah.

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now