Bab 13

5.5K 344 34
                                    

"Hey, Iris. Aryan kata you meroyan minta cerai. What's wrong?" Tanya Iman kepada Iris selepas sahaja dia mengambil tempat di sebelah Iris yang sedang duduk di taman mini.

"You know, semenjak pregnant ni emosi tak terkawal lah. You kan gynecologist, tak kan tak tahu kot," balas Iris. Dia selesa dengan Iman. 

"What? You are not trying to pulling my leg?" Tanya Iman tidak percaya.

"Yes, Im. Buat apa I nak tipu you," Iris tersenyum.

"Then, impregnated by who?" Tanya Iman takut-takut. Takut jawapan laki lain.

"Lah, impregnated by husband I lah. Tak kan lah I pregnant anak you pula," balas Iris dengan kerutan. Dah kenapa?

"Aryan? I thought Aryan tak sentuh you lagi."

"About that, I've no explanation."

"Berapa bulan?"

"Nak masuk dua."

"Then, Aryan tahu tak?"

"Tak, dia tak tahu."

"Lah, kenapa you tak bagi tahu lagi? Berita baik kot."

"Kalau I pregnant, nanti Arim kecewa dengan I. I tak sepatutnya meniduri Aryan."

"You baik sangat lah, Iris. You tak nak fikir pasal diri you ke?" Iman tidak puas hati apabila hak Iris tidak dituntut.

"Alah, I tak kisah lah. By the way, boleh tak kalau I nak check up dengan you je. Ye lah, nanti doktor lain sibuk suruh I bawa husband sekali. Sekurangnya you tahu apa jadi," Iris mangubah topik.

"Okay, no problem. Nanti I siapkan fail untuk you. I balik dululah. Dah malam ni. Esok I ada surgery," Iman meminta diri. Tidak manis melepak dengan isteri orang lama-lama.

"Alright. Thanks sebab datang. Sekurangnya, I ada kawan nak borak. One more thing, rahsiakan dari Aryan, please," rayu Iris. Dia sememangnya tidak mahu Aryan tahu.

"Sure. Jaga fetus tu baik-baik. Nanti kalau dah lahir, I nak you namakan dia sempena nama I," kata Iman sebelum bergegas pergi apabila matanya tertangkap wajah bengang Aryan. Iris hanya tersengih mendengar ayat terakhir Iman. Buat apa nak letak nama dia.

Baru sahaja dia nak bangun untuk masuk ke dalam, Aryan terlebih dulu duduk di sbelahnya. Terbantut dia nak masuk dalam. Mana tahu kalau Aryan nak cakap pasal benda penting.

"Wow, kawan baik aku pun boleh jadi scandal," perli Aryan. Iris menahan marahnya apabiula mendengar.

"Saya sekadar kawan sahaja," balas Iris malas ingin gaduh. Dia semakin tidak faham dengan perangai Aryan selepas lelaki itu menjumpai Arimi.

"Mulai sekarang, kau tak perlu lah kawan dengan dia. Aku tak suka kawan aku terjebak dengan kau," arah Aryan kepada Iris keras.

"Apa masalahnya. Dia suka kawan dengan saya, dan saya pun suka kawan dengan dia," kata Iris sangat tidak berpuas hati. Aryan tidak boleh buat dia sebegini.

"Boleh tak kau ikut je?" Tanya Aryan bengis.

"Awak tak pernah faham apa yang saya nak," kata Iris perlahan lalu mengorak langkah yang laju ke dalam rumah. 

"Iris!" Jerit Aryan kuat. Aryan melabuhkan punggungnya di kerusi. Mukanya diraup. Tiba-tiba ada tangan yang menjalar di bahunya.

"You kenapa, sayang? Ada masalah?" Tanya Arimi dengan tangannya mengusap lembut bahu buah hatinya.

"I tak faham dengan Iris. She is too complicated," kata Aryan geram.

"Apa yang complicated sangat?" Tanya Arimi walaupun dia sendiri sudah tahu apa yang terjadi.

Bloody MarriageWhere stories live. Discover now