Hari pertama persekolahan
"Weh, korang tahu tak, nanti ada
budak baru masuk kelas kita, " riuh
suara Aizat as known as "spy" kelas 4 Sains 1.
"Betul, tadi aku nampak ada budak perempuan kat dalam pejabat. Aku pun curi dengar la perbualan pengetua dengan Abang Faqeh, ketua pelajar merangkap ketua exco disiplin yang korang gila gilakan tu, " sambung Aizat.
Hampir semua pelajar perempuan berpaling ke arah Aizat apabila terdengar nama "Abang Faqeh".
"What?!?! Abang Faqeh?!?! Dia buat apa kat pejabat? " tanya Diana. "Betul²,dia buat apa kat sana? " Sambung pula Melisa, teman karib Diana. Kini, kelas 4 Sains 1 menjadi gamat dengan suara pelajar perempuan yang bercakap mengenai Faqeh.
"Sabar²!" laung Aizat sambil mengangkat kedua dua tangannya sebagai isyarat supaya diam. Mereka yang tadinya bising menjadi senyap. Mereka cuba memberikan perhatian terhadap apa yang hendak diberitahu oleh Aizat.
"Tadi, aku dengar pengetua suruh Abang Faqeh hantar pelajar perempuan baharu tu ke kelas kita, " sambung Aizat.
Kini, pelbagai reaksi yang terbit diwajah pelajar 4 Sains 1 terhadap pelajar baharu tersebut. Ada yang tersenyum gembira, ada yang buat muka gatal, ada yang teruja dan ada juga yang tidak puas hati, tidak lain tidak bukan Diana dan teman karibnya, Melisa.
Vote please. 👇 korang vote, saya sambung 😊
YOU ARE READING
I Give You Five Minutes ♡
Romance"Okay, fine. I will give you five minutes. Kita jumpa dekat Retoran Mawar. Pukul 8.30,TEPAT!" -Haura "Okey,baiklah.Saya akan tunggu. Pukul 8.15 lagi saya akan ada kat sana, " -Akasyah Akhirnya, Haura bersetuju untuk berjumpa Akasyah setelah sekia...
