-Alisa 6-

87 8 2
                                    

Lima bulan telah berlalu, Alisa dan Faiz sudah menjalinkan hubungan percintaan. Pada mulanya cinta Alisa di tolak oleh Faiz dan diterima baik setelah mendapat pelbagai bantuan dari Alisa. Namun niat sebenar Faiz masih lagi tidak pupus. Alisa mengambil serius dengan percintaan mereka tetapi lain pula bagi Faiz. Dia hanya menggunakan Alisa untuk lulus dalam segala ujian. Alisa pula sentiasa membantu Faiz meniru dalam peperiksaan sehingga Faiz mendapat anugerah pelajar pintar di dalam sekolah.

Hari minggu, mereka selalu mengulang kaji mata pelajaran bersama-sama di sebuah restoran yang tidak asing bagi orang ramai pada masa kini, Mcdonald. Di atas meja tersedia segala kalkulator dan buku mata pelajaran bersama sebatang kon aiskrim vanilla daripada Mcdonald. Aiskrim tersebut dibeli oleh Faiz sebagai penghargaan kepada Alisa setelah tamat waktu mengulang kaji.

"Awak selalu tiru saya masa exam. Buat apa nak ulang kaji lagi. Buang masa awak je."

"Saya tak boleh nak harapkan awak je. Saya pun kena ulang kaji sekali. Kalau saya tak tahu baru lah saya rujuk awak. Saya tak tiru tau. Saya merujuk je."

Itu lah ayat yang di ulang-ulang oleh Faiz untuk mengaburi mata Alisa. Faiz membuat sesi mengulang kaji adalah untuk Alisa mengulang kaji sekali mata pelajaran kelasnya. Ini lebih memudahkan Faiz untuk meminta jawapan di dewan peperiksaan kerana Alisa mampu mengingati segala formula dan teknik menjawab soalan dengan hanya sekali sesi pembelajaran.

Meja yang digunakan oleh Alisa dan Faiz adalah selang beberapa meja dari pintu kaca restoran tersebut. Di pintu kaca itu, kelihatan tiga orang wanita sekolah mereka berdua. Sekawanan wanita itu hanya menjeling tajam ke arah Faiz dan Alisa. Mereka berbisik antara satu sama lain. Perbuatan itu disedari oleh Faiz.

"Alisa. Awak tengok tu. Dia orang gosip pasal kita ke?"

"Hmm.. Mungkin lah kot. Tapi kenapa? Apa yang kita buat?" terus menoleh ke arah pintu kaca tersebut.

"Jealous lah tu. Dia tengok awak comel sangat." Sambil menenung anak mata Alisa di iringi senyuman manis.

"Eh! Tak... Tak adalah... Sebab lain kot... Biarlah dia orang. Kita tak ganggu dia orang pun... kan?" sambil menundukkan wajahnya yang merah menyala dan menenung buku tulis di atas meja.

Sengaja memuji Alisa sebegitu supaya hubungan percintaan mereka lebih dipercayai oleh Alisa.

                                                                    ***

Dua minggu selepas itu, Faiz membawa Alisa berjumpa dengan ibunya. Alisa berpakaian kemas dan cantik. Pakaiannya yang bertemakan hitam dan merah itu sangat menusuk mata Faiz. 

'Ini ke awek aku? Nasib baik comel dan berguna.' desis hati Faiz sambil tersenyum menatap wajah Alisa di hadapan pintu rumahnya.

"Awak! Hello! Awak nampak tak saya dekat sini. Jangan lah tersengeh-sengeh je. Malu kalau orang lain nampak saya pakai macam ni!"

"Iya... Sabarlah. Bukak lah kasut tu dulu."

"Mak awak tak garang kan?"

"Tak... kenapa?

"Alaaa... takut!"

"Takut ke malu?"

"Hmm.. malu tu pun ada jugak lah"

"Tak payah malu la. Mak saya okay. Lagi-lagi tengok awak comel macam ni. Kalau kita dah habis sekolah, saya rasa mak saya nak hantar rombongan merisik je terus... hehe." 

"Ish! Dah lah! Bawa saya masuk! Saya malu!" Faiz mengiringi Alisa masuk ke rumah. Pipi Alisa tidak berubah warna merahnya setelah Faiz berikan kata-kata hikmat cintanya itu.

Alisa Where stories live. Discover now