BULAN MENGAMBANG

620 35 7
                                    

"Bulan mengambang,Pakngah lah yang balik." 

Asyik benar dia menyanyi lagu bulan mengambang pakgah balik. Aku tertanya-tanya juga,Kenapa bulan mengambang baru pakngah nak balik?Habis kalau bulan gelap pakngah tak balik ke?Siapa Pakngah tu? 

Aku ralit mendengar cerita emak..tentang arwah atuk yang di sakat hantu tinggi bermain pinang masak di rumah orang kenduri,kebetulan kenduri tahlil.. 

1970an...zaman yang sememangnya tidak banyak kemudahan asas,air masih di perigi atau sungai.Hendak ke mana-mana di waktu malam,jamung mengantikan lampu suluh. 

Kata emak kebetulan ada kematian di dalam kampung di waktu siang,jadi di malam hari di adakan kenduri tahlil di rumah keluarga arwah.Hanya arwah atuk yang pergi ketika itu. 

Sebaik sahaja selesai bertahlil,atuk duduk di beranda rumah.Beranda orang dulu-dulu memang lopong,tidak berdinding,senang angin masuk.Ye lah zaman dulu mana ada kipas angin segala.Kalau ada pun hanya orang kaya-kaya sahaja yang ada. 

Atuk duduk berbual dengan beberapa orang sahabatnya yang masih belum balik. Sedang mereka berbual, tiba-tiba sahaja mereka mendengar bunyi seperti benda di baling di atas atap. 

Tap!tap!tap!....

Atuk dan sahabatnya tidak mahu ambil kisah,masih larit berbual. Mungkin budak nakal sahaja yang mahu bermain-main. 

Tetapi semakin mereka tidak ambil kisah,semakin menjadi-jadi pula mereka membaling. 

"Apa yang di balingnya tu?"Tanya salah seorang sahabat datuk. 

Sebaik sahaja dia habis berkata-kata sebiji buah pinang masak di lemparkan ke dalam beranda,di ikuti dengan bunyi tepukan.

"aish...melampau dah ni...main-main pula dia." 

Atuk turun ke tangga,dia meninjau di dalam gelap .Sambil dia bercakap. 

"Pergi lah balik ni bukan tempat kau." 

"Bercakap dengan siapa tu bang?"Tanya salah seorang sahabatnya. 

"Tak ada sesiapa,syaitan merupai sengaja nak menduga." 

"Hantu ke tok?" 

"Boleh la di kata kan hantu" 

"Hantu apa tok??"

"Hantu pakngah...ingat tu ni malam bulan memgambang,masa hantu pakngah balik..."Atuk ketawa.Sebenarnya sengaja menyakat.

"Hantu pakngah?" 

Atuk sengaja menyebut hantu pakngah bagi mengantikan nama hantu galah.Sedap sikit nak sebut,nanti kalau sebut hantu galah,memang pakat- pakat lah tidur dekat beranda dek ketakutan nak balik.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now