JIRAN YANG SUDAH MENINGGAL

702 34 2
                                    

    Saya punya seorang jiran yang rumahnya bersebelahan dengan saya, maklumlah jiran saya ini orang berada, rumahnya besar tetapi hanya dihuni oleh seorang nenek yang sudah tua. Anak2 jiran saya itu sudah ada rumah masing2 sehingga pada suatu hari jiran saya ini meninggal dunia, tiada sesiapa yang tahu. Bahkan ketika meninggal dunia pun, posisi jiran saya ini sedang terduduk di kerusi menghadap luar rumah. Memang kasihan.

    Setelah beberapa minggu jenazah dikebumikan, pada satu malam, saya bergaduh dengan abang saya. Saya tahu abang saya hendak memukul saya, akhirnya saya lari dengan pantas dan memanjat pohon belimbing (star fruit) yang ada di depan rumah saya. Abang saya tak tahu saya sedang bersembunyi di atas pohon. Setelah abang saya masuk kembali ke dalam rumah, mula lah mata saya berkeliaran lihat kiri kanan, atas bawah, ke sungai yang jaraknya 200m dari rumah saya, sehingga ketika mata saya memandang ke arah runah jiran saya yang sudah tidak berpenghuni itu, hairan bila saya ternampak ada susuk tubuh sedang duduk di atas kerusi di mana jiran saya yang meninggal. Sosok itu sedang merenung tajam ke arah saya, seakan-akan benda itu tahu saya sedang memandang ke arahnya.

    Saya pun mula menggigil ketakutan apabila benda itu dengan perlahan-lahan berdiri dan berjalan seolah-olah hendak keluar. Saya pun menjerit. Apalagi, saya langsung loncat dari atas pohon hingga kaki saya berdarah kerana jatuh dan terkena batu. Setelah kejadian itu, saya jadi semakin takut dan terbayang-bayang benda itu, akhirnya saya memutuskan untuk tinggal bersama nenek saya yang rumahnya berdekatan dengan ramai penduduk lainnya.

Eeeeee Takut Yeee......Where stories live. Discover now