BAB TUJUH

3.7K 192 2
                                    

Bab Tujuh


Sofea terbangun daripada tidurnya. Segera dia meraup wajahnya sambil menenangkan diri dan sedang itu, dia perasan rasa basah di pipinya. Sedang menangiskah dia?

"Astaghfirullahalazim..." ucap Sofea.

Jam di tepi katil dilihat. 3.00 pagi.

Dia bingkas turun dari katil dan segera menuju ke bilik air. Niatnya mahu membasuh muka tapi alang-alang dia terus mengambil wuduk sekali. Sejadah dan telekung dari almari diambil dan sejadah dibentang di hujung bilik menghadap arah kiblat.

Semalaman itu Sofea sujud kepada Penciptanya. Dia buat solat sunat tahajjud dan solat istikharah yang sentiasa dilakukan sejak mama dan papanya memberitahu tentang perkahwinannya. Selama ini, Sofea tak pernah ragu-ragu akan keputusan mama dan papa kerana dia tahu mama dan papa adalah orang yang paling cerdik yang Sofea pernah kenal dan mereka tidak akan buat keputusan yang bodoh.

Tapi Sofea sudah tak pasti sejak mimpinya tadi. Adakah itu petunjuk daripada Allah setelah solat-solat istikharah yang dilakukan sebelum ini atau hanya sekadar mainan syaitan dan ujian untuk mencabar keimanannya? Sofea tak tahu.

Malam itu Sofea sertakan juga dengan solat hajat. Dia berdoa agar apa jua keputusan yang diambil nanti adalah keputusan ynag terbaik. Dia juga berhajat agar dipertemukan jodoh yang tercipta untuk dirinya dan alangkah bagusnya jika jodohnya itu ialah lelaki yang bakal menjadi suaminya.

****

Sofea terbangun lambat. Entah macam mana tengah-tengah dia mengaji setelah solat subuh dia boleh tertidur tapi kali ini tanpa mimpi. Sofea bangun dan segera dia bergerak ke bilik air. Walaupun dia sedar akan kelewatannya, Sofea sengaja berada di bilik air lama-lama. Bukan kerana dia mahu membersihkan segala ceruk tubuhnya dengan penuh berhati-hati tapi kerana Sofea lebih meluangkan masa untuk berfikir.

Sofea masih risau akan mimpinya tapi dia hanya manusia biasa. Dia tak punya kuasa untuk memberhentikan masa jadi mahu tak mahu hari pernikahannya akan tetap tiba dan hari itu adalah hari ini.

Keluar sahaja dari bilik air, Sofea lihat mamanya dan beberapa orang saudara perempuan sebayanya sudah memenuhi bilik bersama juga jurumekap yang mereka tempah. Sofea dileteri kerana lambat dan dia hanya senyum tawar.

Kemudian Sofea diarahkan duduk di kerusi. Jurumekap itu segera berdiri di sebelah Sofea dan bersedia untuk memulakan kerjanya. Tapi sebelum itu Sofea dileteri sekali lagi oleh jurumekap pula. Dia kata dia terkejut beruk melihat lingkaran gelap di bawah mata Sofea. Over je tu. Dia tanya Sofea cukup tidur atau tidak dan Sofea menggeleng.

Cepat-cepat dia letak segala peralatan mekapnya dan menyuruh Sofea meletakkan sekeping mask ke atas mukanya untuk melembapkan dan menyegarkan muka Sofea yang tak bermaya.

"I jaranglah suruh pengantin pakai mask sebelum make-up sebab jenuh nak tunggu 15 minit supaya muka tu betul-betul lembap. Selalunya pengantin memang dah pakai segala mask and moisturizer malam sebelum nikah. Apa yang you buat malam tadi? Kulit you kering and tak bermaya. Macam mana nak naik seri pengantin?" leter jurumekap itu.

Sofea hanya paksa senyum. Entah menjadi ke tidak senyuman itu. Sofea tak larat nak paksa dirinya menjadi ceria bila faktanya Sofea tidak gembira. Dia bukan seorang pelakon.

"Sophie? Kenapa ni?" Caroline di sebelah menegur. Caroline adalah sepupu Sofea. Mama Caroline ialah orang inggeris dan Caroline sememangnya tinggal di luar negara. Walaupun Caroline adalah sepupu dan salah satu ahli keluarga Sofea, hanya Caroline yang bukan seorang perisik antara semua sepupunya yang berada di dalam bilik ini.

Encik Suamiku VampireWhere stories live. Discover now