"Cik Dilla Riana," tegurnya hormat.

"Encik David," balas Dilla.

"Boleh berikan balik mop dan baldi?"tanya David. Dilla ketawa.

"Sure, takkan saya nak bawa balik kan?" balas Dilla memberinya baldi dan mop. Ada perasaan kagum melihatkan keceriaan Dilla Riana selepas dilayan sebegitu rupa. "Jumpa lagi esok," tambah Dilla Riana. Chen Ming dan Dilla Riana berjalan beriringan. David hanya berdiri di situ memerhatikan. 'Such a charismatic girl,' bisik hatinya.

Chen Ming menunjuk kepada Dilla keretanya yang diletakkan di seberang jalan.

"You duduk mana?'tanya Chen Ming.

"Cyberview lodge," jawab Dilla.

"Eh, I pun. Tingkat berapa?"

"Tingkat 2."

"I tingkat 5."

"Blok berapa?" tanya Chen Ming bersinar-sinar matanya.

"Blok B."

"Alah I blok A," jawab Chen Ming. Dilla hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"You ni apasal?"

"Esok you pergi kerja dengan I,ok" ajak Chen Ming.

"Hmm..K.O," jawab Dilla.

"Kenapa? You tak suka kita pergi kerja sama-sama?"tanya Chen Ming.

"I nak jalan kaki sebab I nak exercise," jawab Dilla tersenyum.

"So, kalau I ikut you jalan kaki boleh?"

"No problem. Kalau lambat I tinggal!" kata Dilla memberi amaran. Chen Ming membuka pintu untuk Dilla dan mempersilakan dia masuk. Sampai di rumah, Dilla masuk terus ke bilik, bersolat asar dan terus tidur hingga maghrib. Dia bangun untuk solat dan terus tidur sehingga jam 5 pagi. Sempat dia menunaikan solat Isyak.

Hari kedua ini mungkin akan lebih mencabar ujian si bujang lapuk. 'Aku mesti bersedia,'katanya. Dia meletak kasut pejabat di dalam beg plastik dan dia letakkan di dalam backpack. Dia akan berjalan menggunakan kasut yang Chen Ming hadiahkan semalam. Dia mengenakan kemeja panjang dan palazzo berkotak. Biarpun ada gemuruh di hati, dia akan terus bertahan!

Morning briefing,semua penyelia dimaklumkan tugas-tugas intern hari itu. Chen Ming, mendapatkan Dilla untuk memberitahu tugas yang disediakan untuknya. Baru sahaja Chen Ming hendak membuka mulut, David datang bersama Razlan.

"Tuan," tegur Chen Meng.

"David ada tugas untuk awak ya Dilla Riana," katanya menyapa. Dilla hanya tersenyum.

"Baik, tuan." Pendek sahaja jawapan Dilla Riana. Dia sudah berjanji tidak mahu menunjukkan apa-apa emosi di hadapan Razlan.

David memberikan Chen Ming sehelai kertas. Itu adalah checklist tugasan. Merah muka Chen Ming melihat tugasan yang perlu Dilla Riana selesaikan.

"Betul ke ni?" tanya Chen Ming kehairanan. Razlan Shaari yang tersenyum sinis.

"Kenapa? Tak percaya teman wanita awak mesti membuat semua kerja ini?"

"Tuan, Cik Dilla Riana adalah intern pemasaran antarabangsa bukan pekerja buruh," tegur Chen Ming.

"Dia boleh pergi er awak juga boleh berhenti jika tidak puas hati," jawab Razlan bongkak. Dilla merasa hairan lalu mengambil kertas di tangan Chen Ming.

Tugasan yang perlu dibuat untuk melayakkan diri membuat kerja-kerja membantu unit pemasaran

1. Mop tangga

2. Cuci toilet wanita

3. Membancuh teh atau kopi untuk semua ketua unit dan pengurus

4. Menyiram pokok-pokok pasuan.

5. Memfotostat bahan-bahan mengikut arahan yang ditetapkan

7. Mengemas bilik CEO

8. Mengesat dinding kaca di ground floor

9. Mengesat meja di kafe sebelum dan selepas waktu makan tengahari

10. Selagi CEO tidak balik, Dilla Riana tidak dibenarkan pulang.

"This is ridiculous," kata Chen Ming. Dilla memandangnya dan memberi isyarat supaya jangan membantah.

"Selama mana saya mesti menjalankan tugas-tugas ini?"

"Awak mesti membuat pekerjaan ini selama 30 hari bermula hari ini,"jawab Razlan. "Oh, ya. David inform Pushpa removekan Chen Ming sebagai supervisor Cik Dilla Riana."

"Baik, bos!" katanya pendek. Razlan berlalu meninggalkan mereka bersama David. Chen Ming menahan rasa tidak puas hatinya.

"He can't do this!" jeritnya kepada David. David tidak memberikan apa-apa reaksi. "Eh, dia ni apasal? Asyik mengacau hidup you?"Chen Ming bertanya kepada Dilla.

"He can, and he already did. You jangan risau! I can do these," pujuk Dilla.

"Tapi!"

"Dinner tonight?"kata Dilla cuba mengalih topik. Dia memandang Chen Ming. Chen Ming terdiam. "Dinner tonight?"

"Ok! If anything janji dengan I you will tell me?" pesan Chen Ming. Dilla tersenyum.

"Let's go! I have a hell lot to do. See you," kata Dilla meninggalkan Chen Ming dengan kekesalannya. "Can I have the tasks please?" pinta Dilla kepada David. David menghulurkan senarai itu kepadanya.

"Barang-barang untuk mencuci perlu diambil di mana?"

"Tingkat 1 bilik penyelanggaraan. Cik mesti menggunakan troli pembersihan supaya lebih mudah."

"Baiklah. Terima kasih. You can leave now," kata Dilla kepada David. Tanpa berlengah lagi, David meninggalkan Dilla keseorangan. "Ini Dilla Riana Said ya...if you think you will break me, I will make sure you will break with me," katanya sendirian. Dia mengambil masa beberapa lama untuk merancang strategi. Semua ini ada kerja-kerja berat. "Dia hanya menyatakan tugasan tapi bukan frekuensi. Ok, I think I can cover all."

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now