Jungkook ¦31.5

932 66 15
                                    

◎romance...◎

"Y/n.. dah sedia? Pengantin lelaki dah sampai. Diorang semua dah tunggu kamu kat bawah." Terdengar bunyi suara omma dari pintu bilik tidurku

"Kejap ma. Adik tak sedia lagi.. " kata aku sambil duduk di hadapan meja makeup. Ya, memang aku bahasakan diriku sebagai adik sebab aku anak bongsu daripada 3 orang adik beradik

"Yah! Kau ni! Tak sedia lah sangat. Sebelum ni bukan main tak sabar nak kahwin. Ni.. hari kahwin tak nak kahwin pulak. Kesian jungkook a.k a your future husband yang dah tunggu kat bawah tu." Kata kawan aku iaitu Nana.

"Alah.. kau cakap senang lah! Cuba kau rasa! Jantung aku ni.. dah nak terkeluar dah.. kau tahu tak?!" Marah aku

"Adik! Cepatlah dik... betullah.. apa yang nana cakap tu. Suami kamu dah tunggu kat bawah tu! Janganlah buat orang lain risau " kata mama ku lagi.

"Jap. 5 seconds."

"Dah.. jom ma.. nana.. kita dah boleh turun" kata aku lagi.

Jantung aku time tu. Makk aii..macam dia pulak nak kahwin.

Aku turun ke bawah perlahan lahan. Suasana di tingkat bawah agak bising sebelum aku a.k.a pengantin perempuan tiba.

Ni. Lupa nak bagitau. Majlis ni berlangsung di rumah aku.

Sebaik sahaja aku tiba di tingkat bawah. Semua tetamu berpaling ke arah aku. Aku ternampak jungkook atau nama islamnya '________' *anda letaklah nama kegemaran anda di ruangan kosong tersebut*. Jungkook kelihatan sangat handsome bersarungkan dengan baju melayu yang berwarna putih bersama songkok. Aku tak tahu pulak yang dia boleh nampak lagi handsome daripada biasa. Time tu, aku jugak perasan yang jungkook agak terkejut melihat aku. Aku tak hiraukan jungkook time tu, kalau tak dia tak boleh fokus masa lafaz kahwin(?) nanti.

Aku berjalan bersama mama ke arah pelamin. Aku dan mama duduk di atas pelamin dengan ayunya. Sebaik sahaja kami duduk, aku memegang erat tangan mama. Jungkook kelihatan sudah bersedia untuk melafazkan apa yang dia perlu lafazkan. Aku yakin jungkook boleh lafazkannya dengan jelas sebab dah berpuluh ribu kali aku ajar dia tapi masih ada bunyi pelat.

Sebaik sahaja semua dah sedia, majlis akad nikah dimulakan. Jungkook menyambut huluran tangan papa dengan yakinnya.

Skip

"Sah?" Kata papa

"Sah." Kata saksi yang berada di sekeliling papa dan jungkook

"Alhamdulillah.." kata papa

Skip

"Jungkook... kamu dah jadi suami kepada anak perempuan kesayangan kami ni. Kamu jagalah dia macam mana kamu jaga diri kamu sendiri. Boleh?" Kata papa

"Nae. Appa" kata jungkook

"Dik.. apa yang dia cakap?" Kata papa

"Dia cakap.. baiklah papa.."

"Ouh.."

"Kalau y/n ni buat hal.. bagitahu mama je. Arasseo?"

"Nae."

"Amboi awak.. pandai cakap korea dah sekarang? Belajar mana? Tolong ajarkan saya, boleh?"

"Alah.. awak ni.. anak perempuan kita la.. mana lagi.. kita kenalah belajar sikit sikit cakap bahasa diorang. Senanglah nanti.. awak jangan risau. Malam ni jugak saya ajar awak" kata mama dengan penuh confidentnya

"Hahahaha" aku & jungkook hanya tergelak dengan telatah mama & papa.

"Y/n!!!" Jerit nana

BTS IMAGINESWhere stories live. Discover now