Bab 11

3.1K 209 6
                                    

Aku terjaga tatkala terasa ada sentuhan lembut di bahuku. Aku terpisat-pisat bangun. Aku baru tersedar yang aku TERtidur beralaskan bahu Damian. Wah.. ptutlah syok sangat kau tidur an Ulfa.

Damian di sebelah aku beri sengihan. Nak cover malu. Pemandangan matahari terbenam aku hayati. Aduh.. macam romantik pulak.

"Ulfa..." Damian panggil lembut, buatkan bulu roma aku meremang. Haih... senja-senja ni shaitan banyak merayau.

Aku toleh ke arah Damian. "Awat?"

Damian macam fikir sesuatu. Kemudian dia geleng kepala. "Hah.. tak ada apa-apa."

Jap... aku rasa something missing. "Damian, aku baru teringat yang aku tak tahu satu hapak pun pasal kau. Aku nak tahu jugak." Aku berpeluk tubuh. Angin senja buatkan aku rasa sejuk.

Damian menggosok belakang lehernya. Aku faham sangat body language dia yang satu tu. Dia tak selesa dengan permintaan aku.

"Urmm... aku bukan tak nak cerita, tapi..."

"Tapi apa? Wei.. aku dah cerita kat kau semua pasal aku. And here you are... masih ragu-ragu dengan aku. Kau fikir senang ke aku nak buka luka lama balik? Aku buat tu semua sebab aku percayakan kau. Tapi.. kau... kau.."

Entah kenapa aku rasa nak nangis. Aku fikirkan Damian lain daripada orang lain. Just once.. aku fikir aku ada orang untuk support aku, bagi aku semangat. Tapi...

Damian meraup kasar wajahnya. "Ulfa.. dengar cakap aku ni. Bila sampai masanya nanti, aku akan beritahu semua pasal aku kat kau. Just wait.." pandangan matanya seakan memujuk.

Aku dapat rasakan diri aku yang lama mula kembali. Hati aku tak rasa apa-apa sekarang ni. Aku bingkas bangun meninggalkan Damian yang tercengang.

"Aku.... kecewa dengan kau." Dan dengan itu, aku terus lari. Yeah.. aku tahu itu tindakan seorang pengecut. Tapi aku dah tak kesah...

Satu benda je yang penting sekarang ni... no one can be trusted.

¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

Sampai je rumah, aku terus masuk bilik. Aku duduk bertinggung di atas katil menghadap tingkap yang terbuka.

Insiden tadi terbayang dalam benakku. Damian..

Bukan senang aku nak beri kepercayaan pada orang. Sebab tu bila Damian buat macam tu aku terasa dikihianati. Apa? Aku ni nampak macam mulut tempayan ke?

Tapi kan.. bila fikirkan balik, macam childish ja apa yang aku buat tadi. Yelah..  dia dah janji sampai masanya dia akan bagi tahu tapi aku yang degil. Nak jugak dia cerita.

Haih.. tapi aku tak kira. Aku tetap bengang dengan dia. Jangan harap aku nak bercakap, bersua muka, bertentang mata dengan dia.

Kau memang degil Ulfa.

Biarlah, setelah apa yang aku dah lalui selama ni... kedegilan aku kali ni tak setanding dengan sebelum-sebelum ni.

¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

Macam biasa, pagi-pagi lagi aku dah sampai sekolah . Aku melangkah ke arah lokerku.

Hmm... hari ni ada kimia, add math, english..

Urgh malasnya nak menghadap muka dia.

Semua buku itu aku keluarkan kemudian mencampakkannya ke dalam beg sandangku. Lokerku aku kunci rapat.

Aku berpusing ke belakang segera untuk bergerak ke bumbung atas. Tetapi pandangan mataku menyapa dada bidang milik seseorang. Aku toleh ke atas untuk menatap wajah makhluk yang mengganggu ketenteraman aku pagi ni.

Aku melepaskan keluhan kasar.
Aku berpeluk tubuh sambil memerhatikan wajahnya yang tampak gelisah.

Damian menggosok belakang lehernya. "Ermm..  Ulfa. Berkenaan semalam.."

Aku teringat tisu yang aku simpan di dalam poket hoodie ku pagi tadi. Tisu tadi aku keluarkan lalu digunakan untuk menekup mulutnya. Jelingan sehabis maut aku berikan.

"Aku tak nak cakap dengan kau."

Mukanya nampak terkejut tetapi aku buat tidak endah sebaliknya aku melangkah meninggalkan dia dan bergerak ke tempat aku tenangkan fikiran.

¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

Buat masa ni, aku dapat elakkan diri daripada terserempak dengan Damian. Tapi lepas ni subjek English. Lagi parah dia duduk sebelah aku.

Aku tak akan duduk dengan Eddy. Dia tu jauh lebih teruk daripada Damian. Jadi.. pilihan aku ialah duduk kat tempat aku sendiri.

Tak lama selepas itu, pelajar yang lain turut memenuhi kelas itu. Satu persatu wajah muncul sebelum Damian muncul dengan wajah yang tampak sugul. Aku perasan bahagian tepi bibir dia terluka sikit.

Dia mengangkat wajahnya, keluhatan terkejut apabila melihat aku mengambil tempat di sebelah dia. Huh... mesti dia ingat aku duduk tempat lain.

Dia bergerak ke arah aku. Aku dapat rasakan pandangan matanya menikam aku. Urgh... sebaik dia duduk, aku tampal sekeping sticky note di atas mejanya.

No one can be trusted. You are the one.

Dia nampak agak bengang bila dapat mesej tu. Tapi apa aku kesah? Selagi aku tak dapat apa yang aku nak.

Sepanjang kelas aku tidak endahkan kehadiran dia. Walaupun sebenarnya otak aku ni sibuk memikirkan apa sebenarnya terjadi pada bibir dia tu. Dia ketua pelajar kot, takkan dia gaduh.

~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

Sampai rumah, aku terus terbongkang atas katil. Penat badan tak setanding penat mental aku. Susah rupanya nak elakkan diri daripada dia. Rasa macam forever.

Aku buka balik mesej yang dia hantar pagi tadi.

Ulfa, aku minta maaf. Aku tak bersedia nak cerita kat kau. Im so sorry.
-7.00 a.m.-

Urgh.. aku tahu aku mengecewakan. Just let me talk to you!
-9.30 a.m.-

As you know, aku tak akan berhenti selagi kau tak bercakap dengan aku.
-10.24 a.m.-

We cant be separated Ulfa. Like it or not, you will talk to me.
-1.00 p.m.-

Okey, jujur aku rasa berbunga jugak bila dia bagi tahu macam tu. Huh.. show me your efforts Damian.

Esoknya aku bangun macam biasa. Entah kenapa hari ni aku nak datang lagi awal daripada biasa. Lagipun malam semalam hujan jadi pagi-pagi ni udara nyaman. Aku paling suka ride waktu macam ni.

Sampai sekolah, aku terus bergerak ke arah lokerku. Laluan itu kelihatan suram dan sunyi tanpa bunyi gamat para pelajar.

Walaupun perasaan seram sejuk menyelubungi diri, aku cuba tepis jauh-jauh. Aku masukkan pincode.

Belum sempat jariku mencecah kekunci tersebut, sehelai kain menutup hampir separuh wajahku. Haruman pelik mula menceroboh rongga hidungku.

Mata aku rasa makin lama makin berat. Makin aku tahan makin berat rasanya lalu aku biarkan kegelapan menguasai.

Belum sempat aku pengsan sepenuhnya, aku dapat rasakan dua belah tangan menampung beratku. Haruman cologne seseorang yang amat aku kenali. Tapi kenapa?




Hai guys. Thanks tuk sesape yg sudi vote tu. Sye terharu.
Well.. kalau korang bosan tggu sye update, why not bce crite first sye. BAKAL SUAMI.

Bye guys.
✉ifawani

Penembak Hatiku.Where stories live. Discover now