Bab 2

4.6K 305 2
                                    

Saat kakiku tiba di dewan, semua pelajar telahpun mengambil tempat di kerusi masing-masing. Pengawas yang sedari tadi menjalankan tugas memandangku.

Huh...ni yang aku benci ni.

Tanganku dikepal menjadi penumbuk lalu disuakan ke arah pengawas itu. Cukup untuk buatkan dia tidak berani mencatat nama aku.

Aku baru ingin mengambil tempat di bahagian hujung dewan tetapi langkahku terhenti apabila satu suara menarik perhatianku.

"Oh...Cik Ulfa. If you don't mind, silakan naik ke atas pentas sekarang."

Kepalaku automatik berpusing ke arah insan yang sedang memegang mikrofon di atas pentas. What the?

Mamat yang aku tumbuk tadi!

Berdiri di atas pentas ialah mamat tadi dengan sebelah pipinya yang sudah kebiruan.

Tatkala ini, aku pasti semua pelajar sedang memandang ke arahku. Oh tak, even cikgu-cikgu pun pandang sekarang ni. Malas ingin buat hal, aku berjalan menuju ke atas pentas.

Semasa melintasi mamat itu, sempat aku menghadiakan sebuah jelingan tajam yang paling ditakuti pelajar kat sekolah ni. Tapi boleh pulak dia kenyitkan sebelah mata kat aku.

"Untuk pengetahuan semua, pipi saya yang bengkak ni adalah hasil daripada tumbukan padu yang Cik Ulfa bagi kat saya."

Dia berhenti seketika kemudian pandangan jatuh ke arahku. Sebagai balasan, aku menyuakan penumbukku ke arahnya.

Wei...jangan main-mainlah dengan aku. Takkan gentar!

"Saya, Damian Eriqi merangkap ketua pelajar sekolah ini memaklumkan bahawa Cik Ulfa bakal dimasukkan ke Kelab Boxing sekolah kita."

Huh...jadi dia ketua pelajar. Macam mana aku tak pernah perasan dia.

Eh wait! Aku masuk Kelab Boxing? Apa ni?

"Wei apa ni? Aku tak nak masuk kelab tulh!" Aku betul-betul tak boleh sabar sekarang ni. Mamat ni fikir dia siapa?

Mamat tadi or Damian melangkah mendekati ku. "Janganlah marah. Kau nampak comel sangat kalau marah."

Tanganku digenggam, cuba menahan rasa amarah. Comel? Eww! Aku benci orang panggil aku comel. Ia buat aku rasa lemah.

"Kau tak ada pilihan cutie."

Ok, kali ni aku betul-betul tak dapat tahan. Damian kutolak kuat sehinggakan dia jatuh terlentang di atas lantai. Aku mengambil peluang tersebut untuk duduk di atasnya lalu aku menumbuk wajahnya bertalu-talu.

Kedengaran suara pelajar menjerit. Huh...biar diorang tengok insiden ni. Sebagai pengajaran tak ada siapa boleh cari pasal dengan aku.

Badanku ditarik ke belakang oleh seseorang. Aku meronta cuba melepaskan diri tetapi cengkamannya pada bahuku amat kuat. Aku menoleh ke belakang, ingin melihat siapa gerangan itu.

Dan ini benar-benar buat aku terkejut. Pengetua wei!

"Awak berdua ikut saya pergi pejabat sekarang!" Jerkah pengetua tersebut. Aku menjeling Damian yang sedang mengelap titisan darah yang mengalir di celah bibirnya. Padan muka kau!

Kalau pengetua fikir aku takut dengan dia, memang silap besar. Wajah pengetua kupandang sekilas. "Yang bersalah dalam hal ni ialah dia. Saya tak terlibat apa-apa pun."

Dan dengan itu aku berlari keluar dari dewan. Lantak lah apa nak jadi.

¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

Aku memusatkan pandanganku ke arah hutan di hadapanku. Kejadian tadi buatkan jiwaku rasa kacau dan aku perlukan ketenangan kala ini.

Badanku jadi kaku apabila tiba-tiba satu tangan mencengkam bahuku.

"Wei Ulfa."

Hatiku mendengus geram mendengar suara tersebut lantas badanku dipusingkan menghadap orang tersebut.

"Kau dah kenapa ikut aku? Dah tak ada perempuan lain agaknya kat sekolah ni yang kau nak kacau!"

"Aah...takde. aku rasa kau seorang je yang berjaya tarik perhatian aku."

Mulutku ternganga luas. Seriously? Aku menilik pakaianku dari atas sampai bawah.

Aku yang tak berapa nak feminin ni jugak ke? No no

"Kau jangan nak tipu la. Kau ada muslihat lain kan?" Wajahnya yang penuh dengan kesan lebam kupandang.

Damian menggaru belakang lehernya. "Eerr...wei. Kau ni cantik tau sebenarnya. Asal perangai kau macam lelaki eh?"

Nak tukar topik konon. Takpe kali ni aku lepaskan.

"Kau siapa aku perlu bagi tahu hal peribadi aku?"

"Alah...aku kan pakwe kau!" Damian mengenyitkan sebelah matanya. Dan hasil daripada tu, aku pulas telinga dia sampai merah.

"Auuw! Sayang, sakitlah." 

"Ee...kau ni memang tak faham bahasa kan? Siapa nak jadi makwe kau!" Aku memeluk tubuh kemudian pandanganku dikembalikan ke arah hutan belantara. 

"Awak...janganlah marah kat saya. Nanti siapa nak gaduh-gaduh manja dengan saya nanti?" Damian sengaja mendekatkan dirinya denganku.

Serius aku nak muntah dengar apa yang dia cakap.

"Oh...nak gaduh-gaduh manja sangat kan?" Aku melompat ke arahnya menyebabkan Damian terbaring di atas lantai dengan aku yang terduduk di atasnya.

Tanganku sudah sedia diangkat untuk melepaskan tumbukan tetapi Damian lebih cekap menahan tanganku.

"Wow baby, dalam sehari berapa kali kau tumbuk orang ni?" Soalnya dengan kening yang terangkat.

Panggilan baby yang diberi untukku buatkan aku rasa nak sorokkan muka dalam lubang sekarang ni.

"Ee...stop calling me baby or whatever! Geli lah!" Tanganku yang sebelah lagi cuba untuk menumbuknya tetapi perkara yang sama berulang lagi.

"Alolo...sorry sweetie. Kau memang tak boleh survive eh kalau tak sentuh aku?"

"Kau ni ada masalh mental ke hah? Dahlah... lepaskan aku." Aku cuba melepaskan genggamannya pada tanganku. Keywordnya kat situ...cuba.

"Tak semudah tu. Ada banyak perkara aku nak bincang dengan kau sekarang ni." Mukanya bertukar serius serta-merta.

"Contohnya?" Soalku malas.

"Pasal yang kau ni shooter."

Jantungku berhenti berdegup untuk sesaat. Kemudian Damian kupandang.

"So apa kau nak buat? Kau nak bagi tahu satu sekolah?"

Damian mencuit daguku tanpa sempat kuelak. "Takkan lah aku nak bocorkan rahsia makwe aku sendiri an?"

Damian melepaskan tanganku lalu berdiri kembali.

"Penatlah cakap dengan kau ni. Aku bukan makwe kau lah pekak!"

"Whatever. Petang ni datang lapangsasar. Kalau kau tak datang, tahulah apa yang aku nak buat." Sejurus itu dia terus berlalu pergi meninggalkan aku yang terpinga-pinga.

Lapangsasar?

Ok fine, lapangsasar tu ialah tempat aku a.k.a shooter berlatih.

Kalaulah mamat ni shooter ang training kat situ, asal aku tak pernah nampak dia eh?

Serius aku rasa dia ni misteri sangat. Alih-alih je muncul depan orang. Siap cop aku as girlfriend lagi. Memang sah dia sewel. Kesian harap muka je kacak.

Penembak Hatiku.Where stories live. Discover now