Bab 8

3.5K 203 7
                                    

"Wei Ulfa, kau tidur ke?" aku jeling Ulfa melalui cermin sisi. Jantung aku yang berdegup kencang kubiarkan. Mana taknya, tiba-tiba aje Ulfa baringkan kepala dia secara mengiring kat belakang badan aku.

"Shh... bagi aku tidur sekejap, penatlah."

Haih...kesian Ulfa aku ni. Ops, hehe...

"Kau penat? Buat ape je semalam?" Aku rasa, aku yang sepatutnya penat tau. Penat menghadap muka si Eddy tu.

"Tulah kau tak tahu. Senakal aku pun, aku rajin membaca tau. Sampai lewat malam aku baca." Kali ini, Ulfa mengemaskan lingkarannya pada pinggangku. Apa lagi, bertambah lajulah degup jantung aku. Cik Ulfa, awak nak tengok kita accident ke??

Tapi, dia ni bukan boleh percaya sangat. Jangan-jangan baca komik je pun. "Kau baca apa?"

Ulfa merungkaikan lingkarannya. Agak kecewa la di situ. Ceh...

"Kau nak tahu aku baca apa?"

Aku angguk. Tak sabar ni.

"Aku baca isi hati kau."

Satu detik...

Dua detik...

Tiga detik...

Jantung aku berhenti berdegup.

"Chia chia chia!" Aku menjeling Ulfa yang elok menyambut kemenangannya dengan menari kecil di atas motor aku.

Waa...dia chia chia kan aku wei. Dah pandai sekarang. Aku menambahkan kelajuan motorku. Hah...terkejut dia.

"Kau ni nak bunuh aku ke bawa motor laju-laju? Nak mati jangan ajak orang lah.." Ulfa memukul belakang badanku sekali. Tapi cukup untuk buatkan aku berdecit. Sakit wei...

Tiba-tiba idea bernasku muncul. "Kau tak berhak nak marah aku sebab kita dah buat perjanjian tau pasal hal ni." Aku berhenti di lampu merah. Wah, timing cantik punya.

"Bila masa pulak aku ada janji dengan kau ni?"

"Tak payah nak buat-buat lupalah. Kau dah janji nak sehidup semati dengan aku. Ha..."

Waa...rasa nak lari satu padang sekarang ni. Aku, Damian Eriqi mampu membuatkan si hati beku, Ulfa Atsyan terkedu. Victory paling best aku pernah dapat.

"Chia chia chia!" Ulfa hanya menjeling. Tapi kenapa aku rasa tu jelingan manja? Eh, jangan cakap aku dah angau?

Aku parkirkan motorku di tempat biasa. Ulfa yang sudah siap membuka helmet kupandang. Kenapa dia ni cantik sangat? Mata aku ni tak boleh berhenti daripada terus pandang dia tau.

"Ulfa lepas habis sekolah ni, aku nak jumpa kau kat gelanggang boxing tau. Kalau kau tak datang, aku sendiri yang akan dukung kau pergi situ. Which one? " soalku dengan kening yang terangkat.

Ulfa mengerutkan wajahnya. Oh man, bertambah comel aku tengok dia ni. Sejurus itu, jari telunjuknya dituding tepat pada dadaku.

"Dont you dare! Thats what people call me. Aku takkan dapat panggilan tu kalau bukan sebab apa yang aku dah buat sebelum ni. Dan kau pun takkan nak tahu masa silam aku. Cause it hurts a lot.." air matanya mula bergenang. Tanpa sempat dihalang, air matanya jatuh satu persatu.

Laa...kenapa tiba-tiba nangis ni? Tak pasal-pasal aku jadi gelabah. Aku cuba mencapai lengannya tapi Ulfa melangkah menjauhiku. Aku jadi runsing. Dia ni misteri la. Sekejap okey dengan aku, sampai satu masa mesti dia buat aku macam orang asing.

"Petang nanti aku datang. Just untuk hari ini, jangan jumpa or cakap sekalipun dengan aku."
Kemudian dia berlari ke arah belakang sekolah.

Kan betul aku cakap. Haih... nasib kaulah Damian suka kat Ulfa. Aku hanya mengatur langkah mendekati lokerku. Biarlah Ulfa tenangkan fikiran dia dulu. Walaupun aku tak tahu apa yang merunsingkan otak dia sangat.

¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

Ulfa Atsyan ♥

Air mata yang laju menitis kuseka cepat. Argh...entah kali keberapa aku menangis depan Damian. Malu wei... aku rasa lemah sekarang ni.

Aku jadi emosi bila berdepan dengan Damian yang suka mengarah dan memaksa. Semua perasaan bercampur-baur. Marah, sedih, kecewa.

"Ulfa, papa nak kamu berhenti daripada menembak. Kamu kena fokus pada study supaya nanti senang nak ambil alih syarikat papa."

Suara tu...aku benci dengar suara tu. Sebab dia lah, hidup aku macam banduan.

"No, pa. Shooting is my priority. Ulfa tak boleh ikut cakap papa kali ini."

"I dont care Ulfa. Esok papa tahu, kamu dah tak ada kaitan apa-apa lagi dengan shooting. Kalau sampai papa dapat tahu kamu masih berdegil...kamu tahu akibatnya kan?"

"Tak, Ulfa bertegas kali ni. Papa nak Ulfa score dalam setiap exam, I did it. Papa nak Ulfa ambil alih syarikat papa nanti, Ulfa setuju. But please bukan berhenti menembak."

"No no no, kamu tak ada pilihan. Atau mungkin Ulfa nak tengok your beloved sister mati sebelum waktunya?"

Aku menjerit. Papa angkat aku memang suka memaksa dan mengugut. Kalau bukan sebab nak jaga keselamatan adik aku yang ada di rumah anak yatim sekarang, dah lama aku larikan diri.

Aku bingkas bangun. Yup, sikapku yang sekarang hanyalah untuk memastikan tiada siapa yang mampu mengetahui hal peribadiku. Dan aku akan pastikan tiada siapa yang boleh melepasi tembok yang setelah sekian lama aku bina. Tembok yang memisahkan antara Ulfa yang dulu dan Ulfa yang sekarang.

Langkah kuatur menuju ke lokerku. Jam tangan kukerling. Alamak, terlepas kelas pertama! Chop, tenang Ulfa. Wat lek wat peace ja. Muka tu ketatkan sikit. Okey done.

Destinasi, makmal biologi. Salah satu subjek yang aku tak berapa suka. Sebab sampingan, Eddy pun sama kelas dengan aku. Aku ketuk pintu, kemudian berlalu masuk. Cikgu biologi, yang aku tak ingat nama dia apa, sedang memandang aku dengan kening berkerut. Muka aku selambakan.

"Cik Ulfa Atsyan, if you dont mind, tolong jelaskan kenapa awak datang lewat?"

Rambut yang diikat, kulepaskan. Kemudian ku selak sedikit. Saja nak ambil masa. "Rasanya tak ada benda saya nak terangkan. And if you dont mind, saya nak belajar. Boleh saya duduk sekarang?" Soalku dengan kening terangkat.

Kerutan di dahinya bertambah. Dan aku lihat dia sedang menggenggam penumbuknya. Huh.. maaf ye. Tak terkesan langsung.

Aku terus berlalu ke belakang kelas. Sebelum duduk, aku perasan yang Eddy sedang memerhatikanku. Sebagai balasan, aku suakan penumbukku. Hah..hambik. Pikir aku takut sangat dengan dia? Eh...peeedaah!

Now, set minda untuk belajar bio. Semakin banyak cikgu tu cakap, semakin mengantuk pulak aku rasa. Sampai tersengguk-sengguk aku jadinya.

"Ulfa..."

Aku menoleh ke tepi. Kelihatan seorang pelajar perempuan menyuakan sehelai kertas kepadaku dengan takut-takut. Baguslah...

Aku capai kertas tersebut.

Dearest Ulfa,

       Mesti kau fikir yang Damian tu baik kan? Hahaha...silap besar lah. Jangan-jangan dia lebih teruk daripada aku. Aku just nak ingatkan aje, risau nanti kau datang kat aku dengan air mata. Sorry beb, tapi Damian tu tak layak untuk jadi kawan kau.

                                                              Your beloved,
                                                                            Eddy.

Sejurus habis membacanya, aku terus merenyukkan kertas tersebut lalu membalingnya tepat masuk ke dalam tong sampah. Dia fikir dia siapa nak judge orang?

Tapi dalam masa yang sama, perasaan ragu-ragu mula menyusup ke dalam diriku. Ah...tak boleh jadi ni.

Penembak Hatiku.Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt