Bab 5

3.4K 217 5
                                    


♥Ulfa Atsyan♥

Aku hanyut dalam duniaku sendiri. Guru subjek Bahasa Inggeris tidak kulayan. Ada apa dengan English ek? Serius bosan.

"Ulfa, saya tahu markah awak highest dalam kelas ni, but please pay attention." Ujar guru wanita tersebut.

Aku hanya mengangguk, akur dengan permintaan guru tersebut. Sebab apa? Sebab dia baik dan aku boleh jugak lah go go dengan dia.

Sedang aku mencatat sesuatu, sehelai sticky note tertampal di atas mejaku. Kepalaku automatik berpusing ke sebelah.

Alah, dia ke duduk sebelah aku. Damian mengisyaratkan aku untuk membaca sticky note tersebut. Kalau ikutkan hati aku yang masih panas ni, nak aje aku koyakkan terus.

Kalau kau jumpa si Eddy tu lagi, jangan lupa bagi dia barang yang aku dah letakkan dalam loker kau. Tak kesah lah kau guna cara apa sekalipun asalkan barang tu sampai pada dia.
■□■ Damian.

Seusai membaca, sticky note tersebut terus aku koyakkan. Hatiku benar-benar terguris bercampur marah. Aku tak tahu lah kenapa, tapi aku rasa seperti kuli yang disuruh-suruh pula. Cukuplah selama ni aku menjadi kuli kepada parents aku.

Tangan kanan kuangkat tinggi. "Ermm...sorry. But can I change my seat please? The boy beside me keep talking to me and it's really pissing me off. May I?"

"Yeah sure."

Aku terus bergerak ke bahagian kelas yang paling hujung. Hanya ada satu seat kosong di situ tetapi yang buat aku teragak-agak untuk duduk di situ adalah kerana tempat tersebut bersebelahan dengan Eddy.

Pandanganku tertancap pada Eddy yang syok mendengar lagu melalui headphonenya. Ewah-ewah kaki tu sedap-sedap je lunjurkan atas meja eh?

Eddy mengangkat pandangannya secara tiba-tiba, bertembung dengan pandangan mataku. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Hai baby, come sit here." Dia menepuk tempat duduk di sebelahnya.

Kau mesti tunjuk berani Ulfa. Jangan gentar. Dengan langkah bersahaja, aku mengambil tempat di sebelahnya. Senyuman manis kuhadiahkan untuknya.

"Ulfa, is it okay now?" Cikgu Edrina memandangku dengan mata yang dibesarkan.

"Definitely yes and better." Aku menjeling sekilas Damian yang sedang mengetap rahangnya. Marah agaknya aku tinggalkan dia macam tu aje.

"Jadi nama kau Ulfa? Hmm...nice." Eddy menarik daguku untuk memandangnya. Jarak wajahnya dengan wajahku yang amat dekat membuatkan jantungku berdegup laju.

Seluruh wajahnya kuterokai. Aku rasa dia ni pun anak kacukan sebab mata dia warna hazel.

"Kau cantik. I like pretty girls."

Rentak degupan jantungku makin laju. Adakah ini pengakhiran hidupku?

Jangan nak dramatik sangatlah.

"Aku suka semua yang ada pada kau, lagi-lagi bibir comel kau tu. Hmm... mesti lembut kan?"

Pandangannya jatuh pada bibirku, membuatkan aku automatik menggigit bibir bawahku kerana cemas yang amat sangat. Namun ternyata aku tersilap langkah apabila Eddy pula sudah mula merapatkan wajahnya dengan wajahku.

Aku terus menahan dadanya dengan sebelah tangan. "Eddy, aku muslim. Aku tak boleh buat semua tu melainkan ada hubungan sah."

Eddy mencerlung tajam memandangku. "So what? Aku kena kahwin dengan kau dulu, baru aku dapat?"

"Kalau kau rasa tak, so better kau tak payah buat. Kan senang cerita." Ha, tengok! Sisi aku yang sebenar dah terserlah.

Eddy hanya menayang senyuman sinis. "Ermm, feisty. Aku suka."

Serius mamat ni pun sekapal dengan si Damian apa? Dua-dua sewel! Belum sempat aku membalas, loceng rehat berbunyi. Aku terus bangun dan mengemaskan segala perkakasanku.

"Jangan lupa jumpa aku kat kantin nanti. Bye, babydoll!" Aku hanya menghantar kelibat Eddy dengan pandangan tajam.

Pahal semua orang suka bagi nama panggilan kat aku?

¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

Sebelum bergerak ke kantin, aku berlalu ke lokerku dahulu. Keadaan yang lengang memudahkan urusanku.

Pintu loker kubuka. Sebuah beg kertas kuambil. Ni ke barang yang Damian cakap tu?

Aku mengeluarkan isi dalam beg tersebut. Sebuah bingkai bergambar sebuah pemandangan alam semula jadi menyapa pandanganku. Eddy minat ke benda alah macam ni?

Malas mahu berfikir, aku terus berlalu ke kantin bersama beg tersebut. Eddy yang sibuk dengan headphonenya, kudekati. Hobi mamat ni memang dengar musik ke?

"Eddy, ada apa kau nak jumpa aku?"

Dia menepuk tempat kosong di sebelahnya. Faham sangat dengan maksud dia tu, aku terus melabuhkan punggung.

"Aku nak ajak kau hang out dengan kawan-kawan aku lepas habis sekolah ni. Penolakan tidak diterima sama sekali. Yes or yes?"

Aku mengerutkan dahiku. "Buat apa pulak? Aku bukannya kenal pun dengan kawan-kawan kau tu?"

Eddy senyum sinis. Jari-jemariku yang terletak di atas meja dia capai lalu dicium lembut. Tindakannya jelas membuatkan bulu romaku meremang.

"Kau tahu tak, sekarang ni satu sekolah heboh cakap kau makwe aku. So as my girlfriend, kau kenalah ikut aku." Eddy melepaskan tanganku.

"Ee...siapa cakap aku makwe kau ni? Aku kenal kau pun tak sampai sehari lagi."

"Mungkin bagi kau memang kita baru kenal dua hari. Tapi bagi aku, dah lama aku kenal kau Ulfa. Aku dah lama perhatikan kau. Kau DYD kan?"

Aku terkejut yang amat sekarang ni? Apa, selama ni tak cukup ke aku pencilkan diri sampai budak famous ni pun boleh kenal aku?

"Tapi tak payah risau, sayang. Tak kesahlah siapa yang hantar kau pada aku, tapi aku nak berterima kasih sangat kat dia sebab aku dapat peluang untuk jadikan kau milik aku."

Tangan kugenggam kuat. Semua ni salah Damian!

Aku sedaya-upaya mengawal ekspresi mukaku. Tunjukkan diri kau yang sebenar Ulfa! Tak ada siapa boleh buat kau gentar!

"Sekali kau datang pada aku, jangan harap kau dapat patah balik Ulfa. No no."

Apa yang dikatakannya kuletak tepi. Aku terus mencapai beg kertas pemberian Damian lalu terus kuletakkan di atas meja. "Nah, ambik ni. Sebagai tanda maaf aku terlanggar kau pagi tadi."

Eddy membelek isi beg kertas tersebut. Mukanya yang serius terus bertukar ceria apabila melihat barang tersebut.

"Mana kau tahu aku suka benda macam ni? Wow, ni yang buat aku sayang kau ni."

Aku tersedak sendiri mendengar apa yang dikatakan Eddy. Patut ke aku rasa takut sekarang? Yep, memang aku patut takut. Mula-mula dia kata no back off and now dia cakap dia sayang aku?

"Eddy, aku nak jumpa someone jap. Bye." Aku baru ingin bangun dari duduk apabila Eddy menarik lenganku.

Pandangan tidak puas hati kulemparkan kepadanya. "Apa lagi?"

"Someone tu lelaki ke perempuan?"

Aku rasa nak tumbuk je muka dia sekarang. Pantang aku kalau orang buat macam ni. Lengan kutarik kasar.

"None of your business."

Kali ini, Eddy menarik pula mukaku memandangnya. "Kalau perempuan aku tak kesah, tapi kalau lelaki.....kau better jaga perlakuan. Cause aku tak suka my girl dengan lelaki lain."

Kemarahanku makin meluap-luap. Sebelum aku lepaskan tumbukan, lebih baik aku pergi dari sini. Dan itulah yang aku sedang lakukan sekarang. Semua mata di kantin yang memandang, aku buat bodoh.

"Baby, jangan lupa petang ni!" Jerit Eddy dari jauh.
Semakin laju langkahku keluar dari kantin, mencari gerangan yang telah buat hidup aku jadi macam ni.

Siapa lagi kalau bukan Damian Eriqi?

Penembak Hatiku.Where stories live. Discover now