Bab 9

3.4K 178 3
                                    

Hai..sorry lama x update. Nah..

♡Ulfa Atsyan♡

Sebaik sahaja loceng berbunyi, aku terus bergegas ke arah gelanggang boxing. Tapi sebelum tu aku singgah surau dulu.

Biar aku bagi tahu something. Mungkin aku ni bukan perempuan yang menutup aurat, tapi aku tahu tanggungjawab aku sebagai seorang muslim. Salah satu sebab jugak aku tak nak parents kandung aku dapat dosa yang aku buat walaupun aku tak tahu siapa mereka. Tragis kan?

Selesai solat, aku terus bergerak menuju ke gelanggang boxing. Persoalan demi persoalan menerjah ke dalam benakku. Macam...

Kenapa Damian muncul secara tiba-tiba dalam hidup aku?

Macam mana dia tahu aktiviti menembak aku?

Dan...apa motif dia suruh aku rapat dengan Eddy.

Hah...aku rasa bodoh sekejap sebab tak pernah terlintas dalam fikiran aku pasal tu. Aku mesti dapatkan jawapan sekarang.

Langkah kulajukan. Walaupun agak tercungap jugaklah sebab gelanggang boxing tu kat tingkat paling atas bangunan 4 tingkat ni.

Aku berhenti berlari tatkala sampai di hadapan gelanggang boxing. Rambut kuikat. Lenganku singsing. Yeah.. Bad girl mode!

Dari jauh, aku nampak Damian yang sedang...melepak? Isyh...memang tak ada kerja agaknya.

Kadang-kadang aku terfikir, adakah Damian gunakan aku demi kepentingan dia? Klau macam tu...

Tak...tak mungkin. Aku percayakan dia. Damian tak mungkin buat macm tu pada aku. Lagipun, aku paling benci orang gunakan aku sebab ianya mengingatkan aku pada orang tua tu!

"Eh..cik adik ni. Bukan main lagi berkerut dia. Kau fikir apa?"

Suara itu membuatkan aku tersedar. Hah...tersedar yang aku terfikir macam-macam sampai berkerut.

"Cik adik hangguk mu. Kau pahal nak jumpa aku?" Hah...itulah aku. Straight to the point terus.

Damian tersenyum menampakkan baris gigi dia yang tersusun cantik. Ah...terasa nak admire lah pulak. Haip...nakal Ulfa.

"Aku nak tunaikan apa yang aku cakap masa perhimpunan hari tu. Kau kena masuk boxing." Damian menarik tanganku sehingga ke penjuru bilik.

Hah...ni yang menyirap darah aku ni. Pantang aku kalau ada orang paksa-paksa ni. Badannya kutolak dengan kuat. Hah...hambik sampai jatuh terduduk dibuatnya.

"Kau ni dah kenapa Ulfa? Moody semacam je hari ni."

"Kau lah. Suka sangat paksa aku. Aku tak suka tahu tak?" Aku terus membelakanginya. Tanpa aku sedar...

"Alolo..comel jer buat muncung macam tu. Kau ni memang suka buat aku makin suka kat kau kan?"

Terus aku menutup bibirku. Aduh... malunya. Macam mana boleh terlepas laku ni. Ingat Ulfa...dia tu kawan aje. Kau kena ingat yang kawan boleh jadi lawan.

"Whatever. Yang penting aku tak nak join boxing." Aku keluarkan telefonku. Wadda... sampai beratur mesej masuk phone aku.
Eh? Apa orang tua ni nak?

Tangan ku laju mengetik mesej yang dihantar oleh orang tua a.k.a. bapak angkat aku.

Jumpa papa kat office sekarang. Tepat jam 3 ptg papa nak kamu dah smpai.

Mataku terus terarah pada jam tangan. Mak oi, sekarang pukul 2:45. Mana sempat...paling kurang pun makan masa 30 minit.

Aku terus memandang wajah kacak Damian. Ececeh...

"Damian, aku nak kena gerak dulu lah. Ada hal. Bye." Aku terus berlari-lari anak ke arah pintu tapi sempat ditahan Damian.

Apa lagi lah mamat ni..

"Kau nak apa?"

Damian tersengih. Tangan kanannya menggosok belakang leher. Aduh...why so cute?

"Nak ikut please...." ujarnya dengan muka comel loteh dia tu. Oh please...no. bertahan Ulfa.. you can do it.

"Haih... yelah-yelah. Cepat sikit." Dan akhirnye aku beralah. Ok you guys tell me...siapa yang boleh tolak muka comel dia?

¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤

"Ermm...Ulfa..." Damian panggil aku dengan suara yang dileretkan.

Terus tegak bulu roma aku. Kenapa pulak ni?

"Apa?"

"Final exam dah nak dekat an. Aku nak study dengan kau boleh tak. Aku dengar kau pandai dalam semua subjek. So aku.."

"Yeye boleh." Bukan main panjang lagi hujah dia. Aku terus sarungkan helmet. Aku ni bukannya raja sampai masa nak tunggu aku kan?

"Damian..baik kau cepat. Aku nak kejar masa ni." Ujar aku apabila melihat Damian masih tak habis tersengih. Entah apa dia fikir pun aku tak tahu.

"Hmm..kira ok kau kejar masa hari ni je tau. Aku pulak... tiap-tiap hari kejar cinta kau." Damian membuat bentuk hati menggunakan kedua-dua belah tangannya dengan mata yang dikenyitkan.

Aku mengaku jantung aku berhenti berdegup sesaat. "Tak habis-habis lah kau ni. Dah ah...aku nak chao. Bye." Dengan itu, aku terus memerah minyak, laju meninggalkan Damian di belakang.

Wadda...apa masalah kau ni Ulfa. Mana pergi diri kau yang dulu? Bukan kau kebal dengan lelaki ke? Hisyh...kuat betul penangan si Damian ni.

Aku berdesup mencelah  di setiap ruang. Ya, aku tahu bahaya. But ha..ni Ulfa ma.

Perjalanan yang mengambil masa 30 minit akhirnya berjaya aku singkatkan ke 15 minit. Kejap...kenapa aku terasa lupa sesuatu?

Kau lupa Damian, Cik Pelupa.

Aku terus menepuk dahi aku. Sorry beb..tapi aku betul-betul kejar masa tadi. Tanpa menunggu Damian, aku terus naik ke tingkat atas.

Sampai di aras yang menempatkan pejabat bapa angkat aku, aku terus menapak ke hadapan. Hampir setiap staf di situ tergamam apabila tersedar akan kehadiran aku. Masing-masing menunduk tanda hormat.

Oh... aku ada cakap tak yang bapa angkat aku ni tersangatlah kaya sampaikan aku dilayan macam tuan puteri oleh staf dia? Tapi bagi dia, aku hanyalah orang suruhan yang satu masa nanti akan mewarisi semua kekayaan dia. Aku menggeleng kepala, terasa diri ni bagaikan hamba.

Tanpa mengetuk pintu, aku terus menerjah masuk ke dalam pejabat Encik Dani. Mataku membuntang tatkala ternampak dia sedang membelai pipi seorang wanita. Huh...tak sedar agaknya dia dah tua. Tu hah... perut buncit tu pun dah tak dapat nak sorok lagi.

"Maaf Encik. Tapi encik kata nak jumpa saya?" Well, being professional buatkan aku rasa nak muntah. Semua ni arahan bapa aku.

Dia terus berhenti daripada mengelus pipi wanita tadi. Muka terkejutnya dapat aku jeling sekilas. Dia membisikkan sesuatu pada telinga wanita tadi menyebabkan wanita itu berlalu keluar. Aku menjeling tajam tatkala wanita itu berselisih bahu dengan aku.

"Tak sangka kau sanggup jual diri kau pada bapa aku sendiri." Perlahan aku berkata. Tapi sudah cukup untuk didengari wanita itu. Wanita yang suatu ketika dulu aku fikir cukup baik. Huh...

"Ulfa... lama tak jumpa. Tak rindu papa ke?"

Aku terasa bulu romaku meremang mendengar persoalannya. "Never in my life."

"You little..." ucapannya terhenti apabila pintu bilik diterjah menampakkan Damian yang termengah-mengah.

"Hah..jadi ni lah boyfriend kamu?"

Penembak Hatiku.Where stories live. Discover now