Bab 7

10.2K 546 27
                                    


"Betul ke awak bunuh Johan dan Hairi?"tanya Irsa ingin kepastian. Aku terkelu.

"Awak percaya ke cakap diorang?"jawabku dengan soalan. Irsa menggelengkan kepala tanda tak.

Kami terus berjalan beriringan ke kelas. Ramai pelajar perempuan memandang ke arah kami. Irsa mencebik. Walaupun aku ni orang gelarkan psycho tapi aku ada ramai peminat. Dan aku tak cara pun pada diorang semua.

Seorang perempuan telah melanggarku dengan sengaja. Habis segala buku dan filenya bertaburan di atas lantai.

"Sorry".kataku lalu menunduk untuk mengambil buku dan file tersebut. Aku memberikan barang itu kembali kepada perempuan itu. Dia tersenyum simpul. Irsa terus berlalu meninggalkan aku bersama gadis itu.

"Saya pergi dulu".kataku. Perempuan tadi memaut lenganku. Langkahku terbantut untuk ke kelas.

"Nama I Layla. Nanti lunch sama okay".kata Layla sambil memperkenalkan dirinya padaku. Aku tak kesah pun apa nama kau.

"Thanks. Bye". Aku terus mengatur langkah kelas. Kelihatan Irsa sedang bermasam muka sambil memeluk tubuhnya. Misi memujuk Irsa. Huh..

Aku mengambil tempat duduk di sebelahnya. Irsa langsung tidak menyedari kehadiranku. Ataupun dia sekadar berpura pura.

"Nak lunch mana nanti?"soalku. Irsa tidak menjawab pertanyaanku itu. Aku mengambil sekeping kertas kecil lalu menulis di atas kertas itu.

Aku melekatkan kertas itu pada meja Irsa. Irsa mengeluh berat. Dia mengambil kertas itu lalu membaca isinya.

Hye my lovely princess, awak nak makan kat mana? Saya belanja awak.

#fromyourprince

Irsa tergelak kecil bila membacanya. Aku dah agak. Senang je nak pujuk dia ni. Aku ni pun bukannya penghibur. So aku hanya mampu buat dia tersenyum saja.

"Restoran kita".jawab Irsa. Aku cuba mentafsirkan kata kata Irsa. Restoran kita?? Sejak bila aku dan Irsa buka restoran ni?

"Alaa restoran yang hari tu".kata Irsa seolah olah dapat membaca fikiranku. Aku baru teringat. Restoran tu. Kenapa la kau loading sangat wahai Aris Daniel?

Tamat sahaja kelas,kami terus mengatur langkah keluar dari kelas. Layla datang dengan tiba tiba lalu merangkul lenganku. Irsa menjeling Layla.

"U...jom lunch. I dah lapar ni. U dah janji kan tadi nak bawa I pergi lunch".kata Layla. Ehh bila masa aku janji dengan kau hah. Irsa sudah pergi.

"Macam mana nak lari ni?"

"Sorry".jawabku lalu melepaskan tangan Layla daripada lenganku. Aku mendapatkan Irsa.

Aku melihat Irsa menghidupkan enjin keretanya beberapa kali. Rosak la tu. Aku menapak ke arahnya.

"Hishh kereta ni buat hal la pula!"marah Irsa sendiri. Aku mengetuk tingkap kereta Irsa.

"Nak apa? Pergi la dating dengan girlfriend baru awak tu".ujar Irsa. Aku mengeluh.

"Saya nak lunch dengan awak la. Nak pergi ke tak?"jawabku. Irsa menarik senyumannya.

"Tapi kereta ni?"tanya Irsa.

"Nanti saya suruh mekanik tolong baiki".jawabku.

******

Kereta diparkir kemas di halaman rumah. Aku menapak masuk ke dalam rumah. Abah duduk di sofa sambil membaca surat khabar.

"Aris,duduk sini kejap. Ada perkara yang abah nak cakap".kata abah. Dengar macam serius. Aku duduk di sofa bersebelahan abah.

"Abah dah ambil keputusan. Abah dah carikan ibu baru untuk Aris".kata abah. Aku tersentak.

"Aris tak nak. Aris ada seorang je ibu dalam hidup Aris. Tak ada siapa boleh gantikan tempat ibu".jawabku.

"Aris,ibu dah lama meninggal. Abah kesian tengok Aris. Aris dah lama dahagakan kasih sayang seorang ibu".

"Abah dah buat keputusan muktamad. Majlis perkahwinan tu hujung minggu ni di dewan. Abah dah siap tempah semuanya".tambah abah.

Aku mendengus geram lalu naik ke atas. Pintu dihempas dengan kuat. Air mataku mengalir pantas.

"Aris rindu ibu".

******

Boyfriend Aku Psycho (1)Where stories live. Discover now