Prolouge

28K 1K 46
                                    


Aku berlari anak pulang ke rumah dalam keadaan hujan renyai. Aku bermain main dengan air hujan itu. Aku melompat pada lopak air di atas jalan itu.

Aku pulang ke rumah dalam keadaan yang basah lecun. Aku mengetuk pintu rumah sambil memanggil abahku.

"Abah!! Abah!!"panggilku dengan kuat. Pintu rumah dikuak. Abah muncul di muka pintu.

"Ya Allah! Habis kotor baju dengan kasutnya".kata abah terkejut. Aku hanya tersenyum manis. Biasa la budak budak.

"Abah,ibu mana?"tanyaku sambil menjenguk ke dalam rumah.

"Ibu belum balik. Masuk mandi. Nanti demam pula".arah abah sambil menanggalkan(?)begku dari bahuku.

"Abah,nak naik roket".pintaku sambil membuat muka comelku. Abah menggelengkan kepalanya bila melihat kerenah anak tunggalny itu.

"Okay jom naik roket!"ujar abah sambil menundukkan badannya ke bawah. Aku naik ke atas badannya.

"1....2......3...."

"Berlepas!!!"jerit kami serentak. Abah membawaku keliling satu rumah. Aku gelak tawa bersama abah.

Abah memanggilku turun untuk makan malam bersama di dapur. Aku turun ke bawah lalu duduk di meja makan. Ibu baru menghidangkan lauk pauk di atas meja.

"Ibu..tadi kan Aris main hujan. Bestt!!"kataku sambil membuat thumbs up. Ibu tergelak kecil.

"Demam la nanti".kata ibu.

"Ala tak demam pun. Aris kan kuat".jawabku. Abah dan ibu tergelak melihatku. Aku tersengih sengih.

"Dah duduk makan".kata abah. Aku menurut.

"Ibu..kenapa perut ibu besar? Ibu sakit ke?"tanyaku. Ibu tersenyum.

"Dalam perut ni ada baby. Nanti Aris dapat adik baru".jawab ibu gembira. Aku terus pergi ke arah ibu.

"Yeay!! Nanti Aris dapat adik baru!!" Aku menari keriangan.

******

Hujan turun dengan lebat sekali. Abah memberitahuku agar tunggunya di sekolah. Aku duduk di bawah bustop.

Sebuah kereta Myvi kuning berhenti di hadapanku. Aku terus berlari masuk ke dalam perut kereta. Abah memandu pulang ke rumah.

"Abah..tadi kan Aris dapat kawan baru. Nama dia Irsa".kataku.

"Bagusla. Lagi ramai kawan lagi bagus".jawab abah.

"Ibu pergi kerja ke?"tanyaku.

"Tak. Ibu ada kat rumah. Nanti kita makan dengan ibu".jawab abah. Aku menarik senyuman gembira.

Kereta abah diparkir di halaman rumah. Aku terus keluar dari perut kereta. Kasut ditanggalkan lalu diletakkan di rak kasut. Aku meluru masuk ke dalam rumah. Aku terkejut.

"Abah!! Abah!!!"jeritku dengan kuat. Abah terus berlari ke arahku. Abah terlopong.

"Ya Allah. Sarah? Sarah?" Abah memanggil ibu. Namun ibu tidak memberi sebarang jawapan. Aku melihat darah mengalir keluar pada kaki ibu.

"Abah...darah..."

Seorang lelaki menuruni tangga rumahku. Aku melihat lelaki yang tidak dikenali itu.

"Saiful? Kau buat apa kat sini?"tanya abah hairan. Aku langsung tidak faham apa apa.

"Kau..kau rogol Sarah? Kau gila ke apa Saiful? Kau dah kahwin. Dah ada anak pun. Kau kenapa?!" Abah menumbuk muka pak cik Saiful. Aku duduk di sebelah ibu.

******

Ibu dikejar ke hospital. Baru sahaja tadi polis datang ke rumahku. Polis menangkap pak cik Saiful. Aku mengikut abah ke hospital.

Ibu dimasukkan ke dalam sebuah bilik. Aku duduk bersama abah di kerusi. Abah meraup wajahnya. Aku sekadar menyandarkan badanku di kerusi.

Abah mengejutku bangun tidur. Doktor keluar dari pintu bilik. Abah mendapatkan doktor.

"Macam mana dengan isteri saya doktor?"tanya abah.

"Kami minta maaf. Kandungan dan isteri encik tak dapat diselamatkan oleh pihak hospital. Saya pergi dulu".ujar doktor.

Abah menahan sebak dalam dirinya. Kami masuk ke dalam bilik itu. Aku menapak ke arah ibu.

"Ibu...ibu...bangun la. Aris datang ni. Ibu...abah kenapa ibu tak bangun?"tanyaku. Abah memelukku erat.

"Ibu dah tak ada,Aris. Dah tak ada".ujar abah sambil menangis. Saat tu aku baru faham.

Sejak itu aku akan mencari lelaki yang telah buat ibuku mati. Namun lelaki itu telah meninggalkan disebabkan kemalangan. Aku bertekad. Untuk membunuh....

Anaknya....

*******

Boyfriend Aku Psycho (1)Where stories live. Discover now