2. Nugu?

352 34 9
                                    

[Sana pov]

Mataku terasa berat untuk dibuka. Tempat ini bagiku amat asing. Aku mencelik mataku perlahan. Aku kini berada dalam keadaan berbaring ditengah hutan.

Sekarang aku di dunia manusia kerana dihukum oleh raja Yong iaitu ketua segala vampire.

Aku tidak mahu dikahwinkan dengan Ravi iaitu putera vampire fire. Disebabkan aku tetap berdegil dengan keputusan aku. Aku dicampak ke dunia manusia dengan kuasa aku dilumpuhkan.

Cara untuk aku pulang ke dunia vampire dan mendapatkan kuasa aku kembali ialah dengan mencari seorang namja yang betul betul mencintai aku dan memberiku ciuman yang ikhlas darinya.

Aku mengorak langkah untuk keluar dari hutan ini. Pelbagai bunyi dapat didengari pada waktu ini. Hari semakin gelap. Matahari mula masuk ke perut bumi menandakan malam akan menjelma sebentar lagi.

Bunyi semak samun yang galak membuatkan aku berpaling kearahnya. Seperti ada sesuatu didalamnya. Jantungku mula mengepam darah laju.

"Ada sesiapa disana?" Soalku teragak agak.

Tiada sahutan malah semakin galak semak itu bergerak. Aku semakin takut.

Aku melangkah laju untuk meninggalkan tempat itu.

Dalam keadaan berdebar kakiku melangkah. Mataku tidak lepas bergerak melihat setiap sudut hutan itu.

'Auuuuuuuuu~'

Bunyi lolongan serigala yang kuat itu membuatkan aku berpeluh. Mukaku yang pucat ni semakin pucat.

'Grrrrr'

Terduduk aku apabila terdapat dua ekor serigala yang muncul dihadapan secara mengejut.

Betul kata ayahanda. Aku patut terima kahwin dengan Ravi. Inilah akibat menderhaka kepada orang tua.

[Author pov]

Sana mengesot kebelakang menggunakan tangannya kerana dua ekor serigala itu menghampirinya.

"Hyung? Patutkah kita bunuh yeoja ni?" Kata serigala berbulu kelabu hitam itu dalam bahasanya.

"Kita dah lama tak makan daging manusia kan?" Soal seekor lagi serigala berbulu biru tua.

"Nae hyung, dah lama Baek mengidam daging manusia" balas serigala berbulu kelabu hitam itu yang bernama Baekhyun.

"Apa lagi kita, jom kita tangkap dia dan malam ni puak kita berpesta kerana dapat makan daging manusia" balas Xiumin serigala berbulu biru tua itu.

Dua ekor serigala itu menghampiri Sana. Sana yang mengundur kebelakang berhenti kerana sebatang pokok besar menyekat laluannya.

"Tolong jangan makan saya, daging saya tak sedap!" kata Sana sedaya upaya berani untuk mengelak daripada dua ekor serigala itu.

'Habislah aku! Kalaulah aku ada kuasa aku. Mesti dah berkhidmat pada waktu begini'

Yes, I'm Vampire ▷ Jimin x SanaOnde histórias criam vida. Descubra agora