Part 11

4.8K 135 0
                                    

"Bluerkk." Muntahku ditepi longkang

"Ya Allah sayang! Mengapa tak cakap awal² sayang tak boleh naik roller coaster." Dia menggosok dibelakang ku

"Mana la sayang tahu." Aku menenguk air yang diberi

"Mengapa yang lain sayang tak muntah? Naik roller coaster jer sayang muntah."

Aku mengangkat kedua² belah bahuku tanda tidak mengetahui.

"Dah jom balik." Dia memegang kedua belah bahuku dan menuju ke kereta

"Thanks!" Kataku saat dia membuka kan pintu kereta dan dia hanya membalas dengan kenyitan mata

"Seat belt sayang." Aku baru jer nak pakai dia dah pakaikan lalu aku memberi satu kucupan di pipinya

Sesampainya kami di hotel, belum sempat aku membukakan pintu kereta dia dah terjengul di tepiku. Mak aih laju betul suami aku ni

"Boleh tak ni sayang?" Tanya dia

"Boleh jer." Aku turun dari kereta dengan perlahan²

"Eh sayang!" Dia menyambut aku saat mahu jatuh

"Meh la abang dukung."

Hrmm abang papah jer lah." Jawabku, malu lah nak buat scene tengah² orang ramai ni

Hisyam memapah ku hingga ke depan pintu bilik. Sesampai jer di depan pintu bilik , dia mendukungku. Aku apa lagi , jerit la suruh dilepaskan.

"Malam ni sayang rehat la. Esok kita nak pergi ke Cameron pulak." Dia mengucupku kemudian menuju ketandas.

Malam itu benar² letih bagiku, keesokkan harinya aku terjaga apabila merasakan ada sesuatu yang bermain dengan rambutku

"Good morning young lady." Tutur dia saat aku membuka mataku.

"Good morning old man." Aku gelakkan dia. Dia apa lagi , geletek aku sampaikan aku rasa nak terkuncil

"Abang! Dah² ."

"Panggil lagi abang tua." Dia berhenti geletek aku

"Dah memang tua. Cabut!" Aku membuka langkah seribu menuju ke tandas

Malang nasibku sebab tak sempat nak tutup pintu apabila tangan dia yang sebesar bas tu menghalang daripada pintu tertutup

"Kita mandi berdua eh. Ganti yang semalam punya."

"Ish abang ni. Keluar lah." Aku tetap memaksa dia keluar

"Dah masuk dah. Hahahah..."



"Mengapa kita pergi Genting dulu baru Cameron?" Tanyaku

Sekarang kami dalam perjalanan ke Cameron

"Sayang tak suka ke pergi Genting?" Hisyam memandangku sekilas

"Suka tu memang la suka. Tapi kesian abang kena drive jauh². Lagipun Genting dengan Cameron bukannya sehaluan." Kataku sambil mengurut lembut bahunya.

"Abang saja jer nak bagi sayang gembira. Nak bawa pergi Disneyland ataupun Korea manala ada duit. So nak samakan Disneyland kita pergi la Genting. Pastu Korea sekarang kan musim sejuk , kiranya Cameron lah penggantinya." Haish ada pulak macamtu?

"Ada abang disisi pun dah buatkan Rina happy tau tak." Kataku lalu mengelus pipinya perlahan

"Yer la sayang." Dia membawa tanganku kearahnya dan satu ciuman hinggap disitu

Harini hari kedua kami di Cameron dan kami memilih untuk ke ladang strawberry.

"Sayang nak strawberry chocolate tak?"

Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora