"Amboi sayang banyak beli. Sayang ingat kita duk kat rumah ke?" Leter Hisyam saat aku memasuki kereta. Takut duit dia habis lah tu.

Aku hanya tersenyum kearahnya dan hulurkan air red bull kepada Hisyam

"Nah. Tak nak bagi abang mengantuk." Terangku

Dia menyambut huluran aku dan minum beberapa teguk. Saat kereta meluncur laju meninggalkan petronas aku memasang radio. Untuk beberapa saat aku masuk ke alam mimpi.

"Sayang bangun."

Aku megeliat malas. Mataku tiba² menjadi luas apabila terpandang mukanya yang hanya beberapa inci denganku. Aku menolaknya kuat sampaikan dia terhantuk kat cermin

"Aduhhh!" Tangan dia lincah menggosok kepala

"Sorry. Rina tak sengaja." Tanganku juga turut menggosok kepalanya

"Sakit lagi tak?"tanyaku

"Sakitla."

"Meh Rina ubatkan."

Tanpa aku perasan aku menarik kepalanya agar menunduk. Aku mencium ubun² kepalanya

"Sakit lagi tak?"

"Tak dah. Thanks sayang." Dia pula mencium aku dipipi

"Aik kita kat mana ni , abang?" Tak nampak macam Cameron pun tapi yang pasti nampak macam dekat lain jer ni

"Kita kat Genting sekarang ni." Jawabnya

"Genting? Kata nak pergi Cameron?"

"Saja. Lagipun sayang tak teringin ke nak main." Eh gila tak ? Mestilah nak. Kalau aku jawab macam tu agak² apa respon Hisyam

"Sayang ikut jer. Dimana ada abang , disitula ada sayang." Aku ulang apa yang aku cakapkan haritu. Hah nampak anggun sikit jawapan ni.

"Thats my girl." Dia mencuit hidungku

"Jom." Dia menarik tanganku menuju ke sebuah hotel

Aku hanya melihat dari jauh urusan pendaftaran yang dilakukan oleh Hisyam. Malas nak ambil tahu lagipun aku sebagai anak bongsu perempuan memang tak pernah hiraupun benda² macam tu.

"Hah mengelamun sayang abang ni."

"Ish abang ni terperanjat sayang." Aik cepatnya dia daftar bilik. Ikutla asalkan naik aku boleh baring

"It is our first honeymoon sayang. Maybe our baby is made in Genting." Aku tertawa semasa mendengar ayat terakhir dia tu

Aku memasuki bilik yang ditempah Hisyam dan apa yang aku lihat boleh membuatkan aku...

Tergaman!

"Abang yang minta buat semua ni?"

Aku terkejut. Masuk jer bilik terus ada bunga mawar yang bertaburan dari pintu bilik hingga ke katil. Dan diatas katil pula bunga mawar itu disusun membentuk huruf . Iaitu I LOVE U.

"Yes, only for you." Dia terus mengangkatku lalu diletakkan diatas katil dengan begitu perlahan

"I love you , sayang." Selepas menuturkan kata² itu dia menarik tudung sampai terdedah rambut ku. Kucupan hangat diberi kepadaku.



"Abang , bangun! Asar dah nak habis ni."

"Kejap la sayang. 5 minit jer lagi." Dia meletakkan kepalanya diatas riba ku

"Lima minit abang tu boleh jadi lima jam tau tak , abang. Bangunlaa abang."

"Yer la yer la." Dia bangun dan menuju ke tandas

"Ermm sayang." Dia duduk didepan pintu tandas

"Apa lagi?!"

"Abang kena mandi wajib la kan?"

"Abang!"

Hish rasa membahang jer muka aku ni. Aku terdengar dia mengelakkan aku didalam tandas.



"Amin ya rabbal alamin."

Kami solat asar dan dituruti dengan maghrib memandangkan waktu sudah masuk.

"Kejap lagi sayang nak makan kat mana?" Tanya Hisyam sambil tangan ligat melipat sejadah

"Sayang ikut jer asalkan makanan tu sedap."

"Pergila siap. Kita makan dekat kedai depan tu."

Aku mengenakan dress labuh berwarna hitam yang tiada lengan dipandankan pula dengan cardigan berwarna putih dan selendang hitam.

Hisyam pula mengenakan seluar slack koko terang dan baju t-shirt koko muda disertakan jaket.

Kami berjalan menuju kearah kedai makan sambil berpegangan tangan. Bak kata Hisyam ' tak nak aku hilang.'

"Esok kita nak buat apa?" Tanyaku sambil menyuapkan sesudu nasi kedalam mulut

"Makan ni dulu." Dia mahu menyuap aku

"Hish malu la abang." Dia nampak macam hampa. Haish terpaksa jugak aku buka mulut.

"Hah! Macam tu la isteri abang. Hrmm esok kita pergi main nak?" Katanya

"Mestilah nak." Aku menerus kan makan .

Aku lihat macam dia tengah melihat aku. Aku pun mengangkat sedikit muka dan memang betul dia sedang melihat aku

"Mengapa abang tengok Rina macam tu?"

"Hrmm. Sayang tak nak ke suap abang?"

"Hah?"

Dia sudah siap menganga kan mulutnya kearah aku. Aku pun menyuapkan makanan ku kearahnya. Dia tersenyum kearah ku dan menyuap ku kembali . Oh bahagia kekallah kau selamanya.



Ps : Fa no komen betul baca penulisan Fa dulu² , huhuhuhu :) Lepas edit rasa macam okey lah sikit.

Akan Kah Bahagia Milikku [COMPLETED]Where stories live. Discover now