" Suka hati akulah nak masuk mana-mana tempat pun. Engkau sibuk apa?"

"Kalau encik berdegil. Saya nak laporkan pada polis"

Terang cikgu Pawi.

" Hahahaha. Polis?? Sebelum kau report. Nah rasakannn!!!"

Gedebuk!!!

Satu sepakan deras mengenai pinggang cikgu Pawi. Cikgu Pawi tersungkur menyembah bumi. Belum sempat cikgu Pawi menjerit kesakitan. Lelaki tersebut cuba memijak perut cikgu Pawi.

"Nanti Karim!!!!"

Jeritan tersebut datangnya dari cikgu Borhan. Cikgu Borhan keluar dari tempat persembunyiannya. Lelaki yang digelar Karim oleh cikgu Borhan terus mengalihkan tumpuan kepada cikgu Borhan.

" Ahaaaaa... Ada pun kau Borhan. Mana janji kau. Hutang aku bila nak bayar? Berapa lama aku kena tunggu ni. Pinjam duit pandai. Bila nak bayar. Sikit punya susah"

Rupa-rupanya kedatangan 6 orang yang tidak dikenali dan diketuai oleh lelaki bernama Karim ini adalah semata-semata hutang yang ingin dituntut mereka daripada cikgu Borhan. Karim mengarahkan 5 kuncunya yang lain memegang cikgu Borhan untuk mengelakkan dia daripada melarikan diri.

"Sa..sa..barr la Karim. Tu..tun..nggu aku ada duit nan..ti. Aku ba..ba yar la"

"Oooo gagap. Masa engkau nak pinjam dulu. Bukan main kau berpidato depan aku. Siap berpantun lagi. Manis betul bahasa kau. Sekarang bila suruh bayar. Jadi gagap"

Sesudah habis Karim berkata-kata. Tangannya laju menghayun penumbuk ke perut cikgu Borhan.

Pukkk!!

"Aduhhh"

Jeritan kuat dari cikgu Borhan. Kapten Thaqif yang pada ketika itu sedang mengangkat cikgu Pawi bangun dari lantai memandang tajam ke arah 6 orang lelaki tersebut. Baginya, ini sudah melampau. Suasana menjadi semakin tegang. Tiada siapa yang berani masuk campur keadaan tersebut. Seluruh warga SK Benta menyaksikan kejadian tersebut. Namun murid-murid tidak dibenarkan menghampiri kawasan pejabat.

"Jangan sesiapa berani telefon polis!! Kalau aku dengar siren polis, aku tak akan teragak bunuh si Borhan ini!!!!"

Amaran tegas dijerit oleh Karim.

"Benji. Bagi aku kayu besbol tu"

Karim meminta kayu besbol daripada anak buahnya yang bernama Benji. Benji menghulurkan kayu tersebut tanpa banyak soal.

"Kau nampak kayu ni Borhan. sebelum kepala kau berkecai. Baik kau selesaikan hutang kau"

Gertak Karim.

"Aku ta...kk a...a..daa duit Karimmm"

Karim memejamkan matanya. Giginya dikacip tanda geram. Jari jemarinya memegang erat pemegang kayu besbol tersebut. Karim membuka matanya dan dengan sepantas kilat, dia menghayunkan tangannya ke belakang dan terus melibaskan kayu besbol tu ke arah kepala cikgu Borhan.

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!"

Jeritan kuat dari cikgu perempuan yang berada di sekitar pejabat menunjukkan mereka tidak sanggup melihat kejadian ngeri yang bakal berlaku tidak lama lagi. Guru besar Kamelia memejamkan matanya dan kedua tangannya berada di telinga. Dia tidak sanggup melihat rakan sejawatannya diperlakukan sedemikian rupa.

Prakkkkkkkk!!!

Bunyi sesuatu pecah berkecai.

" Alamak, kepala cikgu Borhan ke yang berkecai tu "

Guru besar kamelia berkata-kata dalam hatinya. Dia lantas membukakan mata sedikit demi sedikit. Ya. Ada sesuatu yang pecah. Bukan kepala cikgu Borhan. Kepala cikgu Borhan masih elok tanpa apa-apa kecederaan. Dia mengalihkan pandangannya kepada kayu besbol tersebut.

Jelas kelihatan kayu besbol tersebut yang pecah berkecai. Seolah-olah terkena pada benda yang keras. Guru besar Kamelia membulatkan matanya.

"Thaqif!!!!??"

Susuk badan Kapten Thaqif jelas kelihatan berada dihadapan Karim. Tangannya diangkat bagi menghalang kayu besbol tersebut singgah mengenai kepala cikgu Borhan. Kayu tersebut telah hancur berkecai kerana mengenai lengan berurat besi Kapten Thaqif.

Semua mata tertumpu kepada Kapten Thaqif. Karim seolah-olah tidak percaya apa yang telah dia lihat. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang datangnya entah dari mana berani untuk masuk campur urusannya dan melakukan perkara yang tidak masuk akal tersebut.

Dia tahu. Dia dan 5 orang kuncunya bakal berdepan masalah selepas ini.

Bersambung......









Cikgu SuperWhere stories live. Discover now