Intro

653 46 1
                                    

"Dalam kalangan kita tiada lagi vampire berkuasa Fice, beta inginkan keturunan Vampire Fire dan Vampire Ice bersatu untuk dapatkan kuasa tersebut"

Semua raja-raja vampire yang berlainan kuasa di dalam dewan mula bising. Berbincang untuk siapakah yang layak untuk disatukan.

Raja Yong JunHyung iaitu ketua raja segala vampire di dunia vampire tersebut, raja Yong merupakan vampire yang paling berkuasa diantara raja raja dan vampire biasa yang lain.

Hari ini semua raja raja vampire yang berlainan kuasa dikumpulkan untuk mendengar titah  daripada raja Yong. Raja Yong ingin mewujudkan kuasa Fice iaitu Fire + Ice yang sudah lama pupus dalam kalangan vampire di dunia itu.

"Vampire Fire dan Vampire Ice. Sila mara kehadapan" titah raja Yong. Raja Vampire Fire dan raja Vampire Ice mencemar duli untuk menghadap raja.

Vampire Ice yang merupakan vampire air yang terkenal dengan kehebatan melawan kuasa api bertemu juga pada hari ini. Semua para vampire disitu sudah tahu yang api dan air tidak boleh disatukan walaupun dahulu ada keturunan Fice dalam kalangan vampire.

Tetapi sekarang tidak lagi kerana keturunan baru ini mempunyai hubungan yang tidak baik kerana pada pendapat mereka api dan air ditakdirkan untuk bermusuhan.

"Sila perkenalkan diri pada tuanku" kata bentara raja atau lebih dikenali kawan rapat raja iaitu Yoon Dujun.

"Beta Kim Heechul, merupakan raja di Vampire Fire World"

"Beta Jung Taekwoon, merupakan raja di Vampire Ice World"

"Baiklah, kamu berdua diarahkan supaya mengahwini anak anak kamu berdua untuk melahirkan kuasa vampire Fice yang sudah pupus dalam kalangan kita. Kuasa ini juga merupakan kuasa yang terkuat dalam kalangan kuasa vampire. Kamu berdua mesti mahukan kuasa ini juga kan?"

Heechul dan Leo berpandangan sesama sendiri memikirkan jurang hubungan antara mereka. Nak diterima atau tidak? Kuasa ini sangat limited kerana vampire vampire lain tidak mempunyai kuasa gabung seperti ini kecuali raja Yong yang mempunyai semua kuasa.

"Ampun tuanku, kami perlukan sedikit masa untuk memutuskan keputusan"

--------------------------

Okay.. ini just intro..  klau sy dpt sambutan nnty sy akan teruskan chap ini.

Sekian... terima kasih ♥

Yes, I'm Vampire ▷ Jimin x SanaWhere stories live. Discover now