"Papa akan jaga mama Adriel macam mana Papa jaga keluarga Papa sendiri."

"Jom kita balik sayang.Hari pun nak hujan.Nanti sayang demam pulak."

Bella hanya menurut sahaja.Tenang sedikit hatinya apabila Amsyar ada di sisinya untuk menenangkan hatinya.Baginya,Amsyar seorang yang senang faham dengan dirinya sendiri.Apa yang dibuat,Amsyar akan terima.Jika ada salah,Amsyar lah orang pertama yang membetulkan kesalahan tersebut.

"Mama balik dulu sayang.Assalamualaikum Muhd Faiz Adriel Bin Muhd Adrian Dafrieq"

Kini Bella tidak lagi bekerja.Dia ingin menumpukan sepenuhnya kepada suami dan bakal anaknya.Baginya keluarga lagi penting.Kerja boleh dicari tetapi keluarga?Tiada gantinya.Amsyar juga tidak kisah Bella menjadi suri rumah kerana sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mencari rezeki dan nafkah untuk Bella dan bakal anak-anaknya.

Bella menunggu kepulangan suaminya di meja makan dengan lauk pauk yang dihidangkan dihadapannya.Hari ini,dia masak makanan kegemaran suaminya iaitu ayam masak kicap dengan harapan Amsyar akan makan dengan selera masakkanya itu.

"Assalamualaikum."Pintu dikuak daripada luar lalu Amsyar memberi salam sebelum masuk kedalam rumahnya.Dia Senyum sendiri apabila Bella menjemputnya dihadapan muka pintu.

Bella menyalam tangan suaminya dan serentak dengan itu Amsyar mengucup dahi Bella dengan lembut dan penuh kasih sayang.Begitulah aktiviti seharian mereka apabila Amsyar hendak pergi ataupun baru pulang daripada hospital.

"Macam mana hari ni?Okay tak?Baby ada tendang-tendang tak?"Tanya Amsyar teruja sambil memegang kedua-dua belah pipi isterinya yang gebu itu.Bella hanya tersenyum sahaja.

"Anak Papa jangan nakal-nakal.Kesian mama."Sambung Amsyar sambil menurunkan tangannya ke perut Bella.

"Abang,Bella baru mengandung sebulan lebih lah."

"Heee.Sayang masak apa?Abang laparlah.Rasa macam nak makan orang pun ada."Gurau Amsyar sambil menjenguk kan kepalanya ke meja makan untuk melihat lauk apa yang dimasak oleh isteri kesayangannya itu.

"Eee Abang ni!Gatal."

Perut Amsyar menjadi sasaran cubitan manja yang diberikan oleh Bella.Amsyar pula buat-buat sakit sengaja mahu mendapat perhatian daripada isterinya.

"Jom.Hari ni Bella masak ayam masak kicap.Favourite Abang kan?"Kata Bella teruja lalu menarik Amsyar ke singki lalu membasuh tangan suaminya.LalU Amsyar ditarik untuk duduk di meja makan.Lauk di atas meja dipandang penuh selera.

"Gemuklah Abang kalau hari-hari sayang masak macamni."Komen Amsyar apabila suapan pertamanya menepati seleranya.Memang tidak boleh dinafikan,air tangan isterinya lah yang terbaik selain air tangan Tengku Dura.

"Mesti cute kan muka Abang kalau Abang gemuk."Mengekek Bella gelak dibuatnya apabila membayangkan wajah suaminya apabila gemuk.Daripada yang sado sehingga terlebih sado.

"Suka sangat kenakan Abang.Yang sayang tu,tak lama lagi gemuklah tu.Hahahahaha"Kali ini Amsyar pula yang mengenakan isterinya.Terus Bella mencebik.

"Okayh sorry.Abang main-main je.Sayang gemuk pun sebab Abang kan?"Kata Amsyar sambil tersenyum nakal.Bella tidak mempedulikan muka suaminya yang sememangnya nakal itu.

"Sayang,Hazim ada kacau sayang lagi tak sekarang ni?"Tanya Amsyar prihatin.Risau pula dengan keselamatan isterinya sekarang yang sedang semakin memboyot itu.Takut apa-apa yang terjadi dengan isteri kesayangan nya itu.Daripada terjadi apa-apa baik dia bersiap sedia dahulu.

"Tak ada.Tapi sekarangkan,dia macam nak larikan diri daripada Bella lah.Abang ada jumpa dia ke?"Jawab Bella jujur.Memang Bella ada terserempak dengan Hazim tetapi ianya hanya seketika dan selepas itu,Hazim terus meninggalkannya.

"Ada jugak.Dia pun macam larikan diri dari Abang.Dia tu lain macam sekarang."Amsyar juga menyedari itu.Hazim sememangnya lain sekarang.Entah kenapa dia seperti itu.Entah apa yang dirancangnya selepas ini.Haraplah tiada apa-apa yang terjadi.

**
Sudah pukul 10 malam,tetapi Zahira tetap hendak keluar.Rasa rimas duduk dirumah.Dirumah itu bukannya ada siapa.Dia dan juga Rian sahaja.Jika Rian pulang lewat,Zahira melanda kebosanan.Tetapi hari ini,Rian pulang awak kerumah tetapi dia tetap ingin keluar.

"Awak nak pergi mana?Dah pukul 10 lah.Esok boleh keluar."Tegur Rian apabila Zahira berjalan menuju ke pintu utama.Zahira tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh Rian.Dia buat-buat pekak.

"Zahira!Saya tengah bercakap dengan awak.Awak dengar ke tidak?!"Kali ini sabar Rian hilang.Tiadakah rasa hormat Zahira kepadanya sebagai seorang suami?Mana hilangnya Zahira yang dia kenal dulu?Zahira yang selalu menjaga makan pakainya,Zahira yang penyayang.Semuanya hilang!

"Bosan lah!Nak keluar sekejap pun tak boleh ke?!"Bentak Zahira kasar sambil menjeling wajah tampan Rian.

"Jaga sikit mulut awak,sebelum awak tak hidu bau syurga!"

"Apa?!Kalau dengan Bella dulu,dia nak keluar lama mana pun tak apa!Kenapa saya tak boleh?!Awak dah jatuh cinta dengan perempuan perampas tu ke?Macam tu?!"Semakin naik kemarahan Zahira.Entah syaitan apa yang masuk kedalam badannya sampaikan dia boleh menengking Rian sebegini.

"Dia bukan perempuan macam tulah!Jaga sikit mulut tu."

"Sumpah sampai sekarang saya benci perempuan tu.Dia tu sama taraf je dengan GRO dekat keluar sana!Bila dah dapat awak,dia lari dekat Amsyar.Macam tu perempuan yang awak nak bela?Perempuan macam tu awak jadikan isteri dulu?!"Pedas kata-kata yang keluar daripada mulut Zahira.Tidak puas hatinya dengan Bella tidak dapat ditahan lagi.

Pang~

Tepat dipipi Zahira,tangan Rian dilayangkan.Terasa pedih dan perit pipi mulus Zahira.Air matanya mengalir dengan laju.Tidak menyangka Rian akan berani menamparnya.Rian sendiri juga tidak sedar dia telah menampar isterinya sendiri.Sanggupnya dia.

Tidak sempat Rian ingin berkata apa-apa kepada Zahira,Zahira lebih pantas keluar daripada rumah meninggalkan Rian seorang diri dirumah.Rian meraup mukanya lalu menutup pintu rumahnya.Dia cuba menenangkan dirinya sehinggalah dia tertidur di sofa hadapan.

**
Hai!Muncul balik kan cerita ni?Ngeee:-)Siapa rindu Bella dengan Amsyar?!Ke korang rindu Zahira?!
Macam mana dengan bab ni?Okeyh?Enjoy keyh!

Vote,comment,support!

Lagi satu!Nak mintak tolong,kalau korang free bacalah cerita saya yang lain.And follow me :-P

#2782016

Miss Kpopers & Mr.HatersWhere stories live. Discover now